Kali ini Seri Wangi Nak rasa makanan lain dari yang lain iaitu menu makanan Vietnam. Almaklumlah sejak Covid19 melanda kita dah tidak boleh nak travel oversea, terutamanya Vietnam, jadi bila dah dapat berbuka puasa dengan makanan Vietnam ni, rasa bersyukur sebabnya Seri Wangi belum pernah mencuba makanan vietnam ni. ramai yang beritahu Seri Wangi makanan vietnam di restoran ni memang sedap, nak travel ke Vietnam memanglah tak dapat nampaknya jadi jom ikut Seri Wangi berbuka puasa di Rasa Viet, The Sphere, Bangsar.
Bila melangkah masuk ke Restoran Rasa Viet kita akan rasa saolah-olah berada di Vietnam sebabnya dekorasi dalamannya memang bercirikan suasana di Vietnam dengan lampu-lampunya yang tergantung cantik, susunan meja dan hiasan dalamannya seperti zaman lama restoran makan orang vietnam. Dan juga ada sudut untuk korang berselfie dengan bunga sebakul terletak di belakang basikal.
Iftar Ramadan kali ni, first time Kak Seri berbuka puasa di Restoran @rasa.viet,The Sphere, Bangsar. Sapa tak happy bila dapat berbuka di sini, memang rasa teruja sebab ramai yang kata makanan vietnam di Rasa Viet sangat sedap dan jangan pulak tak cuba minum kopi vietnam berice atau panas yang pekat berkrim...kaw...kaw...gitu😋sampai 2 gelas Seri Wangi hentam minum punyalah sedap...haaaaa!!
Menu Berbuka di Rasa Viet
Hidangan berbuka puasa yang Seri Wangi makan:
💠Smoked Duck Pho
💠Classic Beef Pho
💠Prawn Mango Salad
💠Vegetartian tofu Summer Roll
💠Dessert Caramel Puding
Alhamdulillah... sedap sangat semua menu-menu tu..lawan pulak dengan kopi ice vietnamnya yang kaw... kaw.. pekat. Banyak lagi menu-menu lain yang Seri Wangi belum cuba lagi, nampaknya kena repet balik.
Kalau nak rasa sendiri keenakan vietnam food bolehlah ke sini:
👇👇👇👇👇
Rasa Viet - The Sphere Bangsar Sout
Unit No. G-3A, Level Ground, The Sphere, 59200 Kuala Lumpur.
📞 03-2242 1880
🕰 11am-10pm, Daily.
Website
Facebook:
https://www.facebook.com/RasaViet
Instagram:
https://www.instagram.com/rasa.viet/
#RasaViet #TheSphere #BangsarSouth #VietnameseFood #Authentic
#VietnameseRestaurant #vietnamesdishes #MakananHalalVietnam
#vietnamfoodlovers #bloggerfoodie #lifestyleblogger #bloggerselangor
#bloggerKL #malaysiafood
Lama tak berbuka kat luar..nanti ada rezeki blh la bawak family bbuka kat sini
BalasPadamSemua makan Vietnam ni nampak sedap dan berbaloi kalau makan kat sini kan kak. Summer roll tu nampak sedap sangat.
BalasPadamI also like their food, that day I baru jer order delivery.
BalasPadam