Suasana kehidupan kampung memang jauh berbeza dengan kehidupan orang yang tinggal di Bandar. Macam Seri Wangi dah biasa dengan suasana kampung sebab keluarga suami memang tinggal di Kampung, sekali sekala seronok balik kampung. Rumah kampung bila malam memang sunyi dan nyaman, sejuk jer rasanya sebab di kelingan dengan pokok pokok.
Seri Wangi nak kongsikan kepada sesiapa yang ingin merasa tinggal di rumah kampung dan melakukan aktiviti pejerjaan orang kampung bersama tuan rumah, bolehlah bermalam di Homestay Desa Murni, Temerloh., Pahang. Di antara 18 tempat menarik di Temerloh yan tentunya kita belum lawati dan jika hendak tahu lebih lanjut lagi bolehlah layari : https://temerlohunlimited.com/
Seri Wangi tau tentu anda sedia maklum tentang homestay di kawasan luar bandar/kampung yang mana konsep homestay yang orang semua tau ialah kemudahan penginapan tanpa ada keluarga tuan rumah yang lebih berkonsepkan "Bed and Breakfast" ataupun penginapan seperti cara di hotel gitu. Cuma bila bermalam di Homestay kita boleh memasak sebab telah disediakan kemudahan untuk pengunjung seperti peti ais, dapur, mesin basuh dan TV.. buat lah macam rumah sendiri tinggal di Kampung.
Sebenarnya salah tu... Seri Wangi pun baru tau dan faham konsep sebenar Homestay. yang mana pelancong akan tinggal bersama keluarga tuan rumah yang telah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).
HOMESTAY DESA MURNI
Homestay Desa Murni yang berkonsepkan rumah kampung yang telah menerima pelancong dari luar negara seperti Jepun, Indonesia dan Singapura tinggal bersama keluarga tuan rumah serta melakukan aktiviti cara kehidupan kampung. Homestay Desa Murni telah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) pada tahun 1995.
Homestay Desa Murni diduduki Oleh Pak Ngah dan isterinya Puan Sohana Hj Dahlan. Bila memasuki halaman homestay sememangnya rasa nyaman dan tenang, lebih-lebih lagi di halaman penuh dengan pokok-pokok bunga yang berwarna warni dan hiasan dalaman memang style lama yang kita boleh lihat di dining penuh dengan bingkai gambar keluarga, ruang tamu, ruang dapur dan bilik tidur mengikut konsep rumah kampung. Nasib baik tak ada dapur arang untuk memasak.
Pelancong yang menginap di Homestay Desa Murni akan dapat bersama keluarga tuan rumah makan masakan kampung orang Temerloh terutamanya masakan ikan Patin masak Tempoyak dan jugak sambil hitam dari air tangan tuan rumah sendiri. Mereka akan diajar bermain permainan tradisional seperti congkak, dam, batu Seremban, main tengteng, badminton dan beberapa aktiviti kampung. Hmm... pastinya seronok pelancong dapat rasai pengalaman gaya hidup orang kampung serta di bawa ke kebun terutamanya jika tiba musim buah lagi lah happy sangatkan?
Di Homestay Desa Murni jika bawa keluarga bermalam di sini memang meriah sekali, boleh lepak lepak kat beranda/anjung rumah, kalau budak budak berlari dalam tentu riuh dengan bunyi lantai papan.
Untuk maklumat tempahan dan pakej Homestay bolehlah layari:
WEBSITE
https://www.kampungstaydesamurni.com/
https://m.facebook.com/kampungstaydesamurni/
#homestaydesamurni #temerlohunlimite #kampungstaydesamurni #homestaydesamurni #exploretemerloh2022 #temerlohbandarikanpatin #temerlohtitiktengahsemenanjung #tourismpahang #cuticutimalaysia #travelblogger #lifestyleblogger #malaysiablogger #keunggulanwanitacom
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Thak You For Your Comment