Koleksi “ready-to-wear” (RTW) ilham Nusantara oleh Dato’ Jovian Mandagie Eksklusif untuk AEON - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Ahad, 17 April 2022

Koleksi “ready-to-wear” (RTW) ilham Nusantara oleh Dato’ Jovian Mandagie Eksklusif untuk AEON


Salam Ramadan 2022

Seri Wangi nak ucapan kepada my readers selamat menjalankan ibadah puasa, dan bersembahyang terawih. Lagi satu nak tanya dah beli biskut raya dan baju raya ke? 

Taulah mesti semua teruja nak balik beraya di kampungkan? Almaklumlah sejak PKP kita tak dapat balik beraya di kampung. Suasana beraya di kampung VS Bandar tidak sama suasana meriajnya tau! Bagi yang ada orang tua di kampung memanglah gembira nak sambut hari raya bersama mereka, tentu ada yang sudah buat persiapan. Ada yang belum beli lagi baju raya? Seri Wangi nak bagi tau kat mana nak beli baju raya yang cantik dan berjenama tapi dengan harga berpatutan, tak adalah mahal mana pun dan mampu milik. 


Koleksi AEON Raya 2022


Kini AEON CO. (M) BHD. (AEON) memperkenalkan kolaborasi terkininya untuk Koleksi AEON Raya 2022 bersama pereka fesyen dan usahawan terkemuka, Dato’ Jovian Mandagie melalui pelancaran media eksklusif di AEON Mall Shah Alam hari ini.

Sempena Hari Raya tahun ini, Jovian telah mendalami asal-usul Nusantara. Nusantara adalah nama Jawa Kuno yang pada asalnya merujuk kepada wilayah taklukan kerajaan Majapahit, yang bermula pada abad ke-13. Wanita Kepulauan Nusantara, yang sebati dalam sejarah dan budaya dianggap sebagai simbol kecantikan pada waktu itu, telah menjadi inspirasi koleksi sedia pakai (RTW) premium ini.


Bercakap berkenaan koleksi ini, Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON berkata, “Sesebuah perayaan itu  secara intrinsiknya terikat kepada tradisi dan budaya, namun seorang pereka fesyen yang mampu mengimbangkannya dengan kebebasan dan ekspresi moden – sesungguhnya kami merasa amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Dato’ Jovian Mandagie yang mampu memahami dan menterjemahkan konsep ini dengan jayanya. Akhirnya menghasilkan senarai pra-pesanan yang panjang di platfom iAEON Lifestyle kami. Harapan kami agar pelanggan setia kami akan berpuas hati sebagaimana usaha keras yang kami laksanakan semasa persediaannya sejak Oktober tahun lepas.”








Dato’ Jovian Mandagie, salah seorang pereka paling berjaya di Malaysia, terkenal dengan pengaruh Mal-Indo beliau merentasi rekaan yang mengagumkan dan telah mencipta gabungan fesyen yang bermutu tinggi di bawah jenama yang estetik dan terkemuka Jovian Mandagie house (JM).


“Koleksi RTW kami telah diperkenalkan pada Ogos 2012. Sejak itu, ianya telah memenuhi keperluan wanita di Malaysia, memastikan setiap wanita kelihatan cantik dengan pakaian mereka. Koleksi Nusantara AEON x JOVIAN adalah direka dengan pendekatan yang sama," tambah Dato’ Jovian Mandagie.

Menurut Low Ngai Yuen lagi, “Koleksi AEON x JOVIAN Nusantara bukan sahaja dihasilkan untuk wanita, malah pakaian Raya untuk seisi keluarga termasuk lelaki dan kanak-kanak. Selain itu, koleksi ini juga termasuk pelitup muka tiga lapis dan KF94  rekaan unggul Jovian Mandagie di dalam reka bentuk baharu untuk dipadankan dengan corak pakaian perayaan.”

