Moh Ronda Maran - Tempat Beriadah Yang Menarik Di Taman Tasik Maran, Pahang - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Khamis, 31 Mac 2022

Moh Ronda Maran - Tempat Beriadah Yang Menarik Di Taman Tasik Maran, Pahang

 


Moh Ronda Maran -  Seri Wangi pertama kali sampai di Bandar Maran, walaupun Bandarnya kecil tapi banyak tempat-tempat bersejarah seperti Galeri di Maran, tentu pengunjung luar tidak tahu bahawa Maran juga banyak tempat-tempat menarik. Tempat yang mula-mula kami sampai sebelum check-in  tempat penginapan ialah Taman Tasik Maran yang diseliakan oleh Majlis Daerah Maran dan di bawah pentadbiran Pn. Wan Norizan binti wan badaruzzaman, Setiausaha Majlis daerah M. Maran, Pahang. 


Taman Tasik Maran ini sangat luas, cantik dan bersih. Seri Wangi pun sangat suka melihat pemandangan di sekeliling Tasik tersebut yang sesuai untuk beriadah bersama family dan pelbagai kemudahan yang disediakan untuk orang ramai.


Taman Tasik Maran adalah sebuah lokasi untuk beriadah. Taman Tasik Maran ini dilengkapi dengan dua buah 'playground' yang boleh menampung ramai kanak-kanak dalam satu masa untuk bermain dan tentu gembira dengan suasana pemandangan tasik yang indah dan nyaman. 



Terdapat  juga trek untuk berjogging dengan mengelilingi tasik yang bersaiz besar. Seri Wangi pun tak lepaskan peluang mengelilingi Taman Tasik Maran ni... fuhhh... penat gitu, kalau rajin jogging tiap-tiap pagi/petang maunya kurus badan. Memang luas tempatnya sambil itu Seri Wangi sempat berselfie dan melihat  bunga-bunga yang cantik ditanam di sekeliling Tasik tersebut. 













Taman Tasik Maran mempunyai pemandangan dan fasiliti yang sangat baik dan anda tidak akan sekali-kali rugi untuk berkunjung ke sini. Tarikan baru di Taman Tasek adalah tempat untuk sewaan basikal dan kereta mainan yang menjadi tarikan terbaru yang pasti dapat mengisi masa riadah penduduk di sekitar maran dengan penambahan gerai-gerai jualan makanan.  




Untuk kaki pancing tentu happy dapat  datang memancing di Taman Tasik Maran ni di mana ada tempat yang sesuai mereka memancing. 





Sambil jalan-jalan cuci mata dan rehatkan minda, jangan lupa bergambar di port-port menarik di sekeliling Taman Tasik Maran, rugilah kalau dijejak kaki di sini anda tak bergambar untuk kenangan. 

















Oh ya... ada lagi satu tarikan di sebelah malam di mana anak-anak boleh menaiki keretapi yang mengelilingi kawasan Tasik dan dipasang lampu berwarna-warni.





Pasar Sehari Maran terdapat pelbagai jualan di pasar sehari, meriah sungguh bila Seri Wangi singgah sebelum bersarapan pagi. Seronok bila melihat pelbagai jualan seperti ikan, Ulam-Ulaman, sayur-sayuran, buah-buahan, pakaian dan macam-macam lagi 
















Okaylah kita puas ronda-ronda di kawasan Taman Tasik Maran. Moh Seri Wangi bawa anda melihat tempat penginapan yang cuma terletak di depan Taman  Tasik Maran iaitu Chalet Majlis Daerah Maran yang cantik, luas dan bersih. 











Untuk maklumat lanjut:


WEBSITE

http://www.mdmaran.gov.my

FACEBOOK

https://www.facebook.com/MajlisDaerahMaranPahang

Tel: Telefon: 609-4771411






#maranbandarsejahtera
#mohrondamaran
#maranunlimited.com
#maranbandarsejahtera
#mohrondamaran #wonderfulmaran
#maranunlimited
#tourismpahang #tourismmaran
#pelanconganmalaysia
#pelanconganmaran
#travelblogger #malaysiablongger

8 ulasan:

  1. Makin meriah dah Maran sekarang, jauh beza dengan zaman saya belajar dulu. Banyak dah aktiviti rekreasi kat situ ye.

    BalasPadam
  2. Best pulak chalet berhadapan tasik ni. Nampak cantik pula. Saya tak pernah ke Maran. Suka la pokok willow tepi tasik tu.

    BalasPadam
  3. Seronoknya tengok kehijauan dan fresh seafood! boleh la plan jalan-jalan ke Maran nanti

    BalasPadam
  4. Tak pernah lagi fafa g maran. Menarikk betul. Pasar nye pon meriah.. bunga kantan pon mekar² best

    BalasPadam
  5. kalau saya ke Pahang, boleh la saya singgah Maran dan mungkin boleh ke website ini juga untuk tahu tempat yang cantik untuk dikunjungi.

    BalasPadam
  6. Wah best juga kawasan di sekitar maran ni. Saya suka tengok part yang jualan ada nenas dan sebagainya tu. Seronok tengok dan terasa nak beli kalau jumpa ni

    BalasPadam
  7. Wah best juga tempat Moh Ronda Maran Pahang ni, banyak aktiviti beriadah boleh buat kat sana.

    BalasPadam
  8. This looks like such a fun, relaxing and interesting place to spend time with families and loved ones. i love the local produce sold there!

    BalasPadam

Thak You For Your Comment