Sejak kita sudah boleh merentas negeri ni, Seri Wangi dah merancang nak makan angin ke tempat tempat menarij, rindu sangat nak tengoj negeri orang yang belum Seri Wangi sampai. Tapi... kan dusebabkan Covud 19 ni, belum lagi reda, tambah pulak yang baru Omiron... langsung cancel, simpan dalam list travel. Sebenarnya en suami yang tak berani lagi keluar dari Selangor... haaaa... dia kata kita #PusingsmSelangordmDulu, memang betul tu, Selangor pun kami belum habis discover... haaa
Kalau nak tau Negeri Selangor terkenal dengan keunikan Pelancongan Tersendiri. Jadi inilah masanya untuk kita Pusing Selangor Dulu!
Selangor mempunyai banyak tarikan percutian yang menarik untuk dikunjungi! Anda boleh menjejakkan kaki dan merasai sendiri pengalaman melancong ke Negeri Selangor yang sememangnya kaya dengan keunikan kebudayaan yang boleh anda terokai. Negeri Selangor juga menampilkan seni bina moden memaparkan pemandangan bandar yang indah, tanpa melupakan keunikan bangunan tradisional di beberapa tempat bersejarah di Negeri ini. Bukan itu sahaja, Negeri ini juga menghidangkan variasi makanan tradisional yang lazat! Berikut adalah 6 sebab utama untuk anda melawat Negeri Selangor di tahun 2022 ini.
Kredit: 6 Reasons to Visit Selangor 2022 Artwork in Selangor Artwork dari Tourism Selangor
Teknologi yang Canggih
Negeri Selangor juga menuju ke arah transformasi pelancongan digital, khususnya disebabkan oleh impak daripada pandemik Covid-19 yang telah melanda satu dunia. Tranformasi ini turut memberi kesan kepada para pelancong untuk merealisasikan pelancongan digital di Negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor menerusi Tourism Selangor juga telah menzahirkan sokongan terhadapan pembangunan aplikasi mudah alih “Go Selangor” yang akan dilancarkan pada suku-tahun pertama 2022 bagi memberikan pengalaman pelancongan digital serba komprehensif kepada para pelancong.
Selain daripada perkara yang telah disenaraikan di atas, sebenarnya banyak lagi sebab mengapa Negeri ini merupakan destinasi pelancongan yang harus anda kunjungi, khususnya di tahun 2022. Melancong ke Negeri Selangor akan memberikan anda pengalaman yang baharu kerana ianya berlainan dari kehidupan rutin harian anda. Kaya dengan keunikan seni, budaya dan sejarah serta merupakan sebuah bandar terancang dan moden, Negeri Selangor kekal menjadi sebuah destinasi pelancongan premier di Malaysia.
Walau bagaimanapun, adalah diingatkan kepada para pelancong untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara seperti memastikan penjarakan sosial, memakai pelitup muka setiap masa di tempat awam dan sesak, serta menggunakan cecair pembasmi kuman secara kerap.
Anda juga boleh layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel untuk mendapatkan inspirasi dalam merancang perjalanan anda ke Negeri Selangor, atau terus ikuti laman media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube Tourism Selangor untuk mengikuti sebarang kemas-kini. #PusingSelangorDulu.
Banyak tempat2 best dalam Selangor kite lom pegi lagi. Kalao ada masa for sure nak pergi satu hari nanti. Tgk sawah padi ke pulau ke.
BalasPadamMemang banyak tempat menarikan Kak, cuma tu laa kena pandai teroka jer.. nanti bolehlah singgah di sini semua kalau ke Selangor./
BalasPadamSebagai penduduk negeri selangor sendiri, variety of food tu saya setuju sangat lah 😊 dan mmg masih banyak tmpt2 menarik di selangor tak habis explore lg 😊
BalasPadamKte sekarang pun byk dok berjalan sekitar selangor je sbb selangor sebenar byk je tempat2 best
BalasPadamSelangor pun banyak lagi tempat yang saya tak lawat. Besar betul kalau nak betul-betul explore.
BalasPadamTini yang memang orang Selangor ni pun belum khatam lagi keseluruhan negeri Selangor. Nanti ingat nak plan pusing-pusing Selangor juga lah. Sementelah sekarang ni ada kat Johor, dok pusing Johor je. Plan nak pergi kat area Sekinchan yang ada sawah padi terbentang luas nun saujana mata memandang tu, boleh balik kampung sekali. Hehehehe.
BalasPadam