6 Pantai Di Negeri Selangor Untuk Aktiviti Pantai Di Hujung Minggu Bersama Keluarga - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Ahad, 10 Oktober 2021

6 Pantai Di Negeri Selangor Untuk Aktiviti Pantai Di Hujung Minggu Bersama Keluarga


Peribahasa: Jauh perjalanan, luas pandangan

Maksudnya: Jika kita banyak merantau, banyaklah perkara yang dapat kita lihat


Seri Wangi rasa tentu pembaca dah berkira-kira buat rancangan untuk bercuti versama keluarga bila Kerajaan dah umumkan korang dah boleh merentas negeri. Yeyyyy...happykan? agak-agaknya negeri mana yang korang nak terjah dulu, selain daripada balik kampung... bagi yang tak ada kampung tu mestilah nak bawak family pergi makan angin kan? Apa kata Seri Wangi bagi idea bawak family bersantai di tepi pantai dengan dengan menikmati pemandangan laut yang membiru, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa dan menenang minda dan melayan perasaan.


Seri Wangi cadangkan korang #PusingSelangorDulu sebab di Negeri Selangor ada beberapa pantai cantik dan menarik yang mungkin korang belum pernah sampai lagi. 


Negeri Selangor kini telah memasuki Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara. Sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang sedang mencari destinasi percutian untuk dikunjungi bersama rakan-rakan atau ahli keluarga, khususnya bagi melepaskan rindu terhadap keindahan pemandangan matahari terbenam. Tapi jabfan lupa hanya individu yang telah lengkap ambil dua dos suntikan vaksin COVID-19 dibenarkan menjalankan aktiviti pelancongan di Negeri Selangor dalam Fasa ini. Seri Wangi cadangkan korang kunjungi pantai-pantai yang tersenarai di bawah untuk korang bercuti bersama keluarga.


Pantai Kelanang, Banting



Jom terokai apa yang istimewa di Pantai Kelanang, terletak tidak jauh daripada Pantai Morib! Pantai Kelanang dengan pemandangan indah laut Selat Melaka yang dikelilingi oleh pohon-pohon kayu bakau dan pokok ru. Pantai ini juga memberikan kepada anda pemandangan matahari terbenam yang indah diiringi deruan angin yang nyaman sesuai untuk menerbangkan layang-layang tinggi di udara. Sekiranya kita membawa anak kecil, usah risau kerana fasiliti seperti taman permainan disediakan di sini untuk keseronokan anak-anak, pastinya mereka gembura dan terhibur.


Pantai Cunang, Kuala Langat



Seri Wangi rasa mungkin tidak ramai yang menyedari kewujudan Pantai Cunang, tempat yang agak tersembunyi namun amat menakjubkan ini terletak di Tanjung Sepat. Pantai Cunang adalah pantai dengan pasir yang memutih sepanjang kawasan hutan bakau. Pantai Cunang adalah kawasan rehat tradisional yang diusahakan oleh masyarakat peribumi Mah Meri. Pantai Cunang kini telah berubah menjadi salah satu destinasi pelancongan Negeri Selangor, dimana ianya dihiasi dengan rumah-rumah tradisional, hiasan berwarna-warni dan juga kedai kraftangan. Selain itu, anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti memancing dan berbasikal di pantai ini. Seri Wangi bercadang akan ke sini bersama keluarga kelak.


Pantai Bagan Lalang, Sepang



Satu lagi tempat yang menarik iaitu Pantai Lang terletak kira-kira satu jam perjalanan dari Kuala Lumpur, Pantai Bagan Lalang yang terletak di Daerah Sepang seperti yang diketahui ramai, adalah tempat percutian pantai kegemaran seisi keluarga. Memang cantik dan ibdah. Seri Wangi pernah ke sini sekali sewaktu Hari Keluarga anjyran pejabat Seri Wangi dulu. Jadi jangan lepaskan peluang untuk memanfaatkan waktu air surut pada siang hari di mana korang boleh berjalan ke tengah laut sehingga 400 meter jauhnya. Waktu ini adalah waktu yang sesuai untuk anak kecil melihat anak-anak ketam berkeliaran di atas pasir. Pantai ini juga sangat popular dengan aktiviti bola tampar, bola sepak pantai dan barbeku. Ia tentunya pantai yang harus dilawati kepada yang gemar menikmati ketenangan air laut.


Pantai Redang, Sekinchan



Sekiranya korang berada di Daerah Sabak Bernam serta inginkan kelainan dari pemandangan sawah padi yang terkenal di sini, apa kata rasai sendiri pengalaman melihat kehidupan masyarakat nelayan di kawasan ini pula? Apa yang lebih menyeronokkan, Pantai Redang sangat dekat dengan beberapa restoran makanan laut, di mana korang boleh menikmati pelbagai jenis makanan laut yang pastinya segar. Kemudahan rekreasi juga tersedia kepada para pengunjung seperti bangku dan gazebo untuk anda berehat. Pemandangannya memang menarik apa lagi jika korang yang suka bergambar termasuklah Seri Wangi sebab di sini disediakan tempat korang berselfie.

Pantai Morib, Banting




sapa yang tak tau Pantai Morib, tempat berkelah yang disukai ramai. Tahukah korang Pantai Morib memiliki garis pantai sepanjang kira-kira 3 kilometer? Pantai Morib ini terletak di Daerah Kuala Langat dengan pemanduan tidak lebih daripada 1 jam dari Daerah Klang. Pantai ini amat popular dengan aktiviti pantai seperti bola sepak pantai, bola tampar dan layang-layang. Selain itu, anda juga boleh mengutip cengkerang atau anak ketam yang berkeliaran sementara menunggu air pantai surut. Ianya sememangnya sebuah lokasi yang amat sesuai dikunjungi bersama insan tersayang.


Pantai Remis, Kuala Selangor



Pantai Remis terletak 20km di bahagian selatan Daerah Kuala Selangor iaitu, iaitu di mukim Jeram. Baru-baru ini, ianya dikatakan ‘kembali bernyawa’ ekoran pengumuman kemasukan Negeri Selangor dalam Fasa 3. Pantai Remis merupakan salah satu lokasi eko-pelancongan yang semakin digemari oleh orang ramai. Pantai Remis sentiasa dibanjiri dengan pengunjung yang ingin menjamu keenakan makanan laut segar seperti ikan bakar, kerang rebus dan kerang bakar sambil bersantai bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.  Nampaknya Seri Wangi pun kena datang ke sini bersama kelurga.

Siapa kata Negeri Selangor tidak mempunyai pantai-pantai yang menakjubkan? Luangkan masa hujung minggu anda dengan mengunjungi pantai-pantai yang telah disenaraikan di atas. Bukan sahaja anda boleh menikmati pemandangan laut yang luas, malah anda juga boleh menggunakan kemudahan yang tersedia di pantai tersebut. Jadi sekiranya tidak tahu ke mana destinasi pelancongan korang selepas ini, kunjungilah pantai-pantai yang terdapat di Negeri Selangor pada cuti hujung minggu.


Namun, adalah diingatkan kepada kita semua untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara dalam memastikan penjarakan sosial, memakai pelitup muka setiap masa, serta menggunakan cecair pembasmi kuman secara kerap, terutamanya ketika memasuki premis-premis di Negeri Selangor.


Korang juga boleh layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor -
www.selangor.travel untuk mendapatkan inspirasi dalam merancang perjalanan anda ke Negeri Selangor, atau terus ikuti laman media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube Tourism Selangor untuk mengikuti sebarang kemas-kini. #PusingSelangorDulu.

Selamat Bercuti di hujung minggu

10 ulasan:

  1. Wow thanks for this amazing list of beaches that we can travel to in Selangor. So far I have only been to the one in Sekincan.

    BalasPadam
  2. Saya pernah pergi 3 pantai je dalam list akak bg ni..leh la gi yg lagi 3 tu nanti

    BalasPadam
  3. ada pantai tapi tak ramai yang tahu..hehe sebab dah banyak pembangunan. anyway nice sharing..g selangor boleh la singgah sini

    BalasPadam
  4. tau 3 pantai je. lagi 3 belum pernah sampai. tq info lepas ni boleh singgah hehe

    BalasPadam
  5. Hahahahahaha........I visited Pantai bagan Lalang last month. It was full with people. Thank you for sharing this list.

    BalasPadam
  6. banyak rupanya pantai dekat selangor ni. hahaha punya la tak tau aritu memang teringin betul nak pegi pantai ni dah tau boleh la pergi nanti

    BalasPadam
  7. Semua pantai tu saya dah pergi dan pulang segera sebab ramai betul orang. Tak jadi nak beriadah. Rasanya lepas ni duduk kat Sepang Gold Coast baru bleh menikmati pantai di Selangor. Hehe

    BalasPadam
  8. Semua pantai pernah pergi. Rumah sy mmg dekat dgn pantai. Boleh dikatakan tiap minggu pergi tengok sunset dkt pantai

    BalasPadam
  9. Semua di atas saya dah pergi dan singgah Kak, tapi masa tu takde pulak amik gambar nak buat update blog... next time nak laa bergambar cecantik buat kenangan..

    BalasPadam
  10. Tak sangka banyak pantai kat Selangor ni..kita kenal 3 je. Lepas ni kalau rindu laut leh la g dekat sini je..

    BalasPadam

Thak You For Your Comment