Jom ikut Seri Wangi dinner steamboat pulak.. kat mana? Mana lagi kalau tak ke D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat,Seksyen 23, Shah Alam. Sedap ke steamboat dia? best tak tempat dia? Apalah banyak sangat soalannya? Haaaaa...Seri Wangi pun belum pernah makan and sampai lagi tempatnya.
Seri Wangi selalu dengar kawan-kawan kata sedap menu-menu steamboat dia, kalau datang dengan family. kawan-kawan memang best sambil membawang sambil makan mengadap steamboat and grill... fuhhh.. sedap giler!! Kalau korang nak buat majlis perpisahan, nak belanja kawan-kawan office ke ataupun gathering with family memang eloklah buat kat sini. Seri Wangi memang rekomenkan 100% sebab all seafood dia fresh.
Kalau korang nak tau D'Kayangan Steamboat ni dibuka sejak tahun 2010. Alhamdulilah akhirnya Seri Wangi sampai jugak ke sini dating dengan my darling, dia pun kata tak pernah sampai ke sini. Korang jangan risau kalau nak parking kereta sebab kawasan dia luas dan ada disediakan kemudahan tandas dan jugak surau untuk solat.
Tagline - 'Makan Sampai Kenyang' Jangan sampai tak nak balik sudahlah!!
Pelbagai menu disediakan di sini, korang boleh makan dengan nikmatnya tanpa had dan elakkan pembaziran. Jangan risau pasal harga, tak mahal pun harga dia berpatutan, makan dulu, bayar kemudian haaaa!!
D'Kayangan Steamboat ni ruang dia memang luas sesuai untuk makan bersama kelurga, rakan-rakan dan juga diadakan majlis keraian. Lagi satu kalau korang nak buat sambutan harijadi pun boleh atas permintaan. Bolehlah buat birthday kita kat sini nanti... heee
Okay sebelum makan nak bagi peribahasa dulu - Patah salera banyak makan maksudnya 'Pura pura tak mau, sebenarnya suka sekali' Tapi itu bukan Seri Wangi yerr!!
Ada pelbagai jenis menu untuk steamboat yang disediakan sepetti ayam serta daging perap yang sangat rempah perapannya, makanan laut yang segar seperti kerang, kepah, lala, udang, sotong dan pelbagai lagi. Pilihlah yang mana berkenan di hati. Begitu juga pelbagai pilihan seperti fishball, crab ball, fish cake pelbagai jenis lain.
.
Pelbagai sos pilihan untuk makan bersama steamboat. Bagi Seri Wangi semua sos dia memang sedap dan terasa.
Pelbagai sayuran, bermacam jenis mi dan pencuci mulut seperti kek dan aiskrim, air minuman.
Kalau korang nak makan makanan panas pun ada tersedia seperti bihun goreng, nasi lemak, kuetiau goreng basah, rendang dan lain-lain menu.
Hmmmm... sedapkan, tapi tak semua Seri Wangi dapat makan sebab dah kenyang, perut kecik kata orang. Meh tengok apa yang kami makan... bertambah selera makan steamboat dan grill dengan sup tomyam yang sedap baunya pun dah tak tahan.
Okay....dah settle makan, memang puas hati sebab semunya sedap-sedap, kalau korang yang suka karok tu bolehlah join karaoke sekali di DKayangan Steamboat ni, relex-relex, santai and gosip-gosip sikit lepaskan stress.
Untuk tempahan dan keterangan lanjut
FACEBOOK
INSTAGRAM
Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
No.1 Apartment Servis Sri Acapella,
Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Waktu Operasi:
Hari biasa: 4pm - 11pm
Hari minggu (Sabtu dan Ahad): 12pm-11.30pm
*Untuk hari minggu dan cuti umum, digalakkan membuat tempahan awal terlebih dahulu.
Harga adalah seperti berikut
Dewasa - RM 29.90
Kanak2 ( 7-11 Thn ) - RM 14.90
Warga Emas - RM 24.90
OKU - Rm 15.00
#dkayangansteamboatbbqbuffet #dkayangansteamboatbbq #malaysiafoodie #steamboat
#grillandbbqsteamboat #makanhinggakenyang #dinnertime
#steamboatlovers
#foodieblogger
#wonderfulshahalam
Banyaknya pilihan kat D Kayangan ni. Bertahan lama juga ye sebab 'steambaot' berdekatan dah tutup. Boleh la cuba kat sini kalau teringin nak steamboat.
BalasPadamHmmm........rasa macam dah lama sgt I x makan steamboat dgn family. I kinda miss it tho. Btw, I'm glad that you are happy the steamboat. Thank you for sharing your review with me.
BalasPadamLamanya taak menyinggah di D'Kayangan. Rawlins and friends suka lepak sini sebab banyak choices makanan dia
BalasPadamSelalau nampak orang share, belum pernah lagi sampai ke sini.. nanti nak cuba juga, anak dah kat sana ni, bolehlah singgah..
BalasPadamBestkan dapat makan kat sini. Oaling best daging perap dia mmg sedap betol
BalasPadamD'kayangan steamboat and grill shah alam iena pernah makan kat sini sebelum ni. Sedap and harga pun murah
BalasPadamshah alam heaven with good and yummy food. jelesnya yang tinggal sana. kita nak ke sana entah bila huhu. hopefully dapat jalan-jalan cari makan kat shah alam. hehe
BalasPadamUik ada lagi yer lamanya tak pergi kat sini hehehehe kita dulu rajin juga pergi makan steamboat kat sini sebab murah dan juga banyak pilihan. Tapi sekarang kerana PKP dan perintah tak boleh rendah daerah terpaksa lupakan dan buat sendiri kat rumah hehehehe...
BalasPadam