MISMIS PRODUK PENJAGAAN GIGI BERASASKAN EKSTRAK POLIFENOL KOKO BERSAMA VARIASI BAHAN HERBA SEMULAJADI - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Sabtu, 20 Mac 2021

MISMIS PRODUK PENJAGAAN GIGI BERASASKAN EKSTRAK POLIFENOL KOKO BERSAMA VARIASI BAHAN HERBA SEMULAJADI



"Make it smile"

Senyuman itu menawan dan kelihatan gigi yang putih bersih tersusun rapi dan cantik sememangnya menjadi idaman setiap orang. Memiliki gigi yang cantik dan tidak rosak memerlukan penjagaan yang rapi dan kesihatan gigi perlulah dititikberatkan pada setiap orang bermula dari mereka kecil hinggalah dewasa. Kata peribahasa 'Melentur buluh biarlah dari rebungnya' 

Jadi dari mereka kecil kita perlu mendisiplinkan mereka untuk menggosok gigi setiap hari agar gigi tidak cepat rosak, berlubang, hitam dan penuh dengan karang gigi. Bukan budak-budak jer yang perlu digalakkan memberus gigi, orang dewasa pun sama gak...kadang-kadang bila datang malas tu faham-faham sajalah buat-buat lupa gosok gigi hendaknya di sebelah malam, terus tidur...betul tak? Ada ke yang macam tu? haaaa.....1


Untuk penjagaan gigi kita agar sentiasa sihat dan bersih sudah tentulah kita akan memilih berus dan ubat gigi yang terbaik agar gigi sihat dan nafas pun segar. Seri Wangi sendiri pun memilih yang terbaik bagi penjagaan untuk keluarga seperti MISMIS iaitu Produk penjagaan gigi MISMIS


Produk penjagaan gigi MISMIS



Produk penjagaan gigi MISMIS ni berasaskan ekstrak polifenol koko bersama variasi bahan herba semulajadi seperti ekstrak cengkih, zaitun dan kelapa. Syarikat menyasarkan pasaran komersial di dalam dan luar negara bagi memenuhi permintaan produk penjagaan gigi halal bagi semua segmen umur untuk seisi keluarga. 

Untuk makluman semua, Syarikat NFA Technologies Sdn Bhd telah bekerjasama dengan Lembaga Koko Malaysia dalam penyelidikan, pemprosesan dan penyelenggaraan untuk menggunakan polifenol koko berkualiti tinggisebagai bahan mentah utama dalam pembuatan produk penjagaan gigi jenama MISMIS. NFA Technologies Sdn Bhd juga mendapat sokongan dari MTDC, KPDNHEP dan SMECorp. NFA Technologies Sdn Bhd juga giat berkolaborasi dengan NGO seperti MyCorps dalam usaha menyokong aktiviti Program Penjagaan Kebersihan Diri di Malaysia, Bangladesh, Indonesia, Fiji dan banyak lagi



Untuk mengukuhkan lagi kedudukan jenama MISMIS di pasaran, Mismis telah diedarkan di klinik pergigian, farmasi, pasar raya di seluruh negara. Produk Mismis juga telah berada di pasaran Brunei dan Maghribi. Usaha mempromosi dan mewujudkan kesedaran tentang penggunaan bahan semulajadi seperti polifenol koko giat dijalankan oleh syarikat bagi meluaskan lagi pasaran jenama MISMIS.


Jenama MISMIS memiliki sijil Halal dan Good Manufacturing Practice – GMP (Amalan Pengilangan Baik). Matlamat syarikat adalah untuk menjadi syarikat yang maju dan berdaya saing dalam mengeluarkan produk yang bermutu tinggi, justeru setanding dengan produk antarabangsa sebagai syarikat yang kompetitif dan inovatif di Malaysia



Mismis ialah alternatif bagi pengguna yang inginkan produk yang bebas daripada fluorida, berasaskan 99.9% bahan semulajadi, tanpa paraben, tanpa SLES/SLS dan selamat jikatertelan. 


PRODUK MISMIS




Ubat Gigi Premium Pudina Koko

Ubat Gigi Premium Pudina Koko menggunakan bahan aktif polifenol- tanin yang terbukti berkesan membunuh bakteria utama di dalam mulut iaitu Streptokokus Mutan dan  S.Sanguis, penyebab nafas berbau dan penyebaran karies gigi. Penambahan bahan seperti lemak koko (cocoa butter) yang diperkaya dengan Vitamin E, dapat membantu meningkatkan aktiviti agen antibakteria yang membantu mengawal masalah kaviti di dalam mulut. Tidak lupa juga aroma koko yang harum lagi menyegarkan dapat menarik minat sesiapa sahaja yang pertama kali menggunakannya.

Selain itu, produk yang sudah laialah ubat gigi MISMIS lebih sejuk (Extra Cool Mint) yang memberi tujuh kali perlindunma dikenali di pasaran gan dan melawan bakteria yang boleh menyebabkan karies dan jangkitan pada gigi. Ubat gigi tersebut diformulasikan tanpa paraben, bahan kimia dan pewarna sintetik. Diperbuat daripada bahan pembuatan makanan bertahap ‘gred makanan’ (food grade), produk ini selamat digunakan oleh orang dewasa dan juga kanak-kanak terutamanya jika tertelan semasa memberus gigi.



MISMIS JUST FOR KIDS

Mismis juga mempunyai rangkaian produk ubat gigi Mismis juga mempunyai rangkaian produk ubat gigi MISMIS Just for kidsTerdapat dalam 2 perisa iaitu Chocolata dan Bubble Gummy yang pasti menarik kanak-kanak untuk memberus gigi.





“Semasa menghasilkan ubat gigi ini, kami membayangkan jika anak-anak atau anak buah kami yang menggunakannya. Semestinya hanya bahan yang terbaik digunakan supaya selamat jika tertelan. Tetapi apabila kanak-kanak sudah mencuba, pasti mereka akan suka. ‘We made it with love’ ” kata Puan Noormawarni Nordin selaku Pengarah Syarikat

 

MISMIS juga telah mengeluarkan pelbagai jenis berus gigi dengan berus yang lembut dan separa lembut. Didatangkan dalam pelbagai warna menarik seperti hijau, merah jambu, ungu dan biru, anda dan keluarga mempunyai banyak pilihan menurut warna kegemaran masing-masing. Berus gigi MISMIS diperbuat daripada nilon berkualiti tinggi dan tidak pernah diuji pada haiwan. Berus gigi ini selamat untuk anda dan keluarga gunakan tanpa ragu-ragu. Kelembutan berus gigi MISMIS memberikan tiga kali perlindungan yang membantu memelihara gusi anda daripada kecederaan, memberikan keselesaan ketika memberus gigi dan menghilangkan bakteria serta plak.



Juga terdapat pek kembara 2 dalam 1 yang memudahkan pengguna membawa produk MISMIS semasa keluar daerah untuk urusan kerja atau mengembara.

Bukan itu sahaja, ubat kumur Mismis Minty Leaf (mouthwash) juga amat sesuai digunakan untuk menjaga kesihatan mulut anda. Ianya tidak mengandungi alkohol dan sesuai digunakan pelbagai peringkat usia.




Produk penjagaan gigi MISMIS berharga antara RM3.90 sehingga RM15.00 dan boleh didapati di Tesco, Malakat Mall, Sabasun, Maslee, farmasi yang terpilih dan halal mart. Mismis boleh juga didapati secara dalam talian melalui Watson, Ourshop, Lazada, Eromman, Shopee dan di semua online e-commerce. Dapatkan MISMIS Giftbox di https://bit.ly/2OHXkdZ dan juga boleh di dapati di Shopee


Untuk makmat lanjut berkenaan MIMIS

WEBSITE

FACEBOOK

INSTAGRAM

TIK TOK


 
#mismis  #makeitsmile  #oralcare #produkpenjagaangigi #ilovesmismis  #alamsemulajadi #koko #mismisjustforkids #Chocolata #Bubblegummy 

18 ulasan:

  1. Bagus ye produk ni mendapat kerjasama dari agensi kerajaan. Ada sijil halal lagi ni. Bila bercakap tentang Mis Mis ni sis teringat lagu Arab Mis Mis.

    BalasPadam
  2. Surely kids will love it when they come in their favourite flavours right? The I don't mind brushing my teeth with this mismis toothpaste too. :)

    BalasPadam
  3. I never heard of his brand before. But it does looks good. Maybe I should try it one day. Thank you for sharing your review with me.

    BalasPadam
  4. Wah tak pernah dengar lagi brand ni tapi kalau budak pun suka sure bagus produk ni. Janji selamat digunakan dan putihkan gigi

    BalasPadam
  5. first time dengar nama produk ni. nampak macam menarik juga, harga pun sangat berbaloi. boleh cuba ni :)

    BalasPadam
  6. Betul sis, nak ajar anak biar dari kecik-kecik macam parent saya ajar saya. Dah besar ni je asyik lupa. Haha

    BalasPadam
  7. 1st time dengar produk ni. Banyak juga ya produk keluarkan brand ni. Menarik dan sesuai untuk anak-anak dapatbpula kerjasama dari agensi kerajaan.

    BalasPadam
  8. ad halal lebih yakin nak guna. ada banyak variasi produk so banyak pilihan

    BalasPadam
  9. Oh ada jual kat Tesco ya produk ni? Tak perasan pulak. Next time pegi Tesco nak cari la.

    BalasPadam
  10. betul la kan , nak buat apa2 biarla dari rebung kan, so now good for kids to starts now kan

    BalasPadam
  11. Huda pun guna ubat gigi mismis koko tu. best tak rasa kuat sangat, lembut jer pada lidah. dan terasa bersih jer. terbai produk mismis ni

    BalasPadam
  12. Comelnye ubat gigi budak mismis.budak2 mesti suka.boleh cuba untuk anak.

    BalasPadam
  13. Kalau bebudak ni suka ni, sebab ada perisa Koko.. lain dari yang lain, ingat nak cuba juga belikan untuk anak sedara..

    BalasPadam
  14. Rawlins pun suka dengan ubat gigi mismis nie. Sebab Rawlins ada gusi yang lembut, alhamdulilah menjadi better selepas menggunakan mismis nie

    BalasPadam
  15. Pernah guna produk mismis ni. Memang best. Paling penting ianya ada selamat untuk kanak-kanak

    BalasPadam
  16. Comel bungkusan mismis ni. Isi kandungan juga selamat untuk anak-anak. Nanti nak try. Tq akak share.

    BalasPadam
  17. Comel la brand oral care ni! Siap ada flavor yang best pulak tue.. Worth to check them out.. 🤭Sure kids pun suka...

    BalasPadam
  18. ubat gigi pudina dari koko ? wahhh rare betul yer tapi tahu jugak kegunaan koko butter tu....no wonder letak kategori premium...nanti boleh try

    BalasPadam

Thak You For Your Comment