Lokasi Mandi Manda Yang Menarik Di Air Terjun TELADAS Tujuh Maran, Pahang - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Selasa, 29 Mac 2022

Lokasi Mandi Manda Yang Menarik Di Air Terjun TELADAS Tujuh Maran, Pahang

 


Moh kita tenangkan fikiran melihat keindahan alam semula jadi, flora dan fauna setelah sibuk dengan kesibukan Kota. Kali ini Seri Wangi akan membawa anda bermain air dan menikmati udara segar di Air Terjun Teladas 7, Maran, Pahang. Memang hati rasa meronta hendak mandi manda di situ bila melihat Air sungai mengalir tapi sayang sewaktu kami tiba  masa dah suntuk lewat petang. 




Air Terjun Teladas 7 merupakan sebahagian daripada Hutan Lipur Maran yang dijaga dengan baik oleh kerajaan negeri Pahang. Air Terjun Teladas terletak hanya sejauh 2 kilometer dari bandar Maran. Kawasan ini sering menjadi tumpuan penduduk kerana persekitarannya yang amat selesa, nyaman dan sejuk mata memandang. 

Di sini ada disediakan kemudahan awam untuk pengunjung seperti bangku, tandas, bilik persalinan, bilik solat, pondok-pondok kecil untuk berehat dan laluan pejalan kaki. Apa yang menariknya, terdapat juga jambatan gantung yang berwarna-wrni yang mana akan membawa anda ke seberang sungai tanpa perlu menyeberangi air sungai tersebut. Tapi kalau yang berani sudah pasti terjun dan berendam dalam air sungai yang cetek itu haaaa... nasib baik Seri Wangi tak dapat mandi, nampaknya next time kena datang berkelah di tepi sungai dengan family barulah meriah. 










Di hujung minggu memang ramai yang datang berkelah, mandi manda dan bercamping di sini, Seri Wangi sangat sukan suasana di sekeliling hutan semulajadi Air Terjun Teladas 7. Apa yang Seri Wangi tahu Maran mempunyai beberapa tempat rekreasi hutan simpan/air terjun yang bersih dan cantik. Baca lanjut: maranunlimited.com

Bayaran masuk:  Kereta: RM3  Motorsikal: RM1



#airterjunteladas7 #maranbandarsejahtera
#mohrondamaran
#maranunlimited
#maranbandarsejahtera
#mohrondamaran #wonderfulmaran
#maranunlimitedcom
#tourismpahang #tourismmaran
#pelanconganmalaysia
#pelanconganmaran


6 ulasan:

  1. Serius lawanya betul tempat dia. air memang cetek je ke? Jambatan tu memnag sesuai la untuk bergmbar..hehe. Memang tak ramai orang erk

    BalasPadam
  2. Tenang je air sungainya. Menarik titian dia - warna-warni dan menarik hati. Teringin nak mandi sungai.

    BalasPadam
  3. Jauhnya akak pergi mandi air terjun hehehe kat dengan area kampung saya dah tu... Cantik pulak tempat ni dah lama tak pergi sana huhuhu.. nampak gaya balik kg kena singgah lah ni...

    BalasPadam
  4. cantekla tempat ni.. suka tgk .. blh bawa famili ke sini one day

    BalasPadam
  5. cantik tempat, tak sangka ada Air Terjun TELADAS Tujuh Maran, Pahang ni. Di Maran pun banyak tempat cantik dan menarik rupanya.

    BalasPadam
  6. Seronoknyaaa.. lama betul tak pergi mandi mandi gini Kakkk.. now dah meriah, lepas boleh pi laaa

    BalasPadam

Thak You For Your Comment