Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam seluruh dunia kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Justeru, Munawwareen mengambil inisiatif menyampaikan dakwah melalui program sebegini di samping meraikan kedatangan bulan yang mulia ini dengan semangat hijrah, yakni niat untuk melakukan perubahan dalam pelbagai aspek.
Seri Wangi berasa bersyukur dan teruja apabila dapat menghadiri program Tausiyah 1 Muharram “Hijrah, Melangkah dengan Cinta" yang dianjurkan oleh jenama fesyen Islamik, Munawwareen mengimarahkan Sambutan Awal Muharram bertemakan Raudah Jiwa yang julung kalinya diadakan dengan kerjasama Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa. Program terbuka yang hanya disertai para Muslimah ini berkonsepkan 'sharing session' di antara panel jemputan dan juga tetamu yang diraikan. Seramai 500 para muslimat menghadiri majlis ilmiah ini yang bermula seawal jam 9 pagi. Pembuka tahun 1445H, program ini juga mengangkat topik hijrah yang dilalui, sama ada suka ataupun duka dan bagaimana konsep hijrah itu sendiri diterapkan dalam kehidupan yang semakin mencabar juga menyuntik azam baru dan semangat yang kuat untuk laluan tahun baru 1445H.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Thak You For Your Comment