Nikmati Hidangan Sajian Asli Masakan Thai Dan Western Di Westplate Factory Sentul Point - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Ahad, 26 Februari 2023

Nikmati Hidangan Sajian Asli Masakan Thai Dan Western Di Westplate Factory Sentul Point



Westplate Factory Sentul Point telah memperbaharui menu dengan menawarkan sajian asli masakan Thai. Bermula dengan sajian Western dari cawangan Shah Alam di section 23, kini cawangan ke-2 Westplate di Sentul Point telah mengorak langkah dengan pembaharuan mengikut kehendak pelanggan yang kian meningkat.

Aneka pilihan makanan yang enak disediakan oleh Chef Chariyaphon Phiwasak atau lebih dikenali sebagai Chef Jaa yang dibawa khas, dari Thailand. Chef Jaa yang berpengalaman luas dalam bidang masakan dan berasal dari wilayah Buriram, Thailand memilih resipi popular untuk disajikan kepada seluruh pelanggan yang menggemari masakan Thai.


Semua hidangan menyentap rasa dan dimasak dengan pelbagai gaya dan adunan bahan yang berbeza, bermula dari pembuka selera, Som Tam atau kerabu betik muda, Thai Chicken Tosties yang dapat dikategori sebagai makanan  ringan dimana cebisan roti disalut ayam cincang digoreng ke emasan dan dicicah bersama sos cili Thai yang pasti memberi kepuasan pada yang mencuba. Tidak dilupai Aroy Spring Roll yang mana ada persamaan seperti Popia goreng namun berbeza dari segi penyediaan inti dn kuahnya. Disamping itu terdapat juga kerabu mangga dan Seafood Salad Glass Noodles yang pasti mengiurkan.



Bagi pecinta Tom Yam, terdapat 3 pilihan yang ditawarkan iaitu Tom Yam Merah, Tom Yam Jernih (Clear) atau yang paling unik Tom Yam Santan Kelapa. Rasakan kenikmatan hidangan Tom Yum sup tradisional makanan laut mahupun Ayam yg dimasak bersama cendawan, bawang, serai dan beberapa campuran bahan rumusan lain yang pasti memberi kepuasan pada semua. Pelbagai pilihan makanan berasaskan Ayam, Daging, Ikan Siakap, Makanan Laut dan Sayur-sayuran dimasak secara ala-carte disini.










Contoh pilihan Ayam seperti Pandan Fried Chicken, Lemongrass Fried Chicken, Chicken Masala Ala Thai, Chili Chicken dan Basil Chicken disediakan disini. Pilihan Daging seperti Basil Beef, Ginger Beef, Oyster Sauce Beef, Black papper Beef. Makanan lautnya pula adalah Basil Seafood, Petai Prawn, Seafood Tempura dan Padprik yang pasti menambat dan memenuhi citarasa pemakan.

Khas buat penggemar kari, 3 pilihan yang tersedia pasti menambat hati anda. Green Curry, Yellow Curry dan Red Curry disediakan mengikut pilihan pelanggan samaada menggunakan Ayam, Ikan mahupun Seafood (makanan laut).


Ikan Siakap kukus atau lebih dikenali Steam Fish Chili Lime pasti membuat semua terliur dengan hanya melihat cara ia dihidangkan. Deep Fried Siakap Thai Style juga merupakan salah satu menu yang sangat diminati di Westplate Factory Sentul Point ini.





Jika anda gemar hidangan streetfood Thai, terokai keenakan menu local Thai di Westplate seperti Pad Thai Noodle, Fried Thai Bihun, Pataya Fried Rice mahupun Pineapple Fried Rice yg disaji menggunakan sampan nenas yang unik.









Pencuci mulut di Westplate Factory juga boleh dikatakan jarang ditemui, dimana disini kita boleh mendapatkan pulut mangga yg disaji bersama aiskrim. Tidak dilupakan Luk Chup sejenis kuih yang disediakan menggunakan kacang hijau dan dibentuk menerupai buah-buahan pasti membuatkan anda teruja.


Tiada kata-kata yang dapat diungkap melainkan anda datang mencuba sendiri dimana rasanya benar-benar asli seperti makan di Bangkok, Thailand. Dengan harga yang sangat berpatutan dan kualiti makanan yang dijaga rapi, pasti memberi kepuasan pada semua yang makan disini. 


MENU 








Untuk makluman diminati di Westplate Factory Sentul Point akan mengambil tempahan meja mengikut kapasiti. Dan akan menyediakan 4 set makanan Thai untuk 2 orang, 4 orang, 6 dan 8 orang dan harganya bermula dari RM49.90 iaitu Set untuk berdua.







Untuk maklumat lanjut layari:

FACEBOOK

https://m.facebook.com/westplatefactory


INSTAGRAM

@westplatefactorysentulpoint


ALAMAT

Westplate Factory Sentul Point

AG-01 Ground Level Puncak Sentul,
8, Jln Sentul Pasar, Sentul,
51000 Kuala Lumpur

Waktu

Setiap hari 

jam 11 pagi sehingga 11 malam.


#RestaurantWestPlateFactory

#WestPlateFactorySentulPoint

#WestPlateFactory

#thailandfoodie #seafood

#westernfoodie #citarasathai

#tomyam #masakantradisional

#bloggerfoodie #foodhunting

#malaysianblogger

#lifestyleblogger #malaysiainfluencer












Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment