CITARASA WARISAN SETEMPAT DI PENGKALAN DATU KELANTAN PENARIK KEHADIRAN PELANCONG DALAM DAN LUAR - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Khamis, 25 November 2021

CITARASA WARISAN SETEMPAT DI PENGKALAN DATU KELANTAN PENARIK KEHADIRAN PELANCONG DALAM DAN LUAR

 


Negeri Kelantan merupakan sebuah negeri yang sudah tidak asing lagi dengan keunikan khazanah budayanya yang tersendiri. Sebut sahaja negeri Kelantan, semestinya apa yang bermain di fikiran adalah dikir barat, makyong, wayang kulit dan sebagainya.


Kini, orang ramai perlu memberikan tumpuan kepada satu tarikan yang dilihat sangat berpotensi sebagai satu aset pelancongan di Kelantan khususnya dan di Malaysia secara amnya.

Pasar Terapung Pengkalan Datu yang terletak di Cerana Villa Resort juga turut dikenali sebagai ‘Pasar Tani Pelancongan’. Ia merupakan sebuah tarikan yang mula dibuka kepada orang ramai pada September 2017


Tambahan, Pasar Terapung itu hanya beroperasi pada hari sabtu sahaja antara pukul 8 pagi sehingga 2 petang. Pasar Terapung itu terletak kira-kira tujuh 7 kilometer dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dan hanya 10 kilometer jaraknya dari Kota Bharu.

Pasar Terapung Pengkalan Datu yang terletak di daerah Kota Bharu, Kelantan ini begitu unik kerana peniaga-peniaga di situ menjadikan perahu sebagai sebuah ‘kedai’ untuk berniaga aneka makanan termasuk kuih-muih asli Kelantan.


Dalam pada itu, pengunjung-pengunjung yang hadir ke Pasar Terapung berkenaan juga bukan sahaja hanya boleh membeli-belah dan menikmati juadah, malah pengunjung juga turut dapat merasai dan menikmati sendiri makanan warisan dan tradisi Kelantan seperti nasi kerabu, nasi lemak, nasi dagang, nasi berlauk dan beberapa menu mee yang lain serta kuih-muih tradisi Kelantan antaranya cekmek, tepung pelita, akok, serabai, butir nangka dan banyak lagi.



Selain itu, pengunjung yang menetap di Cerana Villa Resort itu bukan sahaja boleh menikmati keunikan Pasar Terapung tersebut, malah mereka juga boleh menikmati keindahan sungai dengan menaiki bot perahu kolek.



#CeranaVillaResort #PasarTerapungPengkalanDatu #PasarTaniPelancongan #TourismMalaysia #TourismKelanan  #TravelBlogger #kuihtradisiKelantan #kuihtradisi #citarasawarisan #Bloggermalaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment