PEKAN SEHARI TEMERLOH antara 18 Tempat Percutian dan Pelancongan Menarik Di Temerloh, Pahang - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Khamis, 17 Februari 2022

PEKAN SEHARI TEMERLOH antara 18 Tempat Percutian dan Pelancongan Menarik Di Temerloh, Pahang


18 tempat menarik yang anda mesti lawati jika bercuti ke Temerloh, Pahang. Selama ini Seri Wangi hanya tahu tentang kesedapan masakan Ikan Patin saja, pada hal di Temerloh banyak sungguh tempat-tempat menarik yang ramai mungkin tidak tahu, ingatkan di Temerloh ni tak ada apa-apa yang menarik tapi sekarang bila diri sendiri dapat jelajah Temerloh rupa-rupanya banyak tempat menarik yang masih kita belum lawati. Terdapat 18 tempat-tempat di Temerloh yang Seri Wangi ingin kongsikan bersama anda nanti bolehlah lawati semasa bercuti bersama family di Temerloh, pastinya tidak akan mengecewakan. 

Pertama Seri Wangi nak kongsikan tempat yang menarik ni di antara 18 tempat dalam senarai di Temerloh. Di antaranya Pekan Sehari Temerloh. Tak sah kalau anda ke Temerloh tidak singgah di Pekan Sehari ni sebabnya pasar ini hanya di buka setiaphari Ahad dan tempatnya di tepi sungai Pahang yang luas terbentang.


Ketika kita berjalan menyusuri tepi sungai bolehlah bergambar untuk kenang-kenangan sambil menikmati udara pagi dan cuci mata melihat ciptaan Allah swt sambil berjalan menuju ke pasar, memang sangat indah dan cantik pemandangannya. 








Apa yang ada di Pekan Sehari Temerloh



Pekan sehari terbesar di Semenanjung Malaysia yang dibuka pada setiap Ahad ni sangat meriah dengan kunjungan orang ramai membeli pelbagai keperluan namun begitu prosedur operasi standard (SOP) di patuhi. Selain pemakaian pelitup muka, hanya pengunjung yang lengkap dos vaksinasi dibenarkan memasuki lokasi tersebut, selain perlu mengimbas aplikasi MySejahtera di pintu masuk.

Pelbagai jualan ada di jual seperti pakaian, jualan makanan, ikan pekasam, ikan patin, ikan kering, sayur sayuran dan ulama, buah-buahan, keropok, kuih tradisional yang belum pernah Seri Wangi makan, anak anak pokok dan lain lain. Terdapat lebih 400 peniaga di Pekan Sehari Temerloh yang dibuka setiap Ahad bermula jam 7 pagi hingga 12 tengah hari.































PEKAN SEHARI TEMERLOH

LOKASI : JALAN IBRAHIM, TEMERLOH

HARI OPERASI : AHAD SAHAJA

WAKTU OPERASI : 7 PAGI – 12 TENGAHARI







#temerlohunlimited  #kampungstaydesamurni  #homestaydesamurni  #exploretemerloh2022

#temerlohbandarikanpatin #jalanjalancarimakan  #BeautifulTemerloh #Travelblogger  #BloggerMalaysia

#temerlohtitiktengahsemenanjung











6 ulasan:

  1. Bestnya Temerloh. Saya pernah singgah dulu dekat Pekan Sari ni memang macam2 ada. Terima kasih berkongsi.

    BalasPadam
  2. Seingat sy sekali je pernah singgah Temerloh ni. Ye, mmg kalau sebut Temerloh automatik ingat ikan patin. Best pulak tgk pekan sari kat sini. Macam2 ada 🤗

    BalasPadam
  3. bestnyaaaa jalan2 kat temerloh.. banyak akk borong ya.. sukalah dapat singgah pasar macam ni hehehe

    BalasPadam
  4. Famili kawan saya ada meniaga di Pasar nie. Tak silap diorang jual sayur-sayur dan ikan kat situ.

    BalasPadam
  5. wow cuti cuti Malaysia best! Not visit Temerloh before but I hope can visit it one day with family

    BalasPadam
  6. Selalau lalu je, belum pernah singgah.. next time nak ajaklah Suami singgah, geram plak nengok jengkol tu huhuhuh

    BalasPadam

Thak You For Your Comment