Sapa peminat Sushi di sini? Tentu ramai gak yang suka makan sushi tapi tak tau kat mana nak cari restoran yang ada sushi kan? Seri Wangi pun tak tau nak cari restoran yang ada makanan sushi kalau gi KL mungkin senang nak cari, tapi sejak PKP ni malas nak kuar KL jalan jalan cari makan. Seri Wangi selalu gak dengar orang cakap makan sushi ni sedap, sejujurnya Seri Wangi jarang makan sushi sebabnya takde geng yang nak ajak kita. Akhirnya dapatlah juga Seri Wangi nak makan sushi ni.. kat mana? hmmm.. tak jauh kalau dari tempat Seri Wangi iaitu Eat Sushi Malaysia kat Sunway Giza Kota Damansara.
Kalau korang nak tau @eatsushi.malaysia ni bermula pada tahun 2009 di Capalaba Centre Shopping Centre Australia dan mempunyai 6 branch dan Eat Sushi adalah yang pertama dibuka kat Sunway Giza, Kota Damansara di Malaysia. Eat Sushi ni sebenarnya berbeza sedikit dari traditional Japanese food sebabnya resepi mereka mempunyai element Australia dan Jepun tapi rasa tetap sama macam sushi jepun gak.
Eat Sushi Kota Damansara
First time tau Seri Wangi masuk restoran Eat Sushi ni, tempat dia memang best sebab santai jer... korang boleh makan kat luar ataupun kat dalam. Kalau bawak family terutamanya yang budak kecik memang bagus sebab sambil makan, anak anak boleh main tempat permainanan yang ada di depan restoran ni. Seri Wangi suka makan kat luar open air haaa..!
Dekorasi dalaman Eat Sushi pun cantik dan menarik dengan susunan deretan bekas bekas yang berpusing menanti pelanggan memilihnya.
Ditingkat satu pulak korang boleh lihat dekorasinya yang sangat cantik dengan susunan meja dan hiasan dalaman yang menarik, di sini korang boleh adakan pelbagai majlis bersama kekawan, family anda party harijadi dan jamuan office...macam-macam ada...!
Eat Sushi Signature Sushi
Eat Sushi Sunway Giza Kota Damansara memperkenalkan Signature Sushi yang terdiri dari:
✳️Unagi Rainbow Maki - Kami telah menambah cream cheese dari maki unagi tradisional
✳️Grill Salmon Rainbow Maki - Kami telah menambah special source untuk menjadikannya sedikit masam
✳️Tempura Sushi Maki - Kami menggoreng maki dengan tempura
✳️Avocado Rainbow Maki - Kami menambah avocado untuk menjadikannya enak dan sihat
✳️Grill Hotate Rainbow Maki - Campuran Crabstick Salad dengan scalloppanggang
✳️Egg Rainbow Maki - Masukkan egg sheet untuk kelihatan menarik dan enak
Harga plate bermula dari RM2.80, RM3.80 & RM4.80 murah jer.. murahkan?
Okay...jom tengok apa yang Seri Wangi makan? Sebenarnya Seri Wangi tak reti nak pilih Sushi yang sedap dan boleh diterima tekak ni!! Nasib baik ada geng kaki sushi yang tolong pilihkan,naknya bila tengok bekas-bekas sushi tu duk round and berjalan-jalan....haaaaa...naik juling mata kita dibuatnya. Ni...first time tau nak rasa and makan sushi jadi jakon sikit....jangan gelak tau!!! Setiap bekas tu cuma ada seketul dua sushi tapi bila korang dah tamak amik sampai 5/6 bekas memang jadi kenyang and minum teh hijau sejuk/panas memang ngam.
Macam mana? Sedap kan? Tentu korang pun nak join sama Seri Wangi makan, puas hati dapat rasa and makan sushi kalau boleh nak makan semua sushi yang ada kat dalam tu...tapi dah kenyang dah....jangan tamak...next time boleh repeat lagi. Korang kalau nak makan sushi bolehlah datang ke Eat Sushi Malaysia Sunway Giza Kota Damansara.
Fuhhh semua hidangan menyelerakan! Memang kaki sushi macam saya akan suka la ke sini. Lepas PKPB nak datang ke sana. Yummy! Harap harga mampu milik. Hehehe.
Rawlins teringat lagi makan sushi lazat kat Eat Sushi Malaysia di Sunway Giza nie. Kalau tak kerana PKPB, Rawlins dah mengulang makan kat sana weekend nie
Memang sedap ! Banyak juga pilihan yang ada, selain tu restoran ni jugak bersih dan menenangkan. Sesuai untuk lepak. Tak sabar nak pergi lagi lepas cmco ni. :)
Fuhhh semua hidangan menyelerakan! Memang kaki sushi macam saya akan suka la ke sini. Lepas PKPB nak datang ke sana. Yummy! Harap harga mampu milik. Hehehe.
BalasPadamBoleh nanti yanie nak gak try kesini.. memang fav sushi ni.. Tengok gambarnya pun yanie tergoda .. huwaa cam ne ni.. hihi
BalasPadamyanieyusuf.com
Ala jauhnya! hahaahah habis PKPB ni boleh lah try! by the way ada halal tak restoran ni? sorry kalau terlepas baca haahh
BalasPadamSedapnya Insyallah lps pkpb boleh la serbu
BalasPadamyay bestnya ada tempat sushi baru and it's right in town! thanks for sharing
BalasPadamRawlins teringat lagi makan sushi lazat kat Eat Sushi Malaysia di Sunway Giza nie. Kalau tak kerana PKPB, Rawlins dah mengulang makan kat sana weekend nie
BalasPadamjapanese food memang favourite. selalunya pi sushi king or sake je. next time boleh pi sini
BalasPadamMemang sedap ! Banyak juga pilihan yang ada, selain tu restoran ni jugak bersih dan menenangkan. Sesuai untuk lepak. Tak sabar nak pergi lagi lepas cmco ni. :)
BalasPadamHaishh akk ni saje je kan nak buat ena tertelan air liur. Macam2 flavour tengok tu mmg rambang mata dibuatnya
BalasPadamYay, ada tempat baru nak makan sushi! Boleh kata kebanyakan sushi chain kat KL ni saya dah try. Yang ni belum lagi :-)
BalasPadamMak aih.. terliur pulak tengok macam-macam jenis sushi ni. Banyak pilihan untuk pelanggan ni. Kalau saya rambang mata nak pilih haha
BalasPadamLama betul tak makan sushi. Ya amlun.. Cepatlah hbis PkPb ni.. Nak pergi makan sushi dekat sini.. Sedpnya tengok. Banyak pilihn
BalasPadamTengok sushi byk2 tu rasa semua sedap je. Tapi sisyat pun xleh nak telan semua. Tekak melayu org kata..hehe
BalasPadamRambang mata tengok sushi dia. Teringin jugak. Tapi tulah takleh terima tekakla pulak.
BalasPadamSushi yg ditawarkan dekat sini semuanya nampak sedap dan menarik. Harga pun sangat berpatutan
BalasPadamSaya tengok eat shushi ni, sebiji tu macam penuh isi padat, agak kalau makan 2 3 ketul kenyang kann.. nape lah tak de kat Johor yaaa..
BalasPadamMeriahnya meja dgn sushi.. banyak juga sushi yg kak limah mkn yea.. nnti pas pkpb AM nak terjah ke sini juga la..
BalasPadamTeringin nak makan sushi la... Lepas PKPB ni nak g usha this place la.. Ramai yang review dan best tempat ni kan...
BalasPadamTak pernah lagi try sushi lain selain sushi king sebab tak rajin explore. Lepas ni boleh la ajak suami try sushi ni pulak.
BalasPadam