Kandungan Halia Dan Vitamin Dalam Natural Ginger Hair Shampoo Dapat Menghilangkan Kelemumur, Menyubur dan Melebatkan Rambut - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Isnin, 6 September 2021

Kandungan Halia Dan Vitamin Dalam Natural Ginger Hair Shampoo Dapat Menghilangkan Kelemumur, Menyubur dan Melebatkan Rambut



Biasanya bila bertudung pasti rambut kita akan bermasalah seperti kelemumur, gatal kulit kepala, keguguran rambut, bau hapak dan rambut kering dan kusut semuanya membuatkan kita tidak selesa. Oleh itu Seri Wangi kini menggunakan shampoo dari Green Herbology iaitu Natural Ginger  Hair Shampoo dan Natural Ginger Hair Conditioner yang amat baik untuk memulihkan kembali rambut yang rosak, gugur serta mengalakkan kesuburan rambut. 

Setelah Seri Wangi  menggunanya kedua-dua  Natural Ginger  Hair Shampoo dan Natural Ginger Hair Conditioner selama 2 minggu rambut Seri Wangi nampak banyak perubahannya di mana rambut terasa lembut, tidak kusut, kulit kepala tidak rasa gatal lagi, kelemumur pun sudah tiada, rambut pun lebat dan hitam apatah lagi rambut Seri Wangi jenis kerinting halus. 





Natural Ginger Hair Shampoo (400ml)



Natural Ginger Hair Shampoo - Kandungan halia dalam syampu ini membantu merangsang folikel kulit kepala, menyuburkan rambut dan memerangi keguguran rambut.  Halia mempunyai sifat antiseptik yang membantu mengurangkan jangkitan kulit kepala, kelemumur, kulit kepala kering dan gatal.  Ia mengandungi sifat anti-radang dan antiseptik semula jadi yang membantu kulit kepala sihat dan bersih.  Syampu halia ini menjana semula struktur rambut dan meningkatkan jumlah rambut.  Ia sarat dengan semua vitamin, mineral dan minyak penting yang membantu menggalakkan pertumbuhan rambut secara semula jadi dan menjadikan rambut lebih rapi, lebih lembut dan berkilau tanpa meninggalkan rambut berminyak.


Kandungan:

Deionized Water, Zingiber Officinate Extract, Sapindus Extract, Acacia Seed Extract, Arborvitae Leaf Extract, Sodium Lauroyl Glutamate, Coconut Oil Fatty Acid Potassium Glycinate, Sodium Lauroyl Amide, Glycerol, Butylene Glycol, Isooctyl Palmitate, Water-Soluble Jojoba Oil, Olive Oil, Vitamin B5, Silk Protein, Hyaluronic Acid.

Bagaimana nak guna:

Basahkan rambut dengan bersih, lebih baik dengan air suam.  Sapukan syampu yang mencukupi dan urut dengan lembut  Urut kulit kepala dan rambut sehingga berbuih  Bilas dengan air sehingga bersih. Sesuai untuk jenis Rambut Berminyak hingga Biasa


Manfaat
Melebatkan rambut, Pengawalan minyak, Anti-gatal, Anti-rambut gugur, melembutkankan rambut.


Natural Ginger Hair Conditioner (400ml)




Natural Ginger Hair Conditioner - Halia memberikan manfaat penyaman dan menyegarkan rambut dengan semula jadi untuk membantu meningkatkan perapian dan kelembutan rambut anda.  Minyak unik dalam halia berganda sebagai antioksidan kuat yang juga membantu melindungi rambut anda daripada kerosakan radikal bebas dan kesan berbahaya dari sinar matahari.  Ginger Conditioner menenangkan kulit kepala dengan lembut dan menguatkan akar rambut yang lemah, menyuburkan dan menghidrat rambut sambil memberikan rangsangan yang teratur.  Ia memberikan definisi keriting yang sangat baik, tepi halus dan membantu pengurangan keriting untuk rejimen rambut harian anda.  Perapi Halia ini mempunyai aroma ringan dari halia semula jadi dan harumannya tidak berlebihan.


Kandungan:

Zingiber Officinate Extract, Sapindus Extract, Arborvitae Leaf Extract, Panthenol, Trehalose, Argania Spinosa Kernel Oil, Fragrance, Vitamin E

Bagaimana nak guna:

Sapukan pada rambut basah selepas mencuci. Biarkan selama kira-kira 2-3 minit kemudian bilas dengan air sehingga bersih. Sesuai untuk semua jenis rambut.

Manfaat: 
Menebal, Membaiki rambut kering & rosak, Anti-rambut gugur, Kelembapan, Melebatkan rambut.



Kedua-dua shampoo ni iaitu Natural Ginger Hair Shampoo + Natural Ginger Hair Conditioner boleh dibeli dengan RM63.00 dan anda boleh diskaundiskaun dengan menggunakan code GINGER20%OFF. Coupon valid until 31 sept 2021. Dapatkan secara online di greenherbology.com


Untuk maklumat selanjutnya bolehlah layari:

WEBSITE

FACEBOOK

INSTAGRAM


.. 
TAG:
#greenherbology #gingerhairshampoo #naturalshampoo #naturalconditioner #essentialoil #naturalskincare #haircare #shampooproducts #Repairdryanddamaged #Antihairfall #Antiitching #Volumizinghair #Beautyblogger ##Healthblogger #lifestyleblogger #malaysiablogger 
  

10 ulasan:

  1. Wow boleh digunakkan untuk melebatkan rambut? Saya pasti ramai yang perlukan shampoo dengan ramuan sebegini. Thanks for sharing.

    BalasPadam
  2. Melebatkan rambut? Ok. Rawlins nak try gak la. And nak cadangkan pada kawan yang mengalami penipisan rambut.

    BalasPadam
  3. Wow!!!!!!! Shampoo halia! Sounds awesome. Even the packaging looks sophisticated too. Boley try lah nanti. Thank you for sharing.

    BalasPadam
  4. Shampoo Halia pun ada??? Wahhhhhhh baru saya tahu ada shampoo camni. Mesti best kan kak. Saya suka makan halia. Curious nak tau pasal shampoo. Nanti nak cari lah. Hehe.

    BalasPadam
  5. Makin berusia rambut memang banyak gugur ni, puas gak kadang try n error pelbagai syampoo, tapi nak cari yang serasi tu susah.. nanti kita nak cuba yang ni laaaa

    BalasPadam
  6. produk berasaskan halia ni mmg baguskan... nanti nak tryla..cam unik pula digunakan dalam cucian rambut

    BalasPadam
  7. Shampoo halia mesti bau cam kat spa kan. Banyak juga khasiat shampu ni, boleh try la nanti sebab rambut saya masalah juga..haha

    BalasPadam
  8. ginger ni bagus utk rambut banyak produk di pasaran tg guna halia sebagai salah satu ramuan dalam shampoo. saya ada masalah rambut nipis/kering. boleh la try nanti

    BalasPadam
  9. first time tahu jenama shampoo ni. bolehla cuba nanti. rambut banyak gugur ni

    BalasPadam
  10. Thanks for sharing this, baru tau ada haircare yang berasaskan halia dan banyak kebaikan juga.

    BalasPadam

Thak You For Your Comment