Seri Wangi rasa bangga berpeluang dapat bertemu buat pertama kalinya dan bergambar dengan Dr KO di majlis pelancaran pembukaan Dr KO Dermaceutical yang kelima di Mid Valley Megamall, dalam usaha untuk menjadikan rangkaian penjagaan kulit profesional terbesar di Asia Tenggara.
Diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai "Klinik Kulit, Laser dan Estetik Terbesar di Malaysia" Klinik Pakar Kulit KO telah membuka 37 klinik di seluruh Malaysia manakala empat lagi di Indonesia. Produk penjagaan kulitnya mendapat pengiktirafan secara meluas dan terbukti berkesan dalam menyelesaikan masalah jerawat, pencerahan kulit, anti-penuaan, kulit kering, dan juga masalah jeragat.
Dengan pelancaran ini, Dr KO Dermaceutical kini mempunyai lima cawangan di Malaysia, antaranya boleh didapati di Sunway Pyramid, Mid Valley Southkey (Johor Bahru), Pavilion Bukit Jalil dan Gurney Plaza (Pulau Pinang). Pengguna juga boleh menantikan lebih banyak lagi cawangan Dr Ko Dermaceutical yang akan dilancarkan di pusat beli-belah utama di seluruh negara bermula dengan Terengganu, Pahang, Sabah & Sarawak.
Dr KO Dermaceutical berhasrat untuk meluaskan bahagian pasaran dalam perniagaan penjagaan kulit dalam tempoh lima tahun akan datang. Ini juga untuk mengukuhkan kedudukan mereka di pasaran Malaysia dan Indonesia sebagai penjagaan kulit pilihan utama apabila dikaitkan dengan permasalahan kulit. Dalam tempoh lima tahun akan datang, jenama ini juga akan terus menubuhkan 15 cawangan di Malaysia serta pengembangan secara progresif di seluruh Asia Tenggara bermula dengan Indonesia dan Vietnam. Unit penyimpanan stok (SKU) syarikat ini kini berada pada 53 dan akan terus bertambah kepada 50% dalam tempoh lima tahun akan datang.
"Saya sangat teruja melihat perkembangan cawangan yang kelima ini, dengan membawa produk dan perkhidmatan Dr KO Dermaceutical lebih dekat kepada pengguna. Cita-cita kami adalah untuk mencipta produk penjagaan kulit profesional yang khusus untuk permasalahan kulit orang tempatan. Saya amat gembira apabila melihat senyuman dan keyakinan yang diperolehi oleh pelanggan kami selepas menggunakan produk Dr Ko Dermaceutical. Penjagaan kesihatan kulit kita adalah penting, apatah lagi ketika pandemik. Ini kerana pandemik covid 19 telah membawa banyak tekanan kepada orang ramai. Tekanan mental adalah salah satu faktor yang memudaratkan kulit kita. Penggunaan topeng muka yang berterusan juga menimbulkan pelbagai masalah kulit seperti jerawat dan keradangan kulit. Dengan memperluaskan jangkauan kami semasa pandemik, kami gembira dapat membantu mereka yang bergelut dengan masalah kulit,” kata Dato’ Dr. Ko Chung Beng, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Dr KO Dermaceutical.
https://www.facebook.com/koskinspecialist/
https://www.instagram.com/drkoskinspecialist/?hl=en
#DermaxClinicare #beautyblogger #Lifestyleblogger #malaysiablogger
emperor casino no deposit bonus codes
BalasPadamCasino no deposit bonus codes for 2020. Top No Deposit Bonus Codes 2020 더킹카지노 주소 for new and existing players. Play Hundreds of 메리트카지노 ninja79 games 제왕카지노 보증 from the best Rating: 메리트 카지노 먹튀 5 · 2 메리트 카지노 쿠폰 reviews