Bahang menyambut bulan Ramadhan dah mula terasa, tak sabar menanti tibanya bulan ramadhan, selain berpuasa tentulah teringat2kan bazar Ramadhan sana sini. Hotel-hotel pun membuat pelbagai buffet Ramadhan dan mempromosikan harga-harga untuk pelanggan dengan harga berpatutan. Seri wangi memang sukakan hidangan dan menu-menu yang dihidangkan dengan pelbagai citarasa yang sangat lazat dan enak.
Jom ikut Seri wangi tinjau-tinjau menu buffet Ramadan yang disediakan oleh The Pearl Hotel, KL - Sajian Warisan Nusantara yang menghidangkan lebih 100 juadah yang pasti menggugat selera korang. Dan sambil korang menjamu selera pihak hotel juga mempersembahan musik mendendangkan irama lagu-lagu lama.
Pelbagai menu-menu menarik yang akan dihidangkan sempena di bulan Ramadhan yang pastinya menepati citarasa pelanggan yang berkunjung seperti;
💠PEMBUKA SELERA & MAKANAN RINGAN
💠STESEN ULAM-ULAMAN & IKAN MASIN
💠HIDANGAN UTAMA HARIAN
💠STESEN ANEKA SUP
💠WARUNG ANEKA MEE
💠GERAI GULAI KAWAH
💠JUADAH ISTIMEWA MAKANAN BARAT
💠GERAI MAKANAN LAMBAK
Sebenarnya banyak lagi menu-menu lain yang menarik dihidangkan.
PEMBUKA SELERA & MAKANAN RINGAN
Rojak & Pasembur (Timun, Jambu Batu, Sengkuang, Mangga Muda, Buah Nenas, Betik Muda, Jambu Air, Taugeh, Tempe, Tauhu, Biji bijan, Pes Kacang Tanah, Sos Udang Pedas, Kacang Tanah Goreng
STESEN ULAM-ULAMAN & IKAN MASIN
Juadah Istimewa yang disajikan adalah pelbagai Aneka Ulam-ulaman seperti Jering, Kacang Botol, Kacang Panjang, Ulam Raja, Daun Selom, Kobis, Timun, Lobak Merah, Pucuk Gajus, Tomato bersama Ikan Masin Gelama, Ikan Masin Sepat & Ikan Masin Talang
HIDANGAN UTAMA HARIAN
Terdapat 9 Jenis Hidangan Utama akan ditukar setiap hari (Nasi Kukus, Gulai Daging Bunga Kantan, Singgang Ikan Selar, Ayam Taucu Pedas, Pajeri Nenas, Sambal Sotong, Pucuk Paku Lemak Cili Padi, Kurma Telur, Tauhu Masak Lemak Putih)
STESEN ANEKA SUP
Sup Ayam Berempah, Sup Cendawan Berkrim, Sup Asparagus Berkrim & Sup Bebola Ikan
WARUNG ANEKA MEE
Hidangan Mee yang disajikan dengan pelbagai Aneka Sup & Kondimen tambahan
GERAI GULAI KAWAH
Gulai Kawah Kambing atau Gulai Kawah Daging
MENU RAMADAN BUFET 2021
JUADAH ISTIMEWA MAKANAN BARAT
Kambing Golek, Ayam Golek, Ikan Panggang dengan pelbagai Aneka Sos pilihan
GERAI MAKANAN LAMBAK - Makanan Laut yang dilambak
Makanan Laut yang dilambakkkan bersama Campuran Sayuran dan disalut dengan Sos Pedas dan Masam
STESEN SOSEJ PANGGANG ALA JERMAN
Sosej Bawang Putih, Sosej Keju, Sosej ‘Farm House’, Sosej Cendawan dan lain-lain bersama Sos Mustar Biji Sawi, Jeruk Gherkins, Jalapeno, Sos BBQ, Sos Tomato & Sos Cili
STESEN ANEKA PASTA ITALIANO
Pasta Spaghetti Carbonara & Pasta Spaghetti Napolitana
WARUNG GORENG-GORENG
Nugget Ayam, Baji Kentang, Sosej Keju, Popiah, Bebola Ikan, Samosa bersama dengan Sos Cili Thai & Mayonis
STESEN LEBARAN AIDILFITRI
Lemang, Ketupat, Serunding Ayam, Serunding Daging & Nasi Impit
WARUNG BERIANI & MANDI
Nasi Mutiara, Ayam Beriani, Kambing Mandi, Dhal, Jeruk Bawang, Acar Jelatah & Papadom
WARUNG SATE
Sate Ayam, Sate Daging bersama Kuah Kacang Pedas, Timun, Bawang & Nasi Impit
KAUNTER DIM SUM & PAU
Aneka Dim Sum dan Pau bersama Sos Cili & Kicap Miso Manis
WARUNG MURTABAK
Murtabak Ayam, Murtabak Daging bersama hidangan Kari Ayam, Jeruk Pedas & Dal
SATE CELUP & ANEKA SOS
Bebola Ikan, Bebola Sotong, Bebola Ayam, Bebola Udang, Bebola Udang, Bebola Ketam, Sosej, Jagung Muda, Brokoli, Kek Ikan, Cendawan Butang, Tauhu perisa Makanan Laut, Tauhu Goreng, Tauhu Keju, Kani-Stick, Cendawan Tiram, Kuah Kacang, Minyak Cili, Kicap Soya, Kicap Cili Padi, Kuah Sambal & Kicap Manis
WARUNG SUP “GEAR BOX”
Sup ‘Gear Box’, Bawang Goreng, Daun Sup & Kicap Sambal
STESEN PENCUCI MULUT
Aneka Pastri, Kek, Bubur Manis, Aneka Kuih-muih, Aneka jenis Buah Kurma, Biskut Raya, Kuih Raya, Wajik & Dodol
STESEN ABC
Pelbagai Aneka Ais krim , Ais Kacang ABC, Cendol, Lai Chi Kang & Kondimen
GERAI BUAH-BUAHAN
Buah Tembikai, Buah Nenas, Buah Tembikai Susu, Buah Betik & Pisang
GERAI MINUMAN
Cincau, Jus Oren, Jus Epal, Sirap Selasih, Sirap Bandung, Barli Manis, Teh Tarik, Nescafe Tarik & Kopi Tarik
Wah...tengok menu-menu tu dah terasa lapar dibuatnya, jika korang berminat bolehlah buat tempahan awal, kalau tidak rugi tau11
Early Bird - Rm88 (dewasa)
Normal - Rm118 (pembelian dari 15 mac - 11 april 2021)
Kanak-kanak (6-12 tahun) - RM48
warga Emas (80 tahun ke atas)
Untuk tempahan :
👇👇👇👇
📞016 3318794/016 3319675/012 3890690
Untuk maklumat lanjut
WEBSITE
FACEBOOK
INSTAGRAM
#sajianwarisannusantara
#buffetramadan2021
#thepearlhotelkl
#reviewbuffetramadhan
#foodieblogger
#lifestyleblogger
#malaysiablogger
#keunggulanwanitacom
Ya Allah kak banyaknya makanan yang dihidangkan. Mesti tak tau nak start yang mana dulu. Hehe. Kena grab promo sebelum harga dia lagi mahal....
BalasPadamYa Allah.. memang tak jadi lah misi diet/kurus sempena Ramadan tahun ini.haha
BalasPadammakanan sedap-sedap, memang balun tak ingat la gini.
Dulu pernah ada event / training dekat sini . makanan memang meriah tau
BalasPadamWow........wow...........meriah nyer buffet ramadhan Peral Hotel nie. Mesti best kan kalo dpt berbuka di sinie. Thank you for sharing this information.
BalasPadamlama tak pergi hotel ni, too HAPPY sebab sekarang dah banyak hotel boleh beroperasi balik untuk hidangan buffet iftar ni... nanti nak check out lah.. menyelerakan betul satay itu...
BalasPadamBanyak pilihan makanan dan harganya berpatutan. Terus Rawlins share info ini dengan sepupu - dia nak berbuka dengan anak-anak dia. Mesti dia suka
BalasPadamRambang mata tengok makanan dia. Macam2 ada. Ketupat palas pon ada. Favourite tu
BalasPadamPerghh bersusun menu dia yaaa.. ni kalau pergi, mau duduk lama depan lauk-pauk tu sebab blur nak makan mana satu dulu hehehe..
BalasPadamPerghhhhh sedapnya akak! best betul! rasa macam lokasi sesuai untuk bawa seisi keluarga. mak saya suka betul makan bakar-bakar ni. ikan bakar semua nyummy! air asam tu kakk. fuhhh menduga. hahaha.
BalasPadamMenarik ye kalau dpt berbuka puasa kat sini nanti kan Kak... Mcm2 ada juga ni.. Boleh plan la dengan kawan2 nanti...
BalasPadamMacam2 hidangan ada dan semuanya memikat selera. Suka dengan konsep yg diperkenalkan
BalasPadamAntara perkara paling seronok waktu bulan puasa ni adalah apabila semua hotel berlumba2 untuk menyediakan bufet Ramadan yang paling menarik. Haha nanti boleh la cuba kat Pearl Hotel ni. Dekat je dgn rumah.
BalasPadamlapar terus bila tengok! hahaahah nanti boleh lah survey nak beli buffet dekat situ. ada pakej bilik sekali tak?
BalasPadamStesen sosej panggang tu paling menarik hati saya setakat ini. Teruja nak rasa kepelbagaian yang ada . Time buffet ramadhan ni jer baru kita berpeluang jumpa macam-macam makanan.
BalasPadamFuhhh menarik juga juadah berbuka puasa Dia.. Jom pegi Makan nnt
BalasPadamSeminggu dua ni memang banyak betul Ramadan Review hehehe meriah lah tengok makanan semua tapi jangan lupa SOP ok hehehehe Insha Allah kita akan datang cuba sini....
BalasPadamYummy! Macam nak repeat lagi je kan...
BalasPadam