Eco Edu Park Panbil Nature Reserve Satu Pengalaman Pengembaraan Dalam Menerokai Keindahan Alam Semulajadi Di Batam - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Sabtu, 27 Ogos 2022

Eco Edu Park Panbil Nature Reserve Satu Pengalaman Pengembaraan Dalam Menerokai Keindahan Alam Semulajadi Di Batam



Bila sudah berada di Batam, jangan lupa lawati satu lagi tempat percutian yang sangat menakjubkan dan pastinya akan membuatkan anda merasai pengalaman pengembaraan menerokai hutan semula jadi yang menghijau dan memukau mata memandang. Destinasi kali ini kami dibawa menerokai alam semula jadi di Eco Edu Park Panbil Nature Reserve


Sebelum kami semua dibawa melawati tempat-tempat   menarik di  sekitar kawasan hutan Panbil Nature Reserve,  kami diberi penerangan ringkas oleh pihak Panbil agar menjaga kebersihan,  keselamatan dan juga pakaian yang bersesuaian sebelum meneruskan aktiviti-aktiviti yang akan kami lakukan dan yang paling utama kena makan dulu jangan biarkan perut kosong serta minum air secukupnya memandangkan cuaca ketika sangat panas terik. Anda jangan risau bab makan sebab di sini terdapat Cafe dan kedai serba guna untuk anda membeli barang-barang keperluan. 








Setelah diberi penerangan ringkas kami akan dibawa melawat beberapa tempat seperti The Deer Sanctuary,  Bird Pavillion,  Reptile Sanctuary, ikan Koi dan Rabbit Sanctuary. Di mana akan merasa teruja dapat mendekati binatang-binatang jinak sambil memberi mereka makanan dengan pengawasan ranger yang menjaga kawasan tersebut.  Rasai juga betapa seronoknya dapat melakukan hiking di hutan Palawan. Sepanjang perjalanan menaiki Jalan lurus tapi berbukit,  semakin jauh berjalan semakin luas mata kau dapat melihat keindahan hutan Palawan, Panbil Nature Reserve tapi.... di waktu inilah dapat kita ukur tahap fizikal dan mental anda kuat atau tidak sebabnya perjalanan ke The Deer Sanctuary memang jauh,  kena menapak... haaaa!! Nasib baik Seri Wangi masih dapat meneruskan ya walaupun nafas dah tercungap-cungap tapi happy sebab ramai-ramai berlawan sapa yang cepat sampai dulu. 











The Deer Sanctuary


Wow..... berjaya jugak akhirnya mendaki bukit bukau untuk sampai ke The Deer Sanctuary tapi sebelum kami dibenarkan bertemu dan memberi makan rusa-rusa di situ,  terlebih dahulu kami diberi penerangan ringkas dan sebolehnya tidak boleh buat bising agar rusa-rusa tersebut tidak takut dan senang dihampiri.















Bird Pavillion



Kita jalan-jalan tengok pelbagai jenis burung ada dan macam-macam ragam burung yang ada di Bird Pavillion yang bijak dan pandai curi perhatian pengunjung,  sangat jinak dan tidak takut dengan orang ketika diberi makan. 





Reptile Sanctuary




Jom ikut Seri Wangi beranikan diri  bermain ular di Reptile Sanctuary  bagi yang berani bermain dengan ular bolehlah cuba memikul ular Sawa ini yang berat giler... dan bermanja dengan Mr Iguana yang jinak.. ada yang berani ke? 

Dah puas ambil gambar bagai Jom kita bermain dengan arnab dan tgk ikan-ikan Koi berenang pulak pulak. 










Wow.... memang happening sangat dan Seri Wangi rasa banyak pengalaman dan pengajaran tentang betapa indahnya alam kita di Bumi ini dan kira semestinya bersyukur masih dapat bernafas dan menghirup udara segar dan nyaman di Eco Edu Park Panbil Nature Reserve.  Jom kita ramai-ramai ke sini bersama family merasai keindahan dan keunikan yang ada di Eco Edu Park Panbil Nature Reserve. 




Untuk keterangan lanjut layari

WEBSITE

FACEBOOK

INSTAGRAM

1 ulasan:

  1. Rupanya banyak lagi tempat best dekat Batam... hari tu pegi sehari dua tapi tak banyak sangat tempat yang kami pegi.. Lain kali nak pegi tempat ni pula

    BalasPadam

Thak You For Your Comment