Mulai 15 April, koleksi tersebut akan tersedia secara eksklusif di tujuh buah cawangan AEON; Shah Alam, Wangsa Maju, Taman Maluri, Mid Valley, Queensbay, Kota Bharu dan Tebrau City, serta jualan dalam talian untuk semua pra-pesanan iAEON Lifestyle di https://lifestyle.myaeon.com.my/special-campaign/jovian-collection-1



Koleksi ini dilancarkan sempena promosi Ramadan-Raya AEON, 'Raya Penuh Makna.' Pelbagai promosi istimewa Raya yang sedang berlangsung juga boleh didapati di www.aeonretail.com.my

Kolaborasi ini adalah sejajar dengan usaha AEON yang memperjuangkan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 8 – Kerjaya Yang Baik dan Pertumbuhan Ekonomi – yang memberi tumpuan ke arah menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan, pekerjaan yang menyeluruh, baik lagi produktif kepada semua.




Mengenai AEON Runcit 

AEON CO. (M) BHD. adalah syarikat peruncitan dan rangkaian pasar raya terkemuka di Malaysia dengan 28 AEON Mall, 34 AEON Stor, 9 MaxValu Prime, 65 AEON Wellness dan 42 DAISO dan 4 Komai-so di seluruh negara. Ia ditubuhkan pada tahun 1984 sebagai maklum balas kepada jemputan oleh Kerajaan Malaysia dalam membantu memodenkan industri peruncitan negara. 

AEON BiG (M) SDN. BHD. mengendalikan 21 pasar raya besar dengan nama dagang "AEON BiG" di Malaysia. Ia menawarkan pelbagai pilihan dengan nilai yang hebat.  Pengambilalihan AEON BiG adalah sebahagian daripada rancangan AEON Group untuk mengembangkan perniagaan di Asia Tenggara dan mengembangkan lagi operasi di Asean. 

AEON terus berusaha untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan yang sentiasa berubah. Berpandukan kepada falsafah “Pelanggan Didahulukan”, pemahaman mendalam mengenai keperluan pasaran sasaran, dibantu oleh campuran produk yang optimum, AEON beriltizam untuk melangkaui jangkaan pelanggan dan meningkatkan pengalaman mereka setiap kali mereka berbelanja di rangkaian AEON. 

Dengan semangat AEON yang bermaksud ‘berkekalan’ dalam Bahasa Latin, matlamat AEON adalah untuk memastikan kerjasama lestari dengan para pelanggan, pembekal, rakan niaga, pemegang saham dan komuniti untuk mewujudkan masa hadapan yang tiada had.



Untuk maklumat lanjut, sila layari:


WEBSITE

www.aeongroupmalaysia.com

FACEBOOK

https://www.facebook.com/aeonretail.my/

INSTAGRAM

https://instagram.com/aeonretail.my


#AEONRetailMalaysia #readytowear

#AEONMallShahAlam #KoleksiNusantara

#KoleksiAEONRaya2022

#JovianMandagiehouse

#KoleksiRTW #iAEONLifestyle #bajuraya2022


8 ulasan:

  1. Suka juga design JM ni tapi tu lah sebab dia jual banyak2 kat shopping mall tu kebarangkalian untuk pakai yang sama tu ada.

    BalasPadam
  2. Menarik gak nie. Ada kat AEON maka harganya insyaAllah boleh la untuk beli. Nanti nak ajak my sisters cari.

    BalasPadam
  3. Kak, Kak tengok tak harga dia, okay tak? Kadang kalau brand JV ni boleh tahan mahal gak.. cuma dah masuk aeon ni, tak tau laa tu cmne..

    BalasPadam
  4. bila dengar ilham Dato’ Jovian Mandagie teringat video viral facemask, haha, dato stay dekat feshion je la saya rasa.

    BalasPadam
  5. Cantik juga ye collection raya by Jovian ye! Boleh la nak check it out for this raya! Boleh ajak my friends pergi sekali

    BalasPadam
  6. Koleksi JOVIAN memang lawa. Selalu Ruby beli kat Shah Alam aje. Nanti boleh cek koleksi di AEON. Macam berkenan beberapa pasang. hehe

    BalasPadam
  7. Wow nice! i like this raya collection, the color and corak are so soothing and lembut.

    BalasPadam

Thak You For Your Comment