Sangkar Ikan Patin Adalah Salah Satu Pembekal Ikan Patin Di Temerloh - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Ahad, 20 Februari 2022

Sangkar Ikan Patin Adalah Salah Satu Pembekal Ikan Patin Di Temerloh


Kalau bercuti ke Temerloh korang patut singgah melihat sendiri pengusahaan ikan Patin di Temerloh yang memang sudah sinonim dengan masakan ikan Patin tapi kita tidak tau dari mana bekalan ikan patin diperolehi. Bagi pengusaha Sangkar Ikan Patin mereka menyediakan perkhidmatan Patin Sangkar. Seri Wangi sendiri baru tahu bahawa pengusaha ikan patin sangkar menyediakan bekalan ikan patin/tilapia kepada pemilik restoren dan kedai makan







Percaya tak kalau Seri Wangi katakan bahawa Ikan Patin Temerloh tidak rasa hanyir, tiada rasa Lumpur dan dijamin berkualiti, segar rasa sebenar ikan Patin. Sememangnya Seri Wangi setuju apa yang dikatakan itu sebab Seri Wangi sudah rasa keenakan masakan ikan Patin masak tempoyak. Untuk maklumat semua apa yang Seri Wangi tahu pembekalan Ikan Patin kepada restoren/kedai makan boleh mendapat bekalan tersebut terus dari pembekal ikan patin tanpa orang tengah. 







Di Temerloh terdapat 150 buah sangkar ikan patin yang sedia ada, itu pun masih belum mencukupi dan pengeluaran ikan patin dalam 10 - 15 Tan matrix/bulan jadi pemilik restoren/kedai makan kenalah cepat buat tempahan untuk memastikan mereka mendapat bekalan berterusan. 




Ikan Patin Sangkar bukanlah ikan patin kolam, ikan-ikan tersebut dipelihara dalam sangkar di sepanjang tepian Sungai Pahang dan cara pembelaan yang berstandard ada (MYGAP). Rasa ikan yang lemak dan manis, segar yang siap di siang, potong dan dibuang isi perut.

Ikan segar yang siap dibasuh dan dibungkus menggunakan pembungkusan kedap udara (vacuum pack). Jangka hayat simpanan lama, boleh tahan sampai 6 bulan di dalam peti sejuk, mudah di simpan dan senang untuk defrost.






Lokasi : Jalan Kampung Peragap, Kampung Peragap 28010, 28330 Temerloh, Pahang.






#temerlohunlimite  #kampungstaydesamurni  #homestaydesamurni  #exploretemerloh2022
#temerlohbandarikanpatin  #temerlohtitiktengahsemenanjung  #tourismpahang #cuticutimalaysia
#travelblogger #lifestyleblogger #malaysiablogger
#keunggulanwanitacom


8 ulasan:

  1. Wow... it is so nice you got to visit sangkar penternakan ikan patin. Mesti byk benda tang perikanan Puan dpt blajar kan. Thank you for sharing.

    BalasPadam
  2. temerloh is such a popular place for ikan patin. after reading your article, i simply cannot wait to return to savour this dish!

    BalasPadam
  3. I love ikan patin so much & must have whenever I'm at Temerloh my uncle place, I'm craving for ikan patin now. Cheers Siennylovesdrawing

    BalasPadam
  4. sedapnyaaa ikan patin. kalau pi sana harus borong hehe. patin temerloh jugak the best.

    BalasPadam
  5. Kalau kat sungai memang the best kan ikan patin nya, tak bau lumpur , hanyir sebab air mengalir tak macam ternak kat kolam! Pernah try makan few times before this, wahh now i am craving for it lagi

    BalasPadam
  6. Betul kan kalau ikan patin ternak kat sungai ni jarang berbau hanyir or lumpur sebab air mengalir tak macam ternak dalam kolam! Sedapnya makan ikan tempoyak ni pernah try few times juga ah! Ada rezeki nak singgah juga la Temerloh! 🤭

    BalasPadam
  7. Wah thanks for sharing this, this fishery macam bagus and well managed

    BalasPadam
  8. nampak fresh betul ikan kat sini .. berkenan kita tgk ..msk tempoyak memang sedap betul

    BalasPadam

Thak You For Your Comment