TRAVEL TRIP KE KEDAH DAN BERMALAM 3H2M DALAM SUASANA DI KELILINGI ALAM SEMULAJADI DI AMD RESORT & CAMP PERIK - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Isnin, 29 November 2021

TRAVEL TRIP KE KEDAH DAN BERMALAM 3H2M DALAM SUASANA DI KELILINGI ALAM SEMULAJADI DI AMD RESORT & CAMP PERIK



Dah rancang ke mana nak pergi brrcuti dengan keluarga? Haaa... almaklumlah kan kita dah lama dipenjarakan dalam rumah sendiri sejak Covid 19 melanda dan bermula PKP, Seri Wangi rasa 2 tahun jugaklah kita bercuti di rumah sendiri. Kini alhamdulillah..kita dah boleh merentas negeri, otak yang beku pun dah fresh balik.. haaaa! Tapi jangan nak seronok.. errrr..mr covud belum hilang lagi di dunia... kena ingat tu..dan paling utama korang semua dah complete cucuk Vaksin ke? Hmmmm.... yang mana belum cepatlah pergi cucuk, tak susah mana pun kan? Takut mati? Allah...kalau dah sampai ajal, tengah tidur pun boleh mati tapi jangan susahkan orang lain kalau tak mau vaksin.

Okay... Seri Wangi nak cerita bab yang happy happy... kita pergi cuti cuti malaysia dulu eerr.. cuti cuti oversea tu kemudian fikir pulak.. biar keadaan covid dah reda betul tak?

Jom ikut Seri Wangi cuti cuti Malaysia ke Kedah sambil jalan-jalan cari makan dan explore tempat-tempat menarik sepanjang bercuti dan bermalam di AMD Resort & Camp Perik. lnipun first time Seri Wangi dapat melihat dan explore tempat percutian dan tempat bersejarah sepanjang travel ke Kedah. Kalau nak tau apa yang menarik selama bermalam di AMD Resort dan perjalanan ke Kedah teruslah membaca tau! 


Sememangnya seronok sangat kalau kita travel beramai-ramai naik bas, dalam bas kita dapat perhatikan macam-macam ragam dan perangai masing-masing, lagilah pulak dalam bas ramai ladies dan yang gentlemennya adalah berapa kerat jer... haaaa...lebih-lebih lagi si tour guidenya pun boleh tahan pandai buat lawak jadi tak boringlah. Destinasi pertama yang akan kami lawati sebelum munuju ke AMD Resort & Camp Perik ialah THE TREE TOP WALK Sungai Sedim. 

THE TREE TOP WALK


Seri Wangi paling suka kalau datang ke THE TREE TOP WALK Sungai  Sedim, Taman Eko Rimba, Sungai Sedim, Kedah, memang Seri Wangi rekomen korang datang bercuti ke sini bersama keluarga sebabnya tempat dia di kelilingi hutan dara yang menghijau, air terjun yang sejuk dan nyaman, eloklah bermalam dan berkhemah di sini untuk mendidik anak-anak kita dapat menyintai alam semulajadi yang indah. Lagi adventure berjalan di jambatan besi di atas pokok pokok yang panjangnya lebih kurang  925meter dan ketinggian 26meter. Memang best dapat rasai pengalaman berjalan sambil berselfie sakan begitu memukau mata memandang. 

'Open your eyes and fresh your mine' 















Next time Seri Wangi nak datang lagi ke sini sebabnya tak puas lagi pusing-pusing kat rimba ni, jelous betul bila tengok dorang mandi kat air terjun, memang luas sungguh Taman Eko Rimba ni, tempatnya pun cantik, paling utama Seri Wangi nak nasihatkan jaga kebersihan dan jangan buang sampah merata rata tempat dan juga jaga SOP. 

Untuk temmpahan dan sebarang pertanyaan sila berhubung dengan di talian: 019-4501588


AMD RESORT & CAMP PERIK



Akhirnya kami sampai juga ke destinasi yang ditunggu-tunggu iaitu AMD Resort & Camp Perik...rasa lega dan alhamdulillah.. seharian dalam perjalanan dari KL ke Kedah. Nak bagi tau kalau korang datang dengan bus rombongan cik Kiah.. haaaa... bus tak boleh masuk ke dalam, kalau naik kereta no problem, jadinya korang kenalah menapak bawak bag-bag korang ke sana.  Alahai... tak jauh mana pun tapi berpeluh jugaklah. haaa..! Bila sampai, tengok tempatnya yang cantik, paling seronok tengok sungai yang mengalir sejuk hati kita dan yang uniknya bila nampak rumah kayu iaitu Warisan D'Sungai Cafe terletak di atas sungai dan beberaa buah rumah penginapan yang dikelilingi kehijauan hutan rimba dan bukit bukau. 






