Perkara biasa jika kita dah berusia macam macam masalah timbul bukan? Sakit sana, sakit sini,, samalah dengan Seri Wangi ada masa tiba-tiba sakit kaki, sakit sendi dan sakit lutut. Lagi susah ketika bila waktu solat, memang sakit sangat lutut tu bila time nak sujud hanya Allah jer yang tahu tapi masih boleh lagi tahan. Tapi bagi orang tua yang ada sakit lutut tentulah mereka solat guna kerusi.
Jadi dengan adanya sejadah ADE AZHAR (MECCA SERIES) ni, kita dapat solat dengan selesa sebab sejadah ini lembut, tebal dan serap tekanan dan lagi mampu membetulkan postur badan dan mengurangkan sakit lutut dan sendi ketika sujud.
Bagi anda yang mempunyai sakit lutut dan sendi, pasti anda sering berhadapan dengan masalah ketegangan di bahagian tertentu akibat tekanan sewaktu menunaikan solat lebih-lebih lagi ketika sujud.
Tekanan akan lebih dirasai apabila lutut anda bertemu dengan permukaan keras dan kekerapan tekanan diberikan membuatkan lutut anda akan lebih sakit sehingga menyukarkan pergerakan.
Peka dengan kesukaran beribadah yang dihadapi oleh sesetengah masyarakat lebih-lebih lagi warga emas dan wanita mengandung yang terpaksa solat menggunakan kerusi, Ade Azhar Trading Sdn Bhd telah membuat satu inovasi terbaharu terhadap Sejadah Ade Azhar (Mecca Series) yang berbeza dengan sejadah yang berada di pasaran. Memang sangat berbeza dari sejadah yang kita selalu gunakan dan Seri Wangi pun suka dan rasa selesa bila solat dengan Sejadah Ade Azhar.
Istimewanya Sejadah Ade Azhar (Mecca Series) ini adalah bahan yang digunakan sangat berkualiti tinggi dan premium iaitu ‘NBR Hitech Form’ yang mempunyai ciri lembut tapi mampat. Bahan ini juga yang telah digunakan oleh NASA dalam pembuatan sut angkasawan.
Selain itu, Sejadah Ade Azhar (Mecca Series) ini bercirikan anti-mikrobial di mana terdapat sejenis lapisan yang melindungi permukaan daripada habuk, bakteria & mikrobakteria yang bahaya dan boleh membawa kemudaratan pada pengguna lebih-lebih lagi yang sensitif dengan persekitaran kotor.
Mempunyai ketebalan 15 mm, sejadah ini 5 ganda lebih tebal berbanding sejadah biasa yang hanya mempunyai ketebalan 3 mm sahaja. Ia mampu untuk menyerap lebih 300 kg tekanan dalam satu masa. Ianya telah diuji dengan menggilisnya dengan kereta tanpa ada sebarang kerosakan namun sejadah masih lagi boleh digunakan.
Tebal sejadah ini mampu memberikan keselesaan maksima kepada pesakit sendi lutut, gout dan pergelangan kaki untuk sujud dan tahiyyat tanpa memberikan lagi tekanan pada bahagian tersebut. Rasa sakit juga hilang kerana sejadah ini akan menyerap tekanan.
Sejak ianya dipasarkan, sejadah yang diedarkan oleh Ade Azhar Trading Sdn Bhd ini telah mendapat permintaan yang tinggi di kalangan masyarakat dan maklumbalas yang diterima sangat positif.
Apa yang lebih menarik mengenai sejadah ini adalah rekabentuk yang menarik, elegen dan mudah dibawa kerana dilengkapi dengan tali selain dilengkapi dengan lapisan teknologi anti-slip di bahagian belakang sejadah di mana ianya mempunyai grip cengkaman yang sangat kuat.
Harganya pun berpatutan iaitu bernilai RM250 sahaja ianya sememangnya sangat berbaloi untuk dimiliki dan dihadiahkan kepada ibubapa atau diwakafkan di mana-mana masjid atau surau untuk dimanfaatkan bersama.
Sebagai syarikat yang mementingkan keeksklusifan dalam setiap produk, Sejadah Ade Azhar (Mecca Series) hanya dijual melalui wakil-wakil sah Ade Azhar Trading menerusi laman sesawang dan wakil jualan langsung di setiap negeri.
#sejadahAdeAzhar #AdeAzharTrading #sakitlutut #sakitsendi #MeccaSeries
#NBRHitechForm #antimikrobial #habuk #antibakteria #mikrobakteria #antislip
Menarik gak nie. Even di kalangan muda-mudi pun dah ada yang mencari sejadah yang selesa untuk lutut sebegini.
BalasPadambanyak kelebihan sejadah ini ya.. terutama dalam mengatasi masalah sakit lutut
BalasPadamTebalnyaa sejadahnya.. nagus ni, memang tak sakit laa kalau sujud tu, duduk lama pun agaknya selesa kan Kak...
BalasPadamBaru tahu ada teknologi baru dekat sejadah utnuk kurangkan sakit lutut. Memang best dan bolehla saya cuba.
BalasPadamBagus lah sejadah ni tebal dan berkualiti kita nak beli tuk mak ayah kat kg sebab mereka selalu sakit bila duduk sejadah nipis ni hurmmm good sharing..
BalasPadammacam best je sejadah ni, kalau bagi kat mak mesti mak suka.. thanks sharing
BalasPadamGreat to see the creation of this sejadah. Definitely a big help for those who are suffering from joint pain and for the elderlies.
BalasPadamwhat a beautiful invention! i can imagine buying this as a gift for my friend's parents so they can be comfortable masa solat!
BalasPadam