PELANCARAN PEMBUKAAN FAVEHOTEL NOGOYA BATAM - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Sabtu, 6 Ogos 2022

PELANCARAN PEMBUKAAN FAVEHOTEL NOGOYA BATAM



Meriah sungguh sambutan ketibaan  kami di Batam. Kini Batam telah banyak perubahan setelah lama Seri Wangi tidak ke Batam sejak negara dilanda covid 19, alhamdulillah kini kembali pulih dan kita dapat bercuti ke luar negara, namun begitu kita tetap juga berhati-hati menjaga diri sendiri walaupun keadaan covid 19 telah reda.

Sempena dengan  sambutan Kampong Food Fiesta 2022, kami menyertai Batam Mega Famtrip dari 13 - 17 Jul 2022. Ketibaan kami di Aston Tamrin/ Fave Hotel Nagoya dengan sambutan sangat meriah disertai dengan paluan kompang dan juga persembahan silat. 







Acara dimulakan dengan ucapan dan pelancaran  Fave Hotel Nagoya Batam dan Potong Tumpeng oleh GM, Director of Batam Tourism Board, The Head of Batam Culture & Tourism Office and Mr Norbert. 




Majlis dilangsungkan dengan persembahan tarian tradisional Batam dan upacara pemotongan Tumpeng.










Favehotel Nagoya Batam



Jika anda ke Batam jangan lupa menginap di Favehotel Nagoya Batam dan juga terdapat rangkaian hotel-hotel terbaik pilihan anda semasa bercuti di Batam. Favehotel Nagoya Batam  berlokasi strategik di daerah perniagaan utama Nagoya dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Hang Nadim, Terminal Batam Center Ferry Terminal, dan  Harbour Bay, semuanya dalam jarak 30 minit pemanduan.  Lokasi yang ideal ini adalah tempat percutian yang sempurna untuk pelancong riadah dan perniagaan.



Bagi yang suka bershopping, lokasi Favehotel Nagoya Batam yang strategik adalah tempat yang sesuai untuk pelancong yang ingin membeli-belah di pusat membeli-belah terbesar di Batam, seperti Grand Batam Mall Nagoya Hill Shopping Mall, BCS Mall dan Lucky Plaza.

Penginapan


Favehotel Nagoya Batam menawarkan keselesaan  dengan bilik berhawa dingin sepenuhnya yang luas, balkoni dengan pemandangan bandar yang indah, WiFi berkelajuan tinggi percuma, Google nest dalam bilik Suite, pembesar suara google di semua bilik, kemudahan bilik, kemudahan membuat teh/kopi, dalam-  peti keselamatan bilik, TV 43” yang dipasang di dinding dengan 40 saluran, linen bersih bersih, penutup tilam, pancuran mandian kuasa panas, soket elektrik yang terletak di lokasi yang sesuai, almari pakaian terbuka dengan penyangkut dan rak bagasi.







Penginapan di Favehotel Nagoya Batam  amat sesuai untuk pelancong yang mencari keselesaan semasa penginapan mereka.  Bilik ini mempunyai katil queen atau katil berkembar yang sangat selesa dengan balkoni yang menghadap ke bandar, TV Pintar 43" moden yang dipasang di dinding dengan 40 saluran, bilik mandi en suite, pancuran mandian berkuasa air panas, soket elektrik yang terletak di lokasi yang sesuai, kemudahan membuat teh/kopi, dalam-  peti keselamatan bilik, dan WiFi berkelajuan tinggi percuma.

Sememangnya kemudahan dan perkhidmatan sangat Seri Wangi puas hati,  bilik yang bersih, selesa dan kemudahan yang terbaik serta menggabungkan reka bentuk yang bergaya dengan fungsi untuk menawarkan nilai dan keselesaan hebat kepada tetamu yang sesuai untuk pelancong, perniagaan dan percutian.



Apalagi jika anda ke Batam bolehlah menginap di sini terutamanya yang suka Jalan-jalan cari makan dan bershopping di Batam. 



Kampong Food Fiesta 2022


Kalau anda hendak tau semasa pelancaran pembukaan favehotel,  diadakan juga acara Kampong Food Fiesta 2022 berdekatan dengan Favehotel.  Pelbagai juadah menu-menu yang sedap untuk dicuba dan malamnya juga diadakan acara tarian traditional untuk pengunjung.  


Bazar Kuliner  Kampong Food Fiesta 2022 yang diadakan di Aston Tamrin/ Favehotel Nagoya bermula 13 - 17 Jul 2022 yang lepas. Seronok dapat merasa juadah yang jarang kita jumpa da makan,  terdapat macam-macam makanan yang ada dijual, paling sedap jus buah Naga dan Bakso serta telur. 






Happy sangat dapat merasa makanan baru yang tidak ada jual di Malaysia terutamanya telur yang digulung dengan batang lidi, sedaplah pulak.. jadi jakun sikit.. haaa!! Jomlah anda datang bercuti ke Batam melihat tempat-tempat menarik di Batam. 


Maklumat lanjut layari

WEBSITE

https://www.favehotels.com

FACEBOOK

https://www.facebook.com/favehotelNagoyaBatam/

INSTAGRAM

@favehotelnagoyabatam



@batamtourismpromotionboard

@favehotelnagoyabatam 

@astonnagoya 

#batamkampongfoodfiesta2022 #INDONESIA #Wonderfulindonesia

#batam #batamtourism #batamtourismboard #batamtourismpromotionboard #pesonaindonesia #wonderfulindonesia #wonderfulriauislands #wonderfulbatam #indonesia #indonesiatourism

#favehotel #favehotelnagoyabatam #astonnagoya #nagoyatamrincity #culinary #food #fiesta #kampung #travel #travelbloggerlife #keunggulanwanitacom




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment