Beriadah, Beristirehat Dan Menikmati Keindahan Taman ESPLANADE TEMERLOH - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Ahad, 20 Februari 2022

Beriadah, Beristirehat Dan Menikmati Keindahan Taman ESPLANADE TEMERLOH

 

Relek jap... kita berehat seketika selepas kekenyangan makan masakan Ikan Patin di restoren Saiful Patin Asam. Dekat jer... keluar dari restoren kita Jalan jalan kat Dataran ikan Patin iaitu Taman Esplanade dengan pemandangan indah sungai Pahang antara 18 destinasi menarik di Temerloh. 


TAMAN ESPLANADE TEMERLOH


Taman Esplanade Temerloh terletak di pesisir sungai Pahang berhampiran Dataran patin, yang berkonsepkan waterfront di tebing sungai Pahang dan sungai semantan.  Aktiviti yang boleh pengunjung rasai di sini ialah menaiki bot untuk menikmati keindahan sungai Pahang, beristirehat di tepi sungai  dan juga menyeberangi sungai Pahang ke kampung bangau.




Selain dari kemudahan bot, di sini juga terdapat gerai gerai makan untuk pengunjung bersantai di tepi sungai Pahang. Di sini juga terdapat jambatan gantung kuala semantan, yang mana jambatan ini menghubungkan Esplanade Temerloh sebagai Menara A ke dataran Patin sebagai Menara B. ketinggian jambatan ini adalah 40.22 meter dan panjangnya adalah 86 meter boleh dilalui 3 -4 orang sahaja dalam satu masa.







#Esplanade Temerloh     #temerlohunlimite #kampungstaydesamurni #homestaydesamurni

#exploretemerloh2022  #temerlohbandarikanpatin #temerlohtitiktengahsemenanjung

#tourismpahang #cuticutimalaysia #travelblogger #lifestyleblogger #malaysiablogger 

#keunggulanwanitacom 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment