AEON LANCAR DRAMA BERSIRI “SAYAP BAGIMU” DI MAJLIS TAYANGAN GALA & SIDANG MEDIA SEMPENA ULANG TAHUN KE-38 - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Jumaat, 14 Oktober 2022

AEON LANCAR DRAMA BERSIRI “SAYAP BAGIMU” DI MAJLIS TAYANGAN GALA & SIDANG MEDIA SEMPENA ULANG TAHUN KE-38



AEON CO. (M) BHD. (AEON) terus melebarkan sayapnya untuk mendekatkan diri dan menggiatkan lagi penglibatan bersama pelanggan dengan melancarkan drama bersiri Sayap Bagimu di majlis “Tayangan Gala dan Sidang Akhbar Sayap Bagimu” yang diadakan TGV, AEON Mall AU2, Kuala Lumpur.

Majlis penuh gemilang tersebut turut diserikan dengan kehadiran Dato’ Iskandar Sarudin, Pengerusi AEON dan juga beberapa barisan artis yang membintangi drama tersebut. Antaranya Alif Satar, Siti Nordiana, Dato' Sri Eizlan Yusof, Vince Chong dan Aznie Azmi.


Dato’ Iskandar Sarudin, Pengerusi AEON 








Majlis tayangan gala ini juga diadakan bersempena sambutan ulang tahun AEON yang ke-38 membawa tema “Sayap Bagimu”, iaitu satu interpretasi kesungguhan AEON untuk memberikan perkidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan inklusiviti serta kelestarian ekosistemnya.


Keiji Ono, Pengarah Urusan AEON


Menurut Keiji Ono, Pengarah Urusan AEON, 
"Sebagai sebuah syarikat yangamat mementingkan keutamaan pelanggan, kami sentiasa mahu menjadikan pasar raya kami bukan sahaja tempat untuk membeli belah, malah mampu menjadi organisasi yang sentiasa proaktif dan inovatif. Penglibatan AEON di dalam industri pembikinan drama ini merupakan satu yang baharu untuk kami namun AEON yakin pendekatan ini mampu memberikan impak positif dalam memperkasakan operasi syarikat dan untuk terus merapatkan lagi hubungan di antara AEON dan pelanggan,"
Drama ini juga adalah tanda penghargaan dan terima kasih AEON terhadap kesetian yang tidak berbelah bahagi oleh pelanggan, rakan niaga dan kesemua pemegang taruh yang telah menjadikan AEON sebagai jenama runcitan pilihan dan tempat membeli belah dan lokasi santai bersama keluarga.
“Kami di AEON amat bersyukur dengan setiap kejayaan yang dikecapi oleh Syarikat yang disokong oleh kesetiaan pelanggan selama 38 tahun. Kejayaan syarikat yang juga didukung kuat Kerajaan membolehkan kami untuk terus memacu setiap usaha kami ke hadapan,” sambung beliau.

Selain itu, tajuk drama “Sayap Bagimu” ini juga diambil daripada inisiaitf AEON untuk kelestarian negara, di mana aspirasi Sayap Bagimu ialah untuk menyokong antara satu sama lain untuk mengembangkan sayap dan terus bergerak ke hadapan bersama. Drama Sayap Bagimu berkisar tentang cabaran, tekanan dan sokongan yang dihadapi di tempat kerja demi memajukan nama syarikat. Ia mampu memberi inspirasi kepada masyarakat untuk terus mengembangkan sayap potensi yang ada pada diri masing-masing untuk mengejar impian.



Inisiatif Sayap Bagimu selaras dengan usaha AEON yang memperjuangkan Matlamat Pembangunan Kelestarian Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG). Antaranya ialah Kesihatan Baik dan Kesejahteraan (SDG 3) iaitu memastikan kehidupan sihat dan menggalakkan kesejahteraan bagi setiap lapisan umur serta Pembangunan Ekonomi Dan Pekerjaan Yang Baik (SDG 8) yang menggalakkan pertumbuhan ekonomi 
berterusan, inklusif dan mampan, guna tenaga penuh dan produktif serta kerja yang bersesuaian untuk semua. 






Turut menyertai program ini ialah rakan-rakan niaga AEON dan para penaja seperti AmBank Malaysia, TGV Cinemas, Focus Point, Gintell, OSIM, Poh Kong, Tomei Gold & Jewellery, PANDORA Jewellery, Hype Energy Drink, Mahnaz Food, Samsung Malaysia Electronic, Mamee-Double Decker, Shogun Japan, Yeo Hiap Seng, BB Diapers dan Uncle Zam Rice.



Drama ini akan mula ditayangkan di laman Youtube AEON Malaysia bermula 13 Oktober 2022.

YOUTUBE "SAYAP BAGIMU" 



Untuk keterangan lanjut layari:
-

WEBSITE

www.aeongroupmalaysia.com

FACEBOOK

https://www.facebook.com/aeonretail.my/

INSTAGRAM

https://instagram.com/aeonretail.my




#AEONRetailMalaysia

#SayapBagimu

#DramabersiriSayapBagimu

#UlangtahunAEON

#AlifSatar #SitiNordiana

#lifestyleblogger #influencermalaysia

7 ulasan:

  1. Bagus AEON nie sebab dia banyak buat inisiatif untuk membantu yang memerlukan. Moga dimurahkan rezki AEON dan makin banyak syarikat yang mengikut jejak mereka

    BalasPadam
  2. Bagus AEON ni banyak buat event macam ni..wah..tak sabar nak tengok

    BalasPadam
  3. Kempen ni dah lama, bagus lah deorang rebrand balik Sayap Bagimu untuk buat drama pulak.

    BalasPadam
  4. I just can't wait to check out this aeon drama series, the storyline so so exciting to enjoy. Cheers Siennylovesdrawing

    BalasPadam
  5. Belum tengok lagi drama ni, haritu nampak iklan dia di youtube, nanti nak tengoklah, sebab pelakon dia hebat-hebat...

    BalasPadam
  6. Storyline drama ni best! sis tak sabar nak catch up their next episode

    BalasPadam
  7. thanks sharing, nanti huda nak layan drama bersiri sayap bagi mu, semua pelakon favourite

    BalasPadam

Thak You For Your Comment