MOH RONDA MARAN - Nikmati Masakan Ikan Sungai Di Kedai Makan Patin Tempoyak Kak Aya Awang - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Khamis, 31 Mac 2022

MOH RONDA MARAN - Nikmati Masakan Ikan Sungai Di Kedai Makan Patin Tempoyak Kak Aya Awang




Kita dah penat seharian meronda Maran di beberapa tempat menarik. Perut pun dah berbunyi kelaparan nak makan tengahari, apa lagi mohlah kita cari makan yang sedap-sedap di Maran ni. Di Maran pun ada kedai makan masakan ikan Patin iaitu Kedai Patin Tempoyak Kak Aya Awang. 


Apa yang menariknya di kedai ni menu masakan hidangannya selain ikan patin masak Tempoyak ialah masakan ikan sungai kegemaranku.. haaaa... punya lah sedap my suami yang tak makan ikan sungai boleh pulak dia makan dan puji ke langit punya lah sedap makan ikan sungai itu. Boleh pulak tambah 3 pinggang... terkejut l dibuatnya. 


Tuan kedai memberi serba sedikit tentang menu-menu yang dihidangkan kepada kami. Ikan Patin masak Tempoyak memang tak tinggal oleh orang Pahang. Rasa nya tak sabar nak makan, tengok hidangan depan mata bertambahlah tekak tak tahan menunggunya. Apatah lagi wajib amik gambar dulu untuk review sebelum makan... heeee!! 





Kalau anda semua hendak tahu menu ikan sungai yang dihidangkan ialah ikan kerai, kalau tengok rupanya lebih kurang macam ikan talapia. Seri Wangi sebenarnya tak tahu sangat pasal ikan kerai, tak kisahlah asal sedap di makan. 

Hidangan masakan ikan kerai disediakan dua jenis masakan iaitu ikan kerai goreng dan ikan kerai masak Tempoyak selain menu-menu lain seperti ikan patin masak Tempoyak dan Ulam-Ulaman serta sambal belacan yang sedap. Seri Wangi paling suka makan ikan kerai goreng sebab rasanya sedap, rangup dan tidak terasa tulang-tulang halusnya termasuklah my suami 











Menu-menu lain yang ada di Kedai Patin Tempoyak Kak Aya Awang ini seperti siput sedut masak lemak yang memang sedap dan kegemaran Seri Wangi, sup cendawan dan lain-lain lagi. Apa lagi anda kalau ke Maran janganlah segan silu singgah makan tengahari di sini. Baca di sini: Taman Tasik MaranTempat Beriadah


Lokasi: 

Patin Tempoyak Kak Aya Awang
Kedai Desa, Kampung Paya Pasir, 26500 Maran, Pahang





#patintempoyakkakayaawang
#maranbandarsejahtera #mohrondamaran
#maranunlimitedcom
#maranbandarsejahtera
#mohrondamaran #wonderfulmaran
#maranunlimited
#tourismpahang #tourismmaran


6 ulasan:

  1. Nampak menyelerakan lauk2 kampung yang dihidangkan tu. Saya suka juga lauk ikan patin tu. Nasib baik dekat dengan rumah saya ada kedai ikan patin. Hehe. Agak2 teringin boleh la singgah.

    BalasPadam
  2. Wahhhhh penuh sebaris mejaa haaa hehehhe puas hati memang nampak menu dia semua sedap... kuah pon nampak pekat. Kalau ada rezeki fafa nak singgah

    BalasPadam
  3. Wah sampai ke Maran juga, terliur tengok masakan ikan sungai patin tempoyak. Semua sedap!

    BalasPadam
  4. Wah! Nampak menyelerakan betul masakan ikan patin tempoyak tu Kak Seri Wangi kan. Seronok tengok ada banyak masakan kampung kat Kedai Makan Patin Tempoyak Kak Aya Awang ni. Tini sekeluarga dah la memang peminat menu masakan kampung. Semoga ada kesempatan nak singgah nanti.

    BalasPadam
  5. Akak, ikan goreng tu Ikan ape? Saya macam terliur pula tengok ikan tu. Macam biasa mak masak di kampung. Ahhhh rindu balik kampung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ikan kerai namanya mmg sedap, ang xmkn ikan sungai pun mkn

      Padam

Thak You For Your Comment