Semakin meningkat usia kesihatan perlu dititikberatkan dalam pengambilan makanan seimbang dan juga makanan tambahan untuk menambah tenaga dan kecergasan minda serta kesihatan dalaman dan luaran agar dapat meningkatkan tahap imuniti kita. Oleh itu Seri Wangi setiap hari mementingkan penjagaan kesihatan dengan meminum segelas susu PROVITAL Immuna Plus.
Mead Johnson Nutrition telah melancarkan kempen Aktifkan Imuniti Anda, Aktifkan Kehidupan Anda (“Activate Your Immunity,Activate Your Life”) dengan memperkenalkan susu berkhasiat untuk dewasa yang pertamanya, PROVITAL Immuna Plus di mana kelebihan unik susu ini ialah Tiga Perlindungan Imuniti daripada yis beta-glukan, selenium dan vitamin C, yang membantu mengukuhkan fungsi imun badan [1,2,3]. PROVITAL Immuna Plus telah bekerjasama dengan Watsons Malaysia untuk menjemput Dr. Kent Woo Chee Keen, Perunding Perubatan, Pakar Alergi dan Imunologi Gleneagles Hospital Kuala Lumpur untuk berkongsi tentang kepentingan imuniti di majlis pelancaran tersebut.
“Mead Johnson Nutrition berbangga untuk memperkenalkan produk yang kami percaya akan membantu menjadikan rakyat Malaysia lebih sihat. Langkah memperkenalkan susu berkhasiat dewasa pertama kami, PROVITAL Immuna Plus bertujuan menawarkan kepada golongan dewasa Malaysia sumber nutrisi untuk mengaktifkan dan mengukuhkan benteng pertahanan semula jadi badan mereka. Kempen Aktifkan Imuniti Anda, Aktifkan Kehidupan Anda telah dilancarkan untuk meningkatkan tahap kesedaran keseluruhan dan mendidik tentang betapa pentingnya nutrisi dalam amalan menjaga kesihatan kita, terutamanya untuk meningkatkan sistem imun apabila usia kita semakin lanjut,” kata Gonzalo Balcazar, Pengurus Besar Mead Johnson Nutrition Malaysia, Singapura & Vietnam.
Kesihatan ialah aspek penting kehidupan kita, lebih-lebih lagi dalam norma baharu yang kita kini perlu amalkan. Watsons memahami cabaran yang mungkin dihadapi pengguna pada masa pandemik dan dengan itu telah memulakan program Health 45+, iaitu program nilaitambah bagi mereka yang berusia 45 tahun dan ke atas, dengan matlamat meringankan beban ahli-ahli Watsons apabila membeli produk kesihatan mereka. Ciri-ciri unik PROVITAL Immuna Plus sedia menjadikannya satu lagi produk bermanfaat dalam rangkaian produk kesihatan Watsons untuk memenuhi keperluan khusus pelanggan dewasa. Menerusikerjasama ini, pengguna yang mendaftar untuk program ini boleh menikmati diskaun tambahan apabila membeli PROVITAL Immuna Plus.
Sempena dengan pelancaran, Mead Johnson Nutrition berkongsi maklumat penting tentang persepsi dan sikap rakyat Malaysia tentang pemakanan dan imuniti, yang diperolehi daripada tinjau selidik terhadap kira-kira 3,000 responden baru-baru ini. Antara penemuan penting daripada tinjau selidik ini ialah terdapat perubahan positif dari segi tahap kesedaran tentang kesihatan imuniti dalam kalangan 60% rakyat Malaysia sejak pandemik, dengan 67.5% responden telah mengambil lebih banyak produk nutrisi untuk meningkatkan tahap kesihatan mereka. Tinjau selidik tersebut juga mendedahkan bahawa 44.5% daripada responden percaya bahawa pemakanan ialah faktor penting untuk menguatkan imuniti. Ini berkait rapat dengan perubahan tingkah laku untuk membuat pilihan pemakanan lebih sihat, dengan 91.5% daripada responden telah memperbanyak buah dan sayur dalam diet manakala 60% telah menambah atau meningkatkan pengambilan produk nutrisi. Sebahagian besar daripada 78.7% responden berumur 40 tahun dan ke atas berpendapat tahap imuniti mereka semakin lemah apabila mereka meningkat usia.
Gonzalo menambah, “Sekarang, orang ramai semakin mengambil berat soal kesihatan imun,dan PROVITAL Immuna Plus telah dirumuskan untuk menangani keperluan ini. Susu tepung yang tinggi kandungan kalsium dan protein ini boleh dimasukkan ke dalam diet harian untuk meningkatkan tahap imuniti dan daya pergerakan. Ramuan utamanya – yis beta-glukan membantu menyokong sistem imun yang membina daya tahan terhadap selesema dan 2 gelas PROVITAL Immuna Plus akan membekalkan 204mg yis beta-glukan, iaitu paras yang disyorkan untuk mencapai keberkesanan.”