Kedatangan kami disambut oleh owner AMD Resort & Camp Perik iaitu Dato Ahmad Mad Daud dan Kasbella Kase'k dan memberi beberapa penerangan berkenaan AMD Resort & Camp Perik yang menyediakan pelbagai kemudahan untuk orang ramai yang ingin menginap di resort tersebut dengan konsep suasana kampung. Tempat penginapan bukanlah seperti 3/4/5 bintang tetapi konsep kampung style, Cabin Rainbow(dorm) dan camping site. Begitu juga ada pelbagai aktiviti menarik agar tetamu-tetamu tidak boring seperti flying fox, aktiviti sukan badminton, futsall, hiking dan mandi manda di sungai, sukaneka keluarga serta team building. 

Di AMD Resort juga mempunyai tempat makan iaitu Warisan D'Sungai Cafe yang sedia menerima tempahan seperti pelbagai majlis keraian, meeting, majlis harijadi, BBQ, makan dalam sungai dan berpicnic dengan family. Paling best jika menginap di AMD Resort ialah waktu musim buah durian dan buah buahan, memang puas hati kata pengunjung yang datang ke sini. 






Bila Seri Wangi melangkah ke AMD Resort terpesona dengan pemandangan di sekelilingnya yang menghijau, itu belum lagi ronda ronda di semua kawasan yang berdekatan terutamanya di tepi sungai memang cantik pemandangannya serta boleh nampak bukit di belakangnya.







PENGINAPAN 

Penginapan di AMD Resort Sg Perik memang menyeronokkan dengan suasana kampung dan di kelilingagi hutan dan sungai yang mengalir. Pelanggan boleh memilih penginapan sama ada Penginapan Kampung Style, Cabin Rainbow ataupun bermalam dalam khemah yang boleh disewa - campsite sambil BBQ di tepi sungai. 

Penginapan Kampung Style

Seri Wangi memang suka kalau dapat menginap di rumah kayu, bertangga dan ada pangkin di luar. Kalau nak tau bilik-bilik ni memang cantik, selesa dan luas sesuai kalau yang ramai family tapi tandasnya kat luar macam rumah kampung dulu-dulu. Mempunyai 8 bilik dan boleh muat untuk 25 pax









Penginapan Cabin Rainbow



Bila Seri Wangi tengok penginapan Cabin Rainbow ni teringat pulak kehidupan budak-budak yang duduk asrama, bila sendiri yang menginap di cabin ni barulah tau betapa seronoknya duduk ramai-ramai memang riuh rendah jadinya, sampaikan orang sebelah ketuk dinding sebab buat bising dan dengar apa yang korong membawang...haaaa!!!














PENGINAPAN DI CAMPING  SITE



Kalau suka bercamping bolehlah berkhemah di tepi sungai dengan family, boleh BBQ bagai dan berkelah, seronokkan? Lebih-lebih lagi anak-anak muda yang memang suka tidur di dalam khemah sambil mandi sungai ataupun buat unggun api.









MAKAN DALAM SUNGAI DAN WARISAN 
D'SUNGAI CAFE



Korang jangan risau pasal makan bila menginap di AMD Resort, korang boleh makan di Warisan D'Sungai Cafe, menu-menu yang disediakan untuk sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam memang sedap-sedap belaka, masakan kampung. Seri Wangi suka makan pulut dan nasi lemak dia masa sarapan pagi, bila balik terkenang kenang masakan kampung air tangan orang Kedah. Sambil makan dapat melihat pemandangan di sekeliling yang menghijau, bila pandang ke bawah boleh lihat air sungai mengalir. 








Di AMD Resort juga bukan saja korang boleh makan di Warisan D'Sungai Cafe, korang juga dapat rasai pengalaman makan dalam sungai sambil kaki tu berendam dalam air, jangan risau tak ade buaya, ikan pirana... haaaa.. korang boleh nikmati keenakan masakan Ikan Siakap 3 rasa (harga mampu milik😅) dan paling viral ikan termenung masak kari.. sedap giler... haaa... semualah sedap hidangan makan dalam sungai. 






Jika datang musim buah durian, memang best dapat menikmati makan buah durian dalam sungai... haaaa... nampaknya kena datang lagi ni!! 





AKTIVITI DI AMD RESORT

Pelbagai aktiviti di AMD Resort & Camp Perik sediakan agar korang tak boring.. terutamanya anak-anak muda yang sukakan adventure, seperti hiking di belakang AMD Resort jer.. korang dapat melihat keindahan awan carpet, time Seri Wangi  sayang tak dapat hiking sebab hujan jadi kempunanlah nak tengok awan carpet. 






Selain itu juga ada aktiviti sukan di mana AMD Resort menyediakan gelanggang badminton/futsall untuk anak-anak kampung berdekatan beriadah bagi mewujudkan amalan sihat dikalangan belia dan juga untuk mengisi masa lapang dan juga aktiviti flying fox, team building dan  sukaneka keluarga bagi mewujudkan amalan sihat dikalangan belia. 




PROJEK 'MY KAMPUNG MY FUTURE' 

Di samping itu terdapat juga projek usahawan 'My Kampung, My Future' untuk penduduk kampung Perik, Kuala Nerang Kedah sepetti Projek Kuih  Batang Buruk dan  Projek Ternakan Madu Kelulut. 

Projek Kuih  Batang Buruk









Projek Ternakan Madu Kelulut










 APP eDesa Produk Orang Kita


eDesa - Produk Orang Kita. App eDesa adalah applikasi memasarkan produk produk  desa usahawan yang ingin memasarkan produk tempatan seperti makanan dan Minuman, Barang Kraf dan Hasil Seni, Homestay / Hotel, Sayuran dan Buahan, Hasil Laut dan Haiwan. App eDesa boleh dimuat turun melalui google play ataupun apple. Maklumat lanjut sila layari:  https://www.edesa.my








AKTIVITI LAWATAN

Selama berada di AMD Resort tidak sahlah kalau korang tak jalan jalan pusing Kedah, banyak tempat-tempat menarik di Kedah yang dapat kami pergi antaranya melawat Kebun Harum Manis Kampung Padang terap. Hmmm....nampaknya kami salah hari datang ke sini sebab bukan musim buah mangga berbuah, jadi kami tengok pokok mangga jerlah... haaaa.. sambil dengar penerangan dari owner kebun tersebut. 




PEDU LAKE



First  time Seri wangi  jejak kaki di Tasik PEDU yang memang cantik sangat keindahan Tasik Pedu. Kalau nak merasa  bermalam bersama family and kawan-kawan di Seri Mahawangsa House Boat Tasik Pedu memang Seri Wangi rekomen sebab kita dapat meikmati keindahan alam dan yang best dapat jugak sekali sekala naik boat untuk ke house boat tasik Pedu. 










Ataupun kalau nak bermalam di pondok-pondok comel and Tree House di Survival Island memang Seri Wangi rekomenkan sebab dapat discover keindahan Tasik Pedu, nak mandi manda di air tasik Pedu, berkayak, memancing dan ronda ronda di Survival Island yang menghijau memang excited dibuatnya serta macam-macam aktiviti yang tentu anak-anak muda suka. Next time Seri  Wangi nak datang lagi sebab 1 day trip memang tak puas rasanya dan tak sempat nak terjun macam dugong di air tasik Pedu yang membiru. 






Sila hubungi untuk tempahan 
📞www.wasap.my/600194364807
☎0134971447 zuriati 
Website: www.pedulake.my



MELAWAT RUMAH KELAHIRAN 
MAHATHIR MOHAMAD


Kalau korang dah berada di Alor Setar eloklah singgah melawat rumah kelahiran Mahathir Mohamad di Nombor 18, Lorong Kilang Ais, Alor Star, Kedah. Tun Dr. Mahathir Mohamad dilahirkan pada 20 Disember 1925. 



Seri Wangi pun first time jejak kaki masuk melihat sendiri rumah lama kelahiran Mahathir, masih cantik, untuh dan dijaga dengan kemas, dan tersusun rapi untuk orang ramai melihatnya. 




MENARA ALOR SETAR



Destinasi seterusnya selepas melawat rumah Mahathir kita pergi pulak ke Menara Alor Setar yang tidak jauh dari rumah Mahathir. Kini orang ramai dah boleh melawat Menara Alor Setar yang telah dibuka semula bermula 2hb Oktober sehingga 31hb Disember 2021. Baca sepenuhnya: Apa Yang Menarik Di Menara Alor Setar





Jadi bolehlah cuba berselfie di Kotak Kaca ' Star View' kalau berani dan tak gayat, dan rasai sendiri pengalaman melihat pemandangan indah  Bandar Alor Setar  di Observation Deck, aras 105 meter. Semua pelawat diwajibkan untuk mematuhi garis panduan SOP.  




Okaylah dah puas jalan-jalan Bandaraya Alor Setar dah ready nak balik KL tapi kalau nak balik KL mana boleh balik dengan tangan kosong nanti anak-anak kat rumah tanya tak bawak balik ole-ole dari Kedah ke?Memang pun kami dah rancang nak singgah di Pekan Rabu, beli apa yang patut, nak borong macam macam yang kawan kirim, family pesan betul tak? termasuklah Seri Wangi yang suka beli jajan di situ.

PEKAN RABU






Alhamdulillah... dah lengkap dah trip kami ke Kedah, semua dah shopping sakan dan  dapat barang yang diidam-idamkan dan bolehlah teruskan perjalanan balik ke KL. Rumusannya Seri Wangi sangat happy dan puas hati segala urusan perjalanan jelajah Kedah berjalan dengan lancar. Seri Wangi hendak ucapkan terima kasih kepada owner AMD Resort & Camp Perik di atas layanan yang tidak berbelah bagi walaupun dalam situasi cemas sepanjang berada di sana, di mana ada beberapa aktiviti tidak dapat dijalankan disebabkan musim hujan, next time bolehlah datang lagi bila tiba musim buah-buahan terutamanya musim durian. Seri Wangi juga nak ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi kongsikan gambar-gambar menarik, credit untuk korang.Amin.





Untuk tempahan dan keterangan lanjut
bolehlah layari: 

Facebook

Address:
Lot 1386 jalan Kem Perik
Kampung Perik, 
06300 kuala netang Kedah

Contact No
wasap.my/60176883795




#amdresortandcampperik #warisandsungaicafe  #cafedsungai  #makandalamsungai #rumahkampungstyle #cabinrainbow #mandisungai #cuticutimalaysia #jalanjalancarimakan #jjcm #tourismKedah #tourismmalaysia #travelblogger  #malaysiablooger  #influencermalaysia 

11 ulasan:

  1. Bestnya kak jalan ke Kedah. Lama sangat tak pergi sana last 2017. Fuhhhh kne ajak suami cam ni

    BalasPadam
  2. Wah ini tempat best sangat! Dia punya camping site cantik!

    BalasPadam
  3. Wow... looks like you had an awesome vacation in Kedah. The first place looks beautiful to visit. So green and serene. It is something I need now. Thank you for sharing your travelogue with me.

    BalasPadam
  4. Wow. Banyak betul aktiviti yang boleh dinikmati masa Kedah trip ye. Memang best, especially yang makan dalam sungai tu.

    BalasPadam
  5. wah bestnya! saya orang kedah pun ada tempat yang tak sempat pegi haha. selalu travel tempat orang, tempat sendiri tak pernah pgi lagi :)

    BalasPadam
  6. Fullamak... Bestnya kak! Kita suka travel dekat dengan alam semulajadi gini. Cantiknya view, banyak aktiviti yang menyeronokkan. Dah terbayang Girl's day out best ni!

    BalasPadam
  7. Seronoknya bercuti di sini. Tenang je rasa tengok kehijauan alam dan sungai. Sekali sekala ajak satu keluarga ke tempat macam ni, best juga kan.

    BalasPadam
  8. bestnyaaaa lama x turun kedah. macam2 aktiviti boleh dilakukan.. sangat menarik

    BalasPadam
  9. What a lovely place to stay at, good to see us humans going back to enjoy mother nature. Must have been fun.

    BalasPadam
  10. Fuhhh menarik sungguh , memang nak plan pergi belah utara pulak lepas nih. Tree Top Walk Sungai Sedim tu memang dah lama masuk list cuma belum terlaksana jer . Banyak jugak aktiviti boleh buat yer. Rasanya 3 hari 2 malam pun tak cukup sebab termasuk mandi kat Tasik Pedu tu. By the way thanks sebab kongsi tempat ini.

    BalasPadam
  11. kedah is such a paradise especially for those who enjoy being in nature. i am so tempted to copy your trip!

    BalasPadam

Thak You For Your Comment