Keindahan laluan ladang sawit yang mencabar dan berkelajuan tinggi di Malaysia serta sejarah sukan rali di Malaysia yang pernah melahirkan beberapa nama besar dalam sukan rali dunia bertaraf Juara PWRC –Karamjit Singh telah meletakkan nama Malaysia di antara penganjur dan lokasi perlumbaan yang amat diminati di Asia Pasifik terutamanya.
Pada tahun depan kita bakal menyaksikan penganjuran acara sukan lumba rali secara besar-besaran pada bulan Mac, 2024. Penganjuran berbentuk karnival ini akan diadakan di Kawasan Parlimen Paya Besar yang mengandungi ladang sawit Felda Panching dan keindahan Bandar Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Perlumbaan MIRC adalah berskala karnival yang besar bagi menarik minat penonton dan peminat rali ini akan dianjurkan oleh Millennium Motorsport Adventure Club (MMAC), diuruskan oleh sebuah syarikatpengurus acara gergasi iaitu Semenyih Eco-Ventures Resort & Recreation dengan rakan strategik dari Pejabat Parlimen Paya Besar, Majlis Bandaraya Kuantan dan Kerajaan Negeri Pahang serta Pahang Corporation. Acara ini turut diiktiraf oleh Motorsports Association of Malaysia (MAM) serta Kementerian Belia & Sukan, Malaysia.
Pengarah Acara, Dato’ Seri Mohamad Khafey Ikhwan Bin Abdul Latiff berkata, “Penganjuran MIRC kali ini adalah berstatus berbeza dengan penganjur lain pada sebelum ini. Acara utama adalah perlumbaan rali itu sendiri yang akan disertai oleh pelumba rali dan kereta rali terbaharu dari China, Thailand dan Indonesia. Malah, pelumba-pelumba tempatan pasti akan menantikan kembalinya kehebatan sukan rali di Malaysia ini.”
“Bagi menambahkan kemeriahan sepanjang minggu berlangsungnya perlumbaan rali tersebut, kami akan turut menganjurkan karnival & makanan di dua tempat utama iaitu di dalam Tapak Karnival FeldaP anching dan Tapak Karnival Bandar Kuantan, Pahang. Konsert dari artis terkini dan cabutan bertuah akan berlangsung di Kuantan pada hari Jumaat dan Ahad manakala Ceramah Agama Perdana dari Penceramah & Tokoh Agama terkemuka berlangsung di Tapak Karnival Felda Panching pada hari Sabtu malam.” tambah beliau lagi.
Sementara itu, Ahli Parlimen Paya Besar, Yang Berhormat, Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah turut mengalu-alukan kedatangan acara sukan lumba rali dan karnival terbesar ini. “Felda Panching amat unik dan indah untuk dijadikan litar perlumbaan rali yang julung kalinya setelah 5 tahun hilang dari kalendar sukan permotoran negara”.
“Kami bersedia membantu dari setiap aspek penganjuran bagi memastikan ‘rally come-back’ ini berjaya sepenuhnya dan memuaskan hati semua pihak. Saya juga amat berbesar hati & bangga kerana Felda Panching akan dijadikan litar lumba rali yang berprestij ini.”
Presiden MMAC, Hj Sutan Mustaffa Salihin turut melahirkan rasa gembira kerana penantian pelumba & peminat sukan lumba rali ini akhirnya kembali menjadi kenyataan. “Saya berterima kasih kepada pihak Semenyih Eco-Ventures terutama Pengarah Acara ini iaitu Dato’ Seri Mohamad Khafey Ikhwan kerana merealisasikan impian kami peminat sukan rali di Malaysia yang lama menanti come-back ini. Malah tagline acara kami adalah "The Best Rally Tradition Is Back!”
Perlumbaan rali berstatus antarabangsa ini bakal menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah hampir RM30,000 kepada semua pemenang kelas 4WD & 2WD termasuk keseluruhan hadiah motorsikal bagi setiap kategori dipertandingkan. Ianya juga belum termasuk hadiah sampingan lain yang bakal diumumkan kemudian.
Pihak penganjur berbesar hati untuk membuka peluang dan bekerjasama dengan mana-mana pihak swasta dan korporat untuk menjadi rakan penaja dan rakan strategik bagi meneruskan kesinambungan kegemilangan sukan lumba rali di Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Thak You For Your Comment