“Apabila tahap imuniti merosot seiring peningkatan usia, daya tahan kita semakin lemah menyebabkan badan manusia lebih terdedah kepada jangkitan dan penyakit. Menjaga pemakanan dengan sewajarnya yang boleh membantu pembangunan dan perkembangan sistem imun, berserta amalan gaya hidup yang sihat dan tanpa tekanan ialah antara cara terbaik untuk menguatkan sistem imun kita. Nutrien seperti beta-glukan yis didapati meningkatkan sistem imun. Beta-glukan daripada sumber berbeza memberikan fungsi kesihatan berbeza, manakala yis beta-glukan ialah jenis beta-glukan yang menyokong sistem imun. [1,5,6],” ujar Dr. Kent Woo.
Sebagai seruan kepada semua rakyat Malaysia untuk menempuh kehidupan dengan positif PROVITAL Immuna Plus ingin meraikan usaha wira-wira tempatan yang telah menyumbang kepada masyarakat dengan cara mereka yang tersendiri sebagai sebahagian daripada kempen ‘Aktifkan Imuniti Anda, Aktifkan Kehidupan Anda’ sempena Hari Malaysia.
Dikenali sebagai “Rakyat Lebih Sihat, Malaysia Kukuh Bersemangat”, program ini bertujuan mengiktiraf, memberi penghargaan dan meraikan rakyat biasa Malaysia yang melakukan sesuatu yang luar biasa demi manfaat masyarakat pada hari ini. Kami menyeru orang ramai untuk turut serta dalam usaha kami menunjukkan penghargaan kita kepada rakyat Malaysia yang menjadi sumber inspirasi dalam usaha mereka berbakti kepada masyarakat dengan mencalonkan mereka juga untuk menjadi Wira Tempatan.
Program kini dibuka untuk pencalonan. Orang ramai boleh mencalonkan rakyat Malaysia yang layak yang telah melakukan aktiviti atau inisiatif yang berkhidmat kepada atau memenuhi keperluan komuniti. Pencalonan boleh dikemukakan mulai 19 Julai 2021 sehingga tengah malam 8 Ogos 2021 menerusi https://forms.gle/7mURUZrv5vrfHyPQ8 .
Setiap Wira Tempatan akan menerima bekalan satu (1) tahun susu berkhasiat PROVITAL Immuna Plus manakala kisah mereka akan dipaparkan di platform digital PROVITAL Immuna Plus.
Untuk keterangan lanjut layari:
WEBSITE
https://m.facebook.com/provitalmy
tak pernah cuba pula susu brand ni, boleh try ni. bagus amalkan minum susu setiap hari untuk dapatkan kesihatan yang baik :)
BalasPadamDalam zaman kita berperang melawan Covid nie, peningkatan imunisasi badan memang sangat penting. Boleh la nak try gak Provital nie kelak
BalasPadamPatut sy tgk Kak Limah aktif semacam jer... rupanya minum susu provital ni yea... nanti sy nak cuba juga lah
BalasPadamNi rupanya rahsia akak sihat dan bertenaga. Marsha pun nak cuba juga lah
BalasPadamBagus ni susu ni, semua dalam satu adaa ni.. nak kekal sihat, kena buat pilihan bijak, nanti nak cuba jugalah susu ni...
BalasPadamKak seri bagusnya selalu aktif.. minum pula susu untuk kuatkan imun badan.. kita pun nak try juga..
BalasPadamPatutla akk nmpk aktif rupanya amalkn susu provital ni ye.. Bagus sbb bole boostkan immune system bdn juga
BalasPadamRasanya macam nak kena ambik jugaklah. Sebab stamina dah tak sama macam dulu lepas kena covid. Mungkin kena ambik Provital ni dan harap ianya boleh membantu.
BalasPadamBagus juga provital ni ye ssuai utk org berumur juga utk boost immune system bdn..
BalasPadamPatut aktif je kak limah haa. Nak recommend lah dkt mak ayah saya mcm ni.
BalasPadamThis PROVITAL Immuna Plus milk memang bagus untuk immunisasi kita.
BalasPadamBolehlah saya syorkan pada orang tua saya untuk minum susu ni.
BalasPadamBanyak manafaat rupanya minum susu provital ini.. AM nak rekomennpada mak di kg utk minum susu ini jugak la..
BalasPadamSusu PROVITAL Immuna Plus memang bagus untuk tingkatkan imunisasi badan kita.
BalasPadamKite ni kalau boleh la, minum susu dari bayi sampai lah dah dewasa kan. Biar tulang kuat dan sihat
BalasPadamUntuk imunisasi badan dan kecergasan fizikal perlu pengambilan susu setiap hari kan. Sebagai langkah berjaga-jaga..
BalasPadamNak cuba la nanti. nak belikan untuk family juga. untuk kesihatan kita juga kann
BalasPadam