Cantik Berseri Bak Sakura Dengan Fanbo di Musim Perayaan - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Isnin, 10 Mei 2021

Cantik Berseri Bak Sakura Dengan Fanbo di Musim Perayaan



Fanbo terkenal kerana kualiti, ketahanan, kesesuaian untuk semua jenis kulit tempatan, dan semestinya nilainya yang berbaloi. Fanbo kini bersedia untuk menawarkan produk-produk berkualiti kepada wanita Malaysia, sebagaimana yang sudah dinikmati oleh wanita di negara jiran selama berdekad lamanya. Bagaimanapun, ’jenama nostalgik’ ini masih kekal kontemporari dengan adanya penyelidikan dan pembangunan yang berterusan untuk memastikan bahawa rangkaian lengkap produk-produknya mengikuti perkembangan terkini.

Keanggunan dan kelembutan pokok Sakura mengingatkan kita bahawa keindahan ada di mana-mana sahaja di sekeliling kita, yang menyerlah dengan caranya yang tersendiri. Fanbo membawakan falsafah ini menerusi produk penjagaan kulit dan kecantikan jenama tersebut, demi memastikan bahawa kaum wanita mempunyai pilihan yang elegan dan mudah didapati untuk menyerlahkan seri semula jadi mereka menerusi cara yang mencerminkan alam semula jadi.






Formula unik Fanbo dihasilkan supaya ia dapat membantu menyihatkan dan melindungi kulit anda. Produk Fanbo membantu melembapkan kulit dan melindunginya daripada anasir luar supaya anda mempunyai kanvas yang bersih untuk menyerlahkan kecantikan menerusi daya cipta anda. Ia juga mesra wuduk, oleh itu anda tidak perlu memperbaharui solekan anda selepas membersihkan muka. Fokus produk tersebut adalah untuk membawakan penyediaan dan asas yang berkualiti supaya anda dapat menyerlahkan gaya semula jadi anda. Formulasi yang tahan lama, ringan dan mudah diserap memastikan keselesaan dan perlindungan berjam-jam lamanya.

Penggunaan ekstrak Sakura membawakan pelbagai manfaat untuk kulit; ia menjadikan kulit lebih cerah secara semula jadi, mengurangkan pengoksidaan, mengecilkan pori-pori wajah, mengurangkan kemerahan kulit, dan antiradang. Ia bukan sahaja lembut dan halus, tetapi juga menyerlahkan kecantikan dan seri semula jadi kulit anda.


Menurut jurucakap Fanbo, Anastasia Gracia, Pengarah Fanbo Malaysia, “Fanbo berbesar hati untuk mengongsikan rangkaian produknya dengan Malaysia. Kami mengenali jenis-jenis kulit di Malaysia, dan kami berasa gembira kerana dapat membantu semua wanita Malaysia untuk menyerlahkan seri wajah mereka dengan produk-produk yang dihasilkan khusus untuk kulit Asia, serta yang mengambil kira faktor iklim dan gaya hidup tempatan. Seperti juga keanggunan pokok Sakura, ia dibawakan untuk memberikan sokongan dan asas yang lembut supaya semua wanita merasakan diri mereka istimewa”.





Rangkaian Penjagaan Kulit Precious White



Fanbo Precious White

Rangkaian Fanbo Precious White, semuanya dengan ekstrak Sakura, melembapkan kult supaya tampak sihat dan segar. Ringan dan mudah diserap, ia menghilangkan kotoran, benda asing, dan mekap dengan mudah, dengan provitamin dan ekstrak Sakura untuk mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikan kulit lebih cerah. Terdapat tiga jenis produk (toner, pembersih muka dan pelembap) yang mudah digunakan untuk disesuaikan dengan jenis kulit dan cara pemakaian anda.


Ada 4 jenis skincare:

1. FANBO Precious White Milk Cleanser (110ml)
2. FANBO Precious White Face Toner (110ml)
3. FANBO Precious White Facial Foam (110ml)
4. Fanbo Precious White Moisturiset (40ml)



FANBO Precious White Facial Foam (110ml)




Fanbo Precious White Facial Foam adalah buih pencuci muka yang mengandungi ekstrak Sakura untuk penawar radikal bebas, mencerahkan kulit, membantu menghilangkan kulit kusam dan minyak berlebihan dengan AHA & Pro Vitamin B3 untuk melembapkan kulit muka.


Fanbo Precious White Moisturizer(40ml)



Tekstur Fanbo Moisturizer amat ringan dan cepat menyerap semasa anda apply pada kulit. Ia mengandungi Pro-vitamin dan ekstrak Sakura supaya membawa anda kesan kelembapan dan mencerahkan kulit bersinar sepanjang hari.


FANBO Precious White Face Toner (110ml)


Toner Fanbo boleh bantu membuang sisa-sisa imputiry, debu dan solekan dengan mudah untuk memberi kesihatan dan kesegaran pada kulit. Ia mengandungi essence sakura, AHA & Pro-vitamin untuk menjaga kelembapan, mencerahkan dan mencerahkan kulit anda


FANBO Precious White Milk Cleanser (110ml)




Milk cleanser Fanbo akan membantu bersihkan kekotoran, habuk agar bagi anda sihat dan kesegaran pada kulit. Ia mengandungi essence Sakura, AHA & Pro Vitamin yang mengawal kelembapan dan mencerahkan kulit.


Fanbo Pancake Powder



Dikaji dan dihasilkan supaya sesuai dengan semua jenis kulit, bedak kompak ini didatangkan dalam rona kulit tempatan. Tepung jagung menyerap minyak yang berlebihan pada kulit, dan zink oksida melindungi kulit daripada UVA dan UVB – ideal bagi iklim kita yang panas dan sentiasa disinari cahaya matahari.



Fanbo Gold Pancake dicipta untuk semua jenis kulit. Corn starch yang mengandungi dapat bantu menyerap minyak yang berlebihan pada kulit supaya tahan lama. Selain itu, Zinc Oksida dalam Gold Pancake dapat memberikan kesanlindunganterhadap sinar UVA dan sinar UVB matahari. Dalam Gold Pancake mengandungi mineral tanah digunakan sebagai bahan aktif penebalan, pelincir, dan pelindung matahari dalam kosmetik.



Seri Wangi memang suka bawa ke mana-mana bedak pancake ni bila nak tacap-tacap lagi pun bedaknya comel dan senang masuk dalam bag. 


Terdapat 6 Toner Kulit:

1) Kuning Pengantin 
2) Natural
3) Sawo Kencana
4) Janur Kuning 
5) Kuning Langsat
6) Sawo Matang

Kak Seri biasanya memilih No 2 ataupun No 4 sesuai dengan toner kulit Seri Wangi


Pensel kening: Untuk membantu anda menyerlahkan kening supaya tampak lebih natural. Produk yang halal dan mesra wuduk ini bukan sahaja mudah digunakan, tetapi juga tahan lama.

Produk-produk Fanbo boleh didapati di Malaysia secara eksklusif di gedung dalam talian berikut:

1. PGMALL
2. LAZADA
3. SHOPEE






Keterangan lanjut berkenaan Profuk-profuk Fanbo


FACEBOOK


INSTAGRAM


#FanboMalaysia #FanboMY #FanboEffortlessbeauty #FanboGold #FanboPreciousWhite #Beautyblogger #BeautyProducts #Fanboskincare #Malaysiablogger

19 ulasan:

  1. Comelnya semua produk dia. Nama pun kiut Fanbo. Kak Halimah pun pakai, saya pun nak juga pakai. Nanti nak cari. Jom cantik sesama.

    BalasPadam
  2. wahh guna ekstrak sakura sure wangi je skincare ni. tak pernah dengar lagi brand ni

    BalasPadam
  3. Menarik gak packaging dia. Ada bau-bau sakura pula ye bila pakai tu, mesti seronok bila pakai kan. Nanti boleh semak kat platform jualan dalam talian la ye

    BalasPadam
  4. Wahhh nampak muda la kak limah pasni ek..hehe..kte suka skincare yang camni nnt nak usha la

    BalasPadam
  5. tak pernah lagi dengar produk jenama ni kak, kita ni memang suka sangat produk yang dapat menganjalkan kulit muka ni. tak payah nak cucuk sana sini. makin berseri akak raya ni

    BalasPadam
  6. Patut lah Kak Limah makin berseri-seri sekarang ni hehehe ini rahsia produk yang digunakan ok lah kena usaha betul tu... Produk yang bagus tak salah guna ada jaminan ok lahkan...

    BalasPadam
  7. Wahhh memang klasik tau jenama Fanbo nih. Nanti nak belilah bedak dia kat PG Mall. Lama betul tak guna. Nampaknya banyak perubahan tapi harap kualiti tetap sama dan terjamin supaya orang ramai kembali menggunakannya.

    BalasPadam
  8. Cute packaging nya. Pertama kali dengar produk Fanbo ni. Produk baru ya. Makin cantik berseri akak lepas ni 😊

    BalasPadam
  9. wowo...a nice skincare set for akak to stay pretty for Raya celebration, wishing akak & family a Happy Hari Raya celebration. cheers, siennylovesdrawing

    BalasPadam
  10. Wahh!! Nice range of products from Fanbo ya! Lepas ni berseri2 di pagi Raya la ye! Good product ni..

    BalasPadam
  11. Cantik packaging dia. Warna pink memang sesuai sangat. Makin cantik lah akak lepas ni

    BalasPadam
  12. This is the first time I heard of Fanbo brand. The packaging of this product looks lovely tho. And yeah, sakura is a good ingredient. Thank you for sharing your review.

    BalasPadam
  13. packaging cantik, beli buat hadiah pun sesuai ni. Tak pernah dengar lagi nama ni harap sesuai ngan ramai orang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Brand fanbo dah lama cuma skrg upgrade blk sbb produk ni femous kat indonesia, kak dulu2 masa bujang mmg ada guna bedak fanbo

      Padam
  14. cantiknya packaging dia kak.. kena cari ni.. nak try juga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Product fanbo ni xmahal pun dan berkualiti sesuai dgn kulit org asia

      Padam
  15. Rasa macam nama Fanbo ni dah lama, cuma dia baru upgrade produk dia.. kalau di Indonesia agaknya femes brand ni kan Kak.. nak cuba gak lerr.. menarik pulak skincare dia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye betul tu sebenarnya brand Fanbo ni femous time kak seri bujang2 lg, suka guna compact piwder dia

      Padam
  16. Suka tengok packaging Fanbo ni sweet je warna putih dan pink bunga sakura hee

    BalasPadam

Thak You For Your Comment