MOH RONDA MARAN - Berkunjung Ke Galeri Akuatik & Anjung Seri Yang Indah Di Maran - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Sabtu, 26 Mac 2022

MOH RONDA MARAN - Berkunjung Ke Galeri Akuatik & Anjung Seri Yang Indah Di Maran


Seri Wangi dah pun ronda-ronda Maran tapi sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik yang belum Seri Wangi lawati, sapa kata di Maran ni tidak ada apa-apa yang menarik dan istimewa untuk anda berkunjung jika datang Jalan-jalan dan bercuti di Maran.

Best tau kalau anda ke Bandar Maran Seri Wangi bawa anda terokai apa yang ada di Maran di antara tempat menariknya ialah Galeri Anjung Akuatik dan Galeri Anjung Seri.

GALERI AKUATIK


Tentu adik-adik teruja dapat melihat beberapa jenis ikan yang terdapat di Galeri Anjung Akuatik seperti ikan  fatin yang unik bernama Montok dan Mentek. Seri Wangi ni memang tak reti sangat pasal ikan-ikan ni. Tempatnya pun santai dan cantik. Nanti bila hujung minggu boleh berkunjung di Galeri Anjung  Akuatik ni. 














GALERI ANJUNG SERI



Satu lagi tempat yang tentu mak-mak suka dan juga orang yang nak kawin perlu tahu ialah Galeri Anjung Seri. Bila anda melangkah masuk ke sini tentu anda terpegun melihat hiasan dekorasi pelamin dan juga baju-baju pengantin yang pelbagai design dan juga hiasan pakaian pengantin. 










Seri Wangi memuji pihak Galeri Anjung Seri yang menerima tempahan dari pengunjung yang mahu menyewa pelamin dan pakaian pengantin untuk majlis nikah ataupun pertunangan dengan bayaran masuk RM5 sahaja. Wah... murahkan gitu..! Seri Wangi rasa rugilah jika orang Maran tidak ambil peluang istimewa ini. Seri Wangi rasa macam nak aje mencuba pakaian pengantin di situ untuk OOTD tapi tak cukup masa. 






Untuk tiket masuk berkunjung ke Galeri Akuatik dan Galeri Anjung Seri:

Dewasa: RM5
Kanak-kanak dan wsrga emas : RM3
Warga Asing: RM8







#galerianjungakuatik #galerianjungseri
#maranbandarsejahtera
#mohrondamaran
#maranunlimited.com
#maranbandarsejahtera
#mohrondamaran #wonderfulmaran
#maranunlimitedcom
#tourismpahang #tourismmaran
#travelblogger #malaysiablongger

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment