Beberapa hari lagi kita akan. Menyambut bulan Ramadan, Seri Wangi sangat rindu kan waktu waktu bulan Ramadan.. pastinya anda terbayang kan Bazar Ramadan, rindu kan masakan dan makanan ketika berbuka puasa, lebih lebih lagi bila kita dapat berkumpul bersama keluarga tersayang.
Haaa.. biasalah bila tiba bulan Ramadan terbayang kan juadah juadah yang dijual di Bazar Ramadan, tentu yang tidak ada masa hendak memasak, dah berkura kira hendak berbuka di luar. Tapi.. jangan lupa pulak lepas berbuka, kita pergi sembahyang Tarawikh bersama keluarga.
Sekali sekala apa salah ya bawak family menjamu selera dan berbuka puasa pada bulan Ramadan di luar pula. Seri Wangi cadangkan anda berbuka puasa di Corus Hotel.
Menjelang bulan Ramadhan yang mulia, Corus hotel Kuala Lumpur menyediakan hidangan bufet makan malam yang menyelerakan untuk berbuka puasa bersama ahli keluarga tercinta serta rakan-rakan di Dondang Sayang Coffeehouse. Sebuah restoran makan kasual, tempat yang sesuai untuk menjamu selera dan menikmati pelbagai masakan tempatan dan antarabangsa.
Dondang Sayang Coffeehouse
Menjelang bulan Ramadhan yang mulia, Corus hotel Kuala Lumpur menyediakan hidangan bufet makan malam yang menyelerakan untuk berbuka puasa bersama ahli keluarga tercinta serta rakan-rakan di Dondang Sayang Coffeehouse. Sebuah restoran makan kasual, tempat yang sesuai untuk menjamu selera dan menikmati pelbagai masakan tempatan dan antarabangsa.
Hidangan Melayu tradisional yang sangat digemari akan disediakan dengan campuran masakan Malaysia yang mewah serta sentuhan citarasa barat untuk pengalaman menjamu selera yang sihat. Pengunjung akan gembira dengan hidangan bufet makan malam yang menampilkan gabungan hidangan tempatan dan antarabangsa yang popular. Ada sesuatu untuk semua orang, menjadikan Hotel sebagai tempat yang ideal untuk menjamu selera dan berbuka puasa sepanjang bulan Ramadhan.
Santapan Warisan Makan Malam Buffet
Antara kemuncak hidangan Santapan Warisan kami, nikmati saranan Chef kami; Daging Salai Masak Lemak Pucuk Ubi Mangga Muda. Hidangan istimewa, yang berasal dari Negeri Sembilan, kuahnya yang pedas dan berlemak pasti akan menyemarakkan selera anda dan menggoda anda untuk lebih banyak lagi. Tidak lupa dengan Ikan Tenggiri Asam Pedas dan Udang Masak Kapitan, pelbagai hidangan dari Melaka akan meliurkan selera apabila melihat hidangan yang tersedia. Lebih 200 jenis hidangan ditawarkan kepada pengunjung dan nantikan Kambing Panggang kami yang lazat sepanjang tempoh Ramadan.
Sememangnya menu-menu hidangan Santapan Warisan tidak dinafikan memang sedap dan menyelerakan dan kena dengan tekak Seri Wangi. Masakan tradisi kampung yang kadang-kala kita jarang jumpa serta merasainya, apatah lagi kalau kita ni jenis tak pandai memasak lauk pauk kampung, kuih muih kampung jugak.
Aneka jeruk, kerabu dan sambal sangat menyelerakan di makan bersama Ulam-Ulaman.
Desert yang yang menyelerakan, pencuci mulut yang manis, kuih-muih tradisional yang pasti menambah hati.
Buah-buahan yang sangat enak, potongan buah tembikai, oren dan buah kurma
Minuman sejuk dan panas serta ice kacang dan cendol. Seri wangi lebih suka minum kopi pekat yang aromanya sangat harum bau kopi.
Pengunjung juga boleh membuat tempahan untuk Ayam Bakar Mentega Garlic Herb baru kami pada harga hanya RM68nett seekor. Tersedia untuk dibawa pulang, ayam panggang kami memberi makan kepada 4 orang dan termasuk salad Corus, sesuai untuk dihidangkan semasa berbuka puasa bersama keluarga di rumah.
Santapan Warisan Makan Malam Buffet @Ramadhan
📍5hb – 30hb April 2022
📍06.30 petang – 10.00 malam
📍Dondang Sayang Coffeehouse, Corus hotel Kuala Lumpur
📍RM108.00nett Setiap Dewasa / RM70.00nett Setiap Kanak-kanak
📍Tawaran 10+1 : 10 orang dewasa yang membayar penuh, 1 hidangan secara PERCUMA.
Untuk pertanyaan menjamu selera, di Corus hotel Kuala Lumpur, sila hubungi 03- 2161 8888 atau e-mel fnb@corushotel-kl.com.
Mengenai Hotel Impiana KLCC
Corus Hotel Kuala Lumpur ialah sebuah hotel eksklusif yang terletak secara strategik di tengah-tengah Pusat Bandar Kuala Lumpur. Menawarkan pertemuan utama dan destinasi ideal, serta destinasi pelancongan/riadah yang popular, Hotel Corus terletak di sepanjang Jalan Ampang, di sepanjang "Embassy Row" eksklusif di perhubungan 'Golden Triangle' Kuala Lumpur, merangkumi perniagaan utama bandar ini , daerah kewangan dan hiburan. Kami juga menawarkan pilihan kedai makanan dan minuman yang baik untuk memenuhi citarasa anda seperti Dondang Sayang Coffeehouse dan Restoran Ming Palace.
Hotel ini hanya 2 minit berjalan kaki ke stesen LRT KLCC bawah tanah dan 5 minit berjalan kaki ke Menara Berkembar Petronas yang terkenal di dunia dan pusat beli-belah utama di bandar ini, Suria KLCC. Sambungan ke Singapura dan Pulau Pinang melalui transit Aeroline Coach terletak di Corus Hotel juga.
Untuk maklumat lanjut layari
WEBSITE
FACEBOOK
#SantapanWarisan2022
#BuffetRamadan2022
#DondangSayangCoffeehouse
#CorushotelKL
#masakankampung
#malaysiafoodie
Bubur Lambuk dia mmg wajib makan 2-3 mangkuk ya! sedap yakmat..penuh cebisan daging dia!
BalasPadam