Menjelang tahun 2040, bilangan warga Malaysia berusia 60 tahun dan ke atas dijangka meningkat dua kali ganda berbanding anggaran semasa yang hanya 10.3% daripada jumlah penduduk! Menyedari akan pentingannya bagi golongan dewasa di Malaysia untuk mengekalkan kesihatan muskuloskeletal mereka dalam mempengaruhi pergerakan, fleksibiliti, keseimbangan dan seterusnya kualiti hidup mereka semasa usia meningkat, Fonterra Brands Malaysia menerusi jenama pemakanan orang dewasa, Anlene™ telah memperkenalkan ACTIFIT 3X™ dan GOLD 5X™. Kedua-duanya dirumuskan untuk memberi nutrien penting untuk orang dewasa di Malaysia.
Menurut Dr Nor I'zzati Saedon, Pakar Geriatrik dan Pensyarah Perubatan Dalaman di Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC), kesihatan muskuloskeletal merupakan salah satu faktor utama dalam membolehkan manusia menjalani kehidupan mereka secara bebas dan ia bermula dengan membina dan mengekalkan kesihatan tulang, otot dan sendi agar kekal kuat untuk masa yang akan datang. Sistem muskuloskeletal memberikan bentuk, sokongan, kestabilan, dan pergerakan untuk badan. Sistem ini terdiri daripada tulang rangka, otot, tulang rawan, tendon, ligamen, sendi dan tisu penghubung lain yang menyokong dan menghubungkan tisu dan organ bersama-sama.
"Orang dewasa yang berumur 40-an lazimnya tidak memberi perhatian terhadap kesihatan muskuloskeletal mereka sendiri disebabkan mereka tidak mengalami sebarang tanda, seperti sakit akibat kecederaan atau postur yang tidak baik. Kemampuan untuk berjalan memerlukan kekuatan, fleksibiliti dan keseimbangan. Tugas mudah seperti menyuap makanan dan memakai pakaian memerlukan kemampuan pergerakan tangan dan pergelangan tangan. Keupayaan untuk mencapai, membongkok dan mencangkung membolehkan seseorang melakukan aktiviti harian seperti berkebun, memasak dan membersihkan lantai. Setiap individu tentunya mahu terus dapat melakukan semua ini tanpa sebarang kekangan dan pertolongan, terutama ketika mereka mencapai usia 60-an dan seterusnya,” jelas beliau.
Seorang lagi pakar dalam bidang muskuloskeletal, Encik Calvin Shun, seorang pengamal kiropraktor dan Pengasas Osso Bone Care Chiropractic, menyoroti perubahan dalam sistem muskuloskeletal apabila usia meningkat. “Tulang kita mungkin menjadi lemah seawal usia 30-an , dan kehilangan sehingga 20% kepadatan tulang apabila usia meningkat dan tulang rawan sendi (bertindak sebagai ‘kusyen’ antara sendi) mungkin merosot secara ketara pada usia 40-an. Fungsi otot kita mungkin menjadi lemah dengan kehilangan sehingga 29% daripada kekuatannya apabila usia kita makin meningkat,” beliau berkata.
“Masalah muskuloskeletal, seperti osteoartritis yang biasanya berlaku pada bahagian lutut boleh mengganggu kemampuan kita untuk menjalankan aktiviti harian yang biasa. Gejala biasa termasuklah rasa sakit, kaku dan flesksibiliti yang berkurangan. Masalah ini mengurangkan tahap pergerakan, dan dalam jangka panjang akan menjejaskan kebebasan dan kemampuan untuk menyertai aktiviti keluarga, sosial dan bekerja, dan dengan itu kualiti hidup mereka akan terjejas,” tambah beliau lagi.
Shun mengatakan bahawa kemerosotan jisim tulang, otot atau tulang rawan sendi mungkin dipercepat dengan penuaan, tetapi ada beberapa langkah yang dapat dilakukan seseorang untuk memperlahankan proses ini. Beliau menasihatkan orang dewasa yang berada dalam pertengahan umur untuk mengekalkan berat badan yang sihat; kerap bersenam, terutamanya senaman yang membina otot dan mengekalkan tulang yang kuat; merawat kecederaan ringan dan jangan biarkan ianya melarat dan menjadi masalah yang lebih besar yang akan mempengaruhi pergerakan; dan selalu ingat untuk duduk dan berjalan dengan postur yang betul!
Dari segi pemakanan, Puan Megawati Suzari, Pengarah Pembangunan Produk Baharu, Hal Ehwal Saintifik & Pematuhan di Fonterra Brands Malaysia yang memasarkan Anlene™, menekankan kepentingan orang dewasa yang berada dalam pertengahan umur untuk menjaga pergerakan mereka dengan mengekalkan kesihatan tulang, sendi dan otot yang penting untuk menyokong gaya hidup aktif dan penuaan yang sihat. “Selain kekal aktif secara fizikal, amalan pemakanan yang baik juga tidak kurang pentingnya,” kata beliau.
“Diet seimbang yang merangkumi makanan berkhasiat adalah penting untuk menyokong kesihatan muskuloskeletal orang dewasa. Anlene™ ACTIFIT 3X™ dan GOLD 5X™ dirumus khas untuk membantu memenuhi keperluan pemakanan yang penting untuk menyokong kesihatan muskuloskeletal” kata Megawati.
Di dalam setiap gelas susu Anlene™, anda boleh menikmati kebaikan ACTIFIT 3X™ yang mengandungi kalsium tinggi, protein tinggi, vitamin (B2, B6, B12, C, D, E) dan kolagen. Manakala Anlene™ GOLD 5X™ pula dirumus secara saintifik untuk memberikan MFGM Active™, nutrien yang sama seperti yang ditawarkan oleh Actifit 3X™ dan tanpa gula tambahan.
Tag: #Anlene #AnleneActifit3x #AnleneGold5X #healthydrinks #beautyblogger
Patutlah akak masih bertenaga dan sihat lagi.. amalkan anlene rupanya.. ada yg terbaharu lg banyak manfaat dan khasiat
BalasPadamAnlene ada susu baru sekarang nie kan Kak Limah.. Sue pun baru nak cuba juga nie..
BalasPadamKita pun makin meningkat umur kene minum susu utk kuatkan tulang... Anlene paling best
BalasPadamBagus anelene ni memang cukup untuk bekalkan kalsium & tenaga especially warga emas
BalasPadamPatut kak limah aktif ke sana sini. Minum anlene rupanya.
BalasPadamAnlene memang fav Marsha. Bagus Kak Limah amalkan Anlene ni...lebih bertenaga
BalasPadamanlene ni memang bagus sangat untuk orang yang berusia. rumusan baru ni lagi la yakin nak beli
BalasPadamMemang dah kena start minum susu kalsium dan diet seimbang kan, harap taklah dapat sakit-sakit lutut tu bila nutrient semua cukup 😭
BalasPadamAnlene is a good health product. Reading this post makes me realize that I should start drinking milk again. Thank you for sharing.
BalasPadamMy parents pun amalkan anlene. Sebab ianya banyak khasiat untuk kesihatan mereka kan. Rawlins pun akan start amalkan minum susu la kan
BalasPadamOhhh ada produk Anlene Gold sekarang ni kita nak beli untuk mak ayah kita lah sebab tengok mereka tak berapa mampu nak bergerak faktor usia kan hurmmmm...
BalasPadamPenting amik berat ttg kesihatan badan. Teeutama bila dah makin berusia kita perlu lebih serius
BalasPadamNell nak start amalkan minum susu Anlene juga la... Boleh try 3X ni kan...
BalasPadamYes, Anlene is indeed the milk that we need to stay active and healthy especially for ladies and women. :) My family has been taking this as well.
BalasPadamSusu Anlene ni memang bagus untuk membantu memperkukuhkan tulang and otot.
BalasPadambaru tau pasal rumusan ni,
BalasPadamthanks untuk info dan input
Bagus Anlene ni .. bila makin berumur , kalsium berkurangan . So kita perlu top up kan ! Antara brand yang dipercayai sehingga kini. Harga berbaloi !
BalasPadamAnlene is trusted brand for adult milk powder, especially good for our bone health and calcium intake.
BalasPadamwow this seems like such a great product. can't wait to try it for myself soon! :)
BalasPadamMak saya memang amalkan anlene gold ni. Sebab dalam family kami ada sejarah masalah tulang.
BalasPadamHebat akak! Kelmarin trip kita sama-sama pun akak masih kuat dan bertenaga, participate semua aktiviti. Inilah rahsianya! Semoga sentiasa sihat ya kak!
BalasPadamWah wah wah... Patutlah akak masih sihat dan bertenaga lagi. Minum anlene rupanya. Kita pun makin meningkat umur kene minum susu juga untuk kuatkan tulang kita.
BalasPadamAIrah tengah pregnant sekarang so memang kena rajin la minum susu. Selalu lupa nak minum padehal memang perlukan kalsium yang mencukupi
BalasPadamSaya ni dah masuk umur 42 tapi sangat-sangat kurang minum susu. Bila tengok akak aktif dalam umur sebegitu buat saya nak amalkan balik minum susu untuk kesihatan tulang.
BalasPadampatutlah bertenaga je.. dh kena start mnum susu ini untuk tulang di hari tua
BalasPadamtak sabar nak cuba..sebab umur pun dah semakin meningkat..nak beli untuk mak sekali :)
BalasPadamWahhh Anlene dah ada produk baru lah. banyak betul kelebihan dan nutrient dalam Anlene Gold 5x ni ye. Boleh lah nanti zul nak beli bagi parents cuba.
BalasPadam