Jom Shopping Baju Raya Murah Di COSMIC Wholesale Emporium - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Rabu, 13 April 2022

Jom Shopping Baju Raya Murah Di COSMIC Wholesale Emporium

 


Salam Ramadan 2022

Alhamdulillah.. kita dah pun 10 hari  mengerjakan ibadah puasa. Syukur kehadrat Illahi tahun ini kita dapat bersemhyang di masjid seperti biasa dan yang mengembirakan kita semua dah boleh balik kampung... happy kan? 

Manalah tak happy setelah bertahan tak dapat beraya di kampung termaduklah Seri Wangi yang tidak balik beraya di kampung Melaka. Tahun ini mestilah meriah sakan sambut raya bukan? Tentu dah siap-siap buat biskut raya, beli biskut raya, beli baju raya macam-macam lah persiapan untuk sambut Hari Raya nanti. Lebih seronok dapat dapat membeli juadah di Bazar Ramadan. Baju raya dah beli ke? 

Seri Wangi nak cerita bab shopping baju raya ni, lantas terkenang masa time kerja di KL rajinlah per gi shopping baju kat Jalan TAR, siap duit ajerlah.... haaaa... Sejak PKP Seri Wangi dah lama tidak ke Jalan TAR rindulah pulak nak cuci mata belek-belek baju raya di kedai-kedai pakaian sepanjang Jalan TAR. 


COSMIC WHOLESALE EMPORIUM


Seri Wangi baru-baru ini dapat ronda-ronda di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) memang seronok ronda-ronda di sepanjang Jalan TAR ni terutamanya yang perempuan sebab banyak deretan kedai-kedai pakaian, tudung dan pelbagai lagi ada, bawak jerlah duit untuk shopping baju raya sebab banyak pilihan memang tergoda habis. Kalau ke Jalan TAR Seri Wangi suka masuk ke COSMIC yang terletak di sebelah SOGO seberang jalan, yang menariknya koleksi pakaian wanita cantik-cantik belaka, 

COSMIC mempunyai pelbagai koleksi pakaian siap untuk lelaki dan wanita dewasa, pakaian kanak-kanak, Jubah Muslimah. Pelbagai baju kurung dan baju melayu, pakaian kasual, koleksi pakaian pengantin (Bridal), dan juga pelbagai jenis kain ela seperti lace, Valentino, songket, batik dan banyak lagi. Jadi anda datanglah sendiri rasai pengalaman membeli-belah di COSMIC untuk persiapan Hari Raya nanti. 


Tingkat Satu


Di Tingkat bawah anda akan dapat melihat koleksi pakaian wanita seperti blous, seluar, kain maxi, dress, koleksi tudung bawal, shawl, bag tangan, koleksi pin tudung, butang baju melayu dan lain-lain. 












TINGKAT DUA


Seri Wangi suka naik di Tingkat Dua yang mana terdapat koleksi telekung yang cantik- cantik dan pelbagai  warna.  Bagi bakal pengantin Seri Wangi rekomen anda datang ke sini mencari koleksi pakaian pengantin (Bridal) untuk bertunang, nikah dan juga perkahwinan yang serba lengkap, kain sampin  songket dan juga tudung pengantin ataupun nikah/tunang. Harganya berpatutan dan kainnya memang jenis berkualiti terbaik. 

















TINGKAT TIGA


Di Tingkat tiga adalah koleksi Jubah, bagi yang suka bergaya di Hari Raya dengan pakaian Jubah sesuai untuk pakai beraya, ke masjid ataupun ke majlis kenduri kahwin, anda bolehlah melihat sendiri koleksi Jubah, Abaya dan lain-lain yang cantik dan pelbagai warna. Seri Wangi dah pun mencuba Abaya yang sesuai jika hendak ke masjid untuk terus solat dan tidak bersusah payah membawa telekung. 










TINGKAT EMPAT



Di Tingkat Empat pula terdapat koleksi Baju Kurung. Seri Wangi kalau masuk ke COSMIC ni memang suka sangat melihat pakaian baju kurung untuk dewasa dan kanak-kanak pelbagai design. Pastinya Seri Wangi akan terus tangkap satu/dua helai bila dah berkenan, lagipun harganya pun tak mahal dan berpatutan serta ada promosi untuk Hari Raya. 














TINGKAT LIMA


Di Tingkat lima pula koleksi baju-baju Melayu, kurta, jubah lelaki, baju kemeja batik untuk dewasa dan kanak-kanak. Baju Melayu berleher Cekak Musang dan teluk belanga, serta sampin songket yang pelbagai corak  kainnya pun berkualiti.























TINGKAT ENAM


Di Tingkat enam pula terdapat deretan kain ela pelbagai design dengan corak yang cantik, kain lace dan plain yang sesuai untuk dibuat baju melayu, baju kurung dan lain-lain.








Seri Wangi dah lama tidak beli kain ela sebab malas nak tempah, hendaknya sekarang tempahan baju raya dah fullhouse. Maklumlah raya tahun ini semua nak balik kampung kan? Seri Wangi lebih suka beli baju kurung siap, tak pening kepala. Di Tingkat enam pula anda bolehlah melihat pelbagai corak kain ela dan pelbagai jenis kain ela seperti lace, Valentino, songket, batik dan banyak lagi. Jadi anda datanglah sendiri rasai pengalaman membeli-belah di COSMIC untuk persiapan Hari Raya nanti





Untuk maklumat lanjut layari

FACEBOOK

INSTAGRAM


Alamat

COSMIC WHOLESALE EMPORIUM
168, Jalan Tuanku Abdul Rahman, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Contact:


#CosmicWholesaleEmporium #bajukurung #bajumurah #bajuraya2022 #kebaya #kebayacantik #kebayalace #kebayamurah #kebayamoden #kebayakurung #peplumkurung #kurungmoden #mini #minikurung #bajumuslim #bajumuslimah #bajuanakmurah #bajumelayubudak #bajumelayu #coupleset #bajubatik #batik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment