Menerokai Tempat-Tempat Indah Dan Menarik Di Batam - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Selasa, 16 Ogos 2022

Menerokai Tempat-Tempat Indah Dan Menarik Di Batam

 


Bila sudah berada di Batam,  sudah tentu kita kena pusing-pusing ke tempat-tempat yang indah dan menarik di seluruh Batam. Walaupun Seri Wangi telah pun beberapa kali sampai di Batam sebelum ini tapi masih ada lagi terdapat tempat menarik yang masih belum Seri Wangi jelajahi. Sebenarnya Batam mempunyai tempat menarik yang anda perlu lawati. Jom ikut Seri Wangi jalan-jalan pusing Batam melihat beberapa tempat yang Seri Wangi telah kunjungi.


WELCOME TO BATAM


Landmark WELCOME TO BATAM menjadi kemestian untuk pelancong bergambar di depannya,  itu menanfakan anda telah tiba di Bumi BATAM. Tapi.... Seri Wangi ni dah beberapa kali sampai di Batam,  barulah ini pertama kali dapat bergambar di depan Landmark WELCOME TO BATAM... apa lagi posing sakan!! Untuk pengetahuan anda Landmark  "Welcome To Batam" yang terletak di bukit yang bernama Bukit Clara. 





Barelang Bridge


Distinasi berikutnya iaitu  Barelang Bridge sememang Jambatan Barelang sangat unik kalau dilihat buat pertama kalinya dan menjadi tarikan pelancong ke Batam. Kalau dah sampai di sini rugilah kalau tidak berselfie puas-puas sebab pemangan dari Jambatan Barelang sangat cantik sekali. 


Untuk makluman anda terdapat 6 Jambatan lain yang menghubungkan Batam dan pulau-pulau lain. Projek Jambatan Barelang telah dimulakan oleh B.J Habibie.  Presiden ke-3 Indonesia. Seri Wangi tengok senibina dan designnya pun dah tertarik dan terpegun dibuatnya. 




Jambatan Barelang adalah hasil usaha anak-anak tempatan yang dibina bagi menghubungkan pulau-pulau di  antaranya ialah Pulau Batam, Pulau Tonton, Pulau Nipah, Pulau Rempang, Pulau Galang dan Pulau Galang Baru, Batam yang menjadi Ikon Senibina Batam. Jadi anda ke Batam jangan lupa singgah dan bergambar di Jambatan Barelang ini. 




Museum Batam Raja Ali Haji


Destinasi kami tuju seterusnya ialah Museum Batam Raja Ali Haji yang mempunyai banyak sejarah mengenai Batam. Bila kaki melangkah masuk ke dalamnya,  terpegun melihat pelbagai nafkah dan maklumat sejarah Batam. Kalau anda peminat sejarah pastinya anda akan duduk lama berjam-jam untuk meneliti setiap nafkah yang dipamerkan di Museum Batam Raja Ali Haji.  Museum ini terletak di tengah Kota Batam iaitu Dataran Ungku Putri,  Batam. 



Sedikit maklumat yang Seri Wangi dapat kongsikan mengenai museum ini iaitu Pemerintah Kota Batam, Kepulauan Riau membuka Muzium Batam Raja Ali Haji, bertepatan dengan ulang tahun ke-191 kota setempat, Jumaat (18/12/2020).

Perasmian itu ditandakan oleh Datuk Bandar Batam Muhammad Rudi membuka tirai lakaran wajah Raja Isa bin Raja Ali atau Nong Isa.

Nong Isa adalah penerima mandat Sultan Abdul Rahman Muazzam Syah dari Kesultanan Lingga, untuk memerintah wilayah Nongsa dan sekitarnya pada 18 Disember 1829. Kerajaan Nong Isa menjadi tonggak sejarah kelahiran Kota Batam.




Di harap dengan adanya muzium itu dapat menjadi tarikan tempat pelancongan baharu di kawasan setempat, selain menjadi wadah pembelajaran sejarah.







Bundaran Otoria Batam


Jom Seri Wangi bawa anda ke satu lagi tempat bersejarah yang terletak berdekatan dengan Museum Batam Raja Ali Haji tapi sebelum itu kita jalan-jalan ke luar Taman Dataran Ungku Putri untuk bergambar. 



Dan tidah jauh dari Dataran tersebut,  di tengah-tengahnya pula terdapat satu taman kecil yang istimewa yang mana ada 3  pokok beringin yang telah ditanam oleh pemimpin dari 3 negara. Setiap satu pokok beringin  mewakili negara masing-masing. 


Namun begitu pokok-pokok beringin tersebut tidak tahan lama dan cepat mati dan akan ditanam pokok yang baru. Pokok beringin tersebut mewakili:

a.  Tun Mahathir Mohamad - Malaysia
b.  Presiden Soharto - Indonesia
c.  Lee Kwan Yew - Singapura




Anda yang mahu ke museum tersebut bolehlah berkunjung:

Museum Raja Haji Ali,

Waktu Operasi : Setiap Hari ( 8.00 pagi -  4 petang)



@batamtourismpromotionboard
@favehotelnagoyabatam 
@astonnagoya 

#batamkampongfoodfiesta2022
#INDONESIA #Wonderfulindonesia
#traveltripbatam #batamtourism #batamtourismboard #balerangbridge
#MuseumrajaHajiAli 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment