Tak baik fitnah saya kurus memang kerana Cococurv - Man Raja Lawak - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Isnin, 21 September 2020

Tak baik fitnah saya kurus memang kerana Cococurv - Man Raja Lawak

 

Ketika cerita Man Raja Lawak berjaya menurunkan berat badan sebanyak 30 kilogram tular dengan bantuan produk kesihatan berperisa koko, Cococurv baru-baru ini, ramai yang terkejut dan tak kurang juga skeptikal dengan melemparkan nista terhadapnya. Ibarat berbadan gempal salah, apatah lagi kurus, Man atau nama sebenarnya, Abd Rahman Kassim akur begitulah suratan hidup. Serba tak kena, Man sudah terbiasa dengan permainan dunia seni dan kehebatan wira papan kekunci serta netizen. Tak kurang juga ada mulut jahat berkata Man kurus sebab potong usus, buat pembedahan dan macam macam lagi.

“Kalau asyik fikir cakap orang, sampai ke sudah kita akan terus berada di takuk lama. Jadi saya ambil pendekatan tak ambil peduli. Memujuk hati, saya anggap mereka dengki dan cemburu dengan apa saya berjaya lakukan.
“Lepas itu akan terpacul soalan atau pandangan apabila gemuk dan tiba tiba kurus serta nampak sakit. Kalau kurus bertukar jadi gemuk mungkin orang fikir kita bahagia.
“Tapi apa yang merisaukan saya apabila berat badan naik dan boleh mendatangkan penyakit. Mati sekarang pun tak kira usia. Di usia sekarang, 43 tahun... saya hanya nak sihat. Cakaplah apa mereka nak cakap. Janji saya sihat,” katanya.
Malah satu perkara yang Man perlu berdepan saat ini ialah rupanya yang dikatakan mula ‘haggard’ apabila berat menurun.

“Saya sedar diri memang bukan dilahirkan kacak macam hero Hollywood atau Bollywood. Apatah lagi seperti bintang popular di negara kita. Wajah saya memang tahap biasa saja. Orang kampunglah katakan.
“Ada yang cakap muka saya bertambah buruk dan ‘haggard’ apabila berjaya menurunkan berat badan. Saya tak boleh ubah kejadian Tuhan. Saya terima diri seadanya. Tapi saya bangga akhirnya berