PENGANJURAN ‘18th INTERNATIONAL SYMPOSIUM ON POLYMER ELECTROLYTE’ (ISPE- 18) - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Ahad, 24 Disember 2023

PENGANJURAN ‘18th INTERNATIONAL SYMPOSIUM ON POLYMER ELECTROLYTE’ (ISPE- 18)

 


Setelah hampir 37 tahun sejak 1987, kini para penyelidik dan saintis Malaysia telah mencipta sejarahnya tersendiri dan Negara, serta mendapat pengiktirafan penyelidik dan saintis seluruh dunia. Kami dengan berbesar hati mengumumkan bahawa Malaysia telah diamanahkan keistimewaan ini dengan membawa satu persidangan bertaraf dunia yang pertama dianjurkan di Malaysia, dijadualkan pada 23hb sehingga 28hb Jun 2024 di Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman. Pengiktirafan ini juga telah menjadikan Malaysia adalah negara pertama dirantau Asia Tenggara sebagai penganjur


Dengan keistimewaan ini, kami harus mengambil peluang bagi meningkatkan taraf kajian dari para penyelidik dan saintis tempatan untuk mengambil kelebihan dari limpahan penganjuran ini. Kami akan mengambil peluang bagi mendidik generasi muda khasnya para pelajar untuk memilih bidang sains bagi menjadikan mereka seorang saintis bertaraf dunia.Kami perlu menganjurkan beberapa aktiviti sampingan atau support event bagi menyokong menjelangnya hari penganjuran yang berprestij ini.


The International Symposium on Polymer Electrolyte atau ringkasnya ISPE-18,merupakan satu perhubungan yang tidak ternilai dimana ia menyatukan penyelidik,saintis,pendokong

dan pemain industri dariseluruh dunia. Ia adalah satu platfom untuk pertukaran pengetahuan, pandangan, penyelidikan, pengalaman dan inovasi terobosan dalam bidang elektrolit polimer. Symposium ini mempunyai ciri khas untuk menghimpunkan tokoh-tokoh terkenal, pemimpin-pemimpin industri yang berpengaruh untuk memacu sempadan teknologi elektrolit polimer dalam jangkauan masa hadapan.





Sejarah ISPE yang telah mula bersidang sejak 1987 dan diadakan hanya dua tahun sekali. ISPE telah dianjurkan dipelbagai Negara diantaranya Italy, Perancis, Amerika Syarikat, Sweden, Jepun, Australia, Poland, Brazil, Portugal, dan Iceland. Penganjuran terakhir telah dihoskan di Kanada pada tahun 2022. Kali ini, Malaysia terpilih menjadi hos bagi penganjuran ISPE dan bakal menerima kehadiran hampir

300 orang penyelidik dan saintis pelbagai negara, 100 penyelidik dan saintis tempatan, 1000 penyertaan pelajar didalam aliran dan bidang sains, beberapa pemain industri tenaga, beberapa pemain industri pelancongan serta lebih 1000 tetamu pelancongan negara luar ke Malaysia bagi meraikan persidangan yang bersejarah ini.



Organisasi ISPE-18 kali ini akan tertumpu kepada tema yangtelah diperbincangkan bersama mengikut keperluan semasa iaitu ‘Perlepasan Karbon Sifar Dengan Merevolusikan Tenaga Dengan

Eletrolit Polimer Untuk Applikasi Penyimpanan Tenaga’. Tema yang dipilih secara teliti melalui kajian ini adalah sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. SDG ini direka bentuk untuk memudahkan Pembangunan global secara inklusif dan komprehensif untuk menangani cabaran global yang kritikal masa ini. Dalam rangka kerja SDG, Matlamat 7,11 dan 13 mempunyai kepentingan tertentu, kerana ia berkaitan dengan tenaga Mampu Milik dan Bersih, Bandar dan Komuniti Lestari serta Tindakan Iklim. Matlamat ini selaras dengan Plan Hala Tuju Peralihan Tenaga  Nasional (NETR) Malaysia dan berfungsi sebagai prinsip dan objektif asas yang membimbing organisasi ISPE-18. Penganjuran ISPE-18 dijangka akan memberikan idea dan landasan dalam pembangunan teknologi storan tenaga hijau dan kenderaan (EV), sekali gus merealisasikan matlamat Malaysia untuk mencapai perlepasan karbon bersih-sifar menjelang tahun 2050.



Penganjuran ini telah mendapat sokongan dan kerjasama dari beberapa Kementerian dan agensi yang berkaitan antaranya; Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Kementerian Pendidikan Tinggi (MOHE), Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE), Nano Malaysia, Langkawi Development Authority (LADA), Kerajaan Negeri Kedah dan serta pemain industri yang berkaitan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment