Tonton Rancangan Resipi Berani MAGGI® Musim Ke-2 Mulai 8 Julai 2022 - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Jumaat, 8 Julai 2022

Tonton Rancangan Resipi Berani MAGGI® Musim Ke-2 Mulai 8 Julai 2022



Seri Wangi berkesempatan hadir di pelancaran Rancangan realiti Resipi Berani MAGGI® baru baru ini yang mana kembali dengan musim kedua yang akan menampilkan sebanyak 6 episod. Daripada sejumlah 2,000 orang peserta, seramai 12 wanita telah dipilih untuk meneruskan cabaran siri kulinari dan keusahawanan bagi merebut gelaran sebagai juara. 

Untuk makluman semua pada musim pertama Rancangan realiti Resipi Berani MAGGI®️ juaranya adalah Nur Hidayah Jeffri. Kini kita boleh tonton kembali rancangan tersebut untuk musim kedua pulak, Siapakah agaknya yang akan jadi juara yer... memang seronok tonton rancangan masak masak ni..! . Adakah mereka Wanita Berani yang akan berdepan dengan penonton dan 3 orang mentornya.

Resipi Berani MAGGI® Musim Ke Dua



Rancangan realiti Resipi Berani MAGGI® membawa kembali tiga orang Mentor MAGGI® yang terkenal - Penggemar Makanan dan Duta Jenama bagi MAGGI® CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman; Pengarah, Penerbit, Aktres dan Pemilik The Dim Sum Place, Sheila Rusly; serta Ikon Usahawan dan Pemilik My Mum’s Bakery, Anne Idris - yang akan membimbing 12 orang peserta sepanjang siri realiti ini menerusi Sesi Maklum Balas Mentor. Untuk Musim Ke-2, siri ini akan menampilkan empat orang juri jemputan - Stacy Anam, Betty Rahmad, Aisya J dan Chef Sherson Lian. Tentu riuh nanti bila peserta-peserta ini kena berhadapan dengan kerenah mentor masing-masing.


Seramai 12 peserta yang berjaya memasuki peringkat akhir rancangan Resipi Berani MAGGI® Musim Ke-2 terdiri daripada para pemilik perniagaan makanan yang berpangkalan dari rumah:

1. Anastasia Maigi (Sabah)

2. Kalarani A/P Subramaniam (Putrajaya),

3. Mellony Anak Stephen (Sarawak),

4. Nazrina binti Zamani (Selangor),

5. Noraslinda binti Rusli (Selangor),

6. Norli binti Mohd Azmi (Selangor),

7. Kentila A/P Veerayah (Selangor),

8. Nur Syahidah Aimullah binti Abdul Rahim (Kedah),

9. Nurul ‘Syaza Shahirah binti A. Samsuddin (Melaka), .

10. Nurul Hajar Ismail (Johor),

11. Rozana Sari binti Roslan (Pahang)

12. Suzaimi binti Zahari (Terengganu)


Rancangan Resipi Berani MAGGI® Musim Ke-2 yang menjanjikan lebih banyak kejutan menarik ini akan memaparkan kecekalan dan perjalanan peserta dalam menempuh cabaran dan kriteria yang ditetapkan. Ini termasuk beberapa cabaran dalam bidang Pembangunan Peribadi, Kemahiran Berniaga dan Kemahiran Memasak. Antara cabaran utama yang dilalui peserta termasuk penyediaan hidangan istimewa masing-masing dan penciptaan semula masakan asli Malaysia dengan menggunakan ramuan yang unik! Selain cabaran kulinari, para peserta juga perlu memberi tumpuan kepada elemen seperti kemapanan makanan, daya maju perniagaan serta memanfaatkan penghasilan kandungan untuk platform media sosial. 


MS. YASHASHRI VATVE Consumer Marketing Manager, Nestle (Malaysia) Bhd


Ketika mengulas tentang Resipi Berani MAGGI® Musim Ke-2, Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata,

“Kami teruja mempersembahkan musim kedua rancangan realiti ini untuk meningkatkan lagi kemahiran perniagaan dan memperkasakan lebih ramai wanita disamping menyediakan platform untuk mereka mencapai impian masing-masing. Saksikan bagaimana para peserta keluar dari zon selesa mereka, menempuh cabaran, membina keyakinan diri dan berkembang melalui bimbingan para Mentor MAGGI yang berpengalaman beserta barisan juri jemputan yang baharu!”

“Matlamat rancangan realiti MAGGI adalah untuk menampilkan perjalanan para peserta dalam memajukan perniagaan makanan mereka. Kami berharap rancangan ini dapat memberi inspirasi kepada para wanita untuk memulakan sesuatu yang baharu bagi membawa perubahan positif dan menaiktaraf kehidupan mereka. Kami telah menyaksikan perubahan ketara pada para pemenang musim pertama, dan bagaimana mereka mampu memberi inspirasi serta impak kepada kehidupan orang lain,” kata Geetha ketika mengulas perjalanan para peserta.


Selain menerima modal benih sebanyak RM8,000, juara Resipi Berani MAGGI® Musim Ke-2 akan turut menjalani program bimbingan peribadi selama 8 minggu bersama ikon usahawan, Anne Idris, memfokuskan pada peningkatan perniagaan makanan, mengurus kecekapan kos dan strategi penjenamaan. Pemenang tempat Kedua dan Ketiga masing-masing akan menerima modal benih sebanyak RM5,000.




Resipi Berani MAGGI® merupakan kemuncak Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI®, yang bertujuan memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk keluar dari zon selesa dan merealisasikan semangat ‘Tak Kenal, Tak Cinta’. Program yang dianjurkan hasil kerjasama MAGGI® dan Google Malaysia ini menampilkan siri Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI® yang bertumpu kepada pembinaan keyakinan diri, peningkatan kemahiran perniagaan melalui kemahiran digital dan menambah baik kemahiran memasak. 12 orang peserta akhir Resipi Berani MAGGI® telah dipilih daripada lebih 2,000 orang wanita yang menyertai siri bengkel peningkatan kemahiran pada tahun 2021.


Ketika mengulas penyertaan beliau dalam kempen Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® sejak pelancarannya pada tahun 2020, Datin Paduka Eina Azman berkata, "Saya telah menyaksikan sendiri perubahan hidup serta kisah-kisah kejayaan menerusi Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® dan saya turut berbesar hati menjadi Duta Jenama untuk MAGGI® CukupRasa. "Saya gembira kerana program ini telah menyokong ramai wanita terutamanya sepanjang pandemik ini, dan akan terus memainkan peranannya dalam memperkasakan lebih ramai wanita untuk menjadi seorang usahawan wanita yang berjaya menerusi bimbingan, panduan dan latihan kemahiran yang efektif.”




Rancangan realiti Resipi Berani MAGGI® Musim Ke-2 bersiaran pada 4.30 petang setiap hari Jumaat di TV3 selma 6 minggu mulai 8 Julai, dengan siaran ulangan pada 11.30 pagi setiap hari Sabtu. Rancangan tersebut dihostkan oleh NANA MAHAZAN. 


Setiap episod juga boleh ditonton menerusi saluran YouTube MAGGI® (https://www.youtube.com/user/maggimalaysia/videos) dari 5.00 petang setiap hari Jumaat, mulai 8 Julai.  




Tentang Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI®


Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® merupakan sebuah program nasional anjuran MAGGI® dengan kerjasama Women Will oleh Google Malaysia, sebuah program Grow with Google. Sejak dimulakan pada 2020, program ini menyokong pembinaan keyakinan diri dan kesedaran, memperbaiki kemahiran perniagaan serta kemahiran digital selain meningkatkan kemahiran memasak melalui Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI®. Ia adalah sebahagian daripada kempen Tak Kenal Tak Cinta oleh MAGGI® CukupRasa yang meraikan para wanita yang mengambil langkah pertama untuk mencuba sesuatu yang baharu




Berdasarkan kepada kisah kehidupan sebenar, video kempen (youtube.com/watch?v=WpUuTiAzEZs) menampilkan tiga wanita Malaysia yang menginspirasikan yang telah mengatasi situasi mencabar dengan membina keberanian untuk mencuba sesuatu yang berbeza, dan akhirnya membawa perubahan positif dalam kehidupan mereka. Program ini diterajui oleh 3 mentor yang terdiri daripada Aktres, Usahawan, Penggemar Makanan dan Duta Jenama bagi MAGGI® CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman; Pengarah, Penerbit, Aktres dan Pemilik The Dim Sum Place, Sheila Rusly; dan Ikon Usahawan Muda Tahun 2019 dan Pemilik My Mum’s Bakery, Anne Idris.





Untuk maklumat lanjut sila layari

WEBSITE

FACEBOOK


#WanitaCukupBerani i#TakKenalTakCinta 
#MaggiCukupRasa  #resipiberaniMaggi
#foodieblogger #lifestyleblogger

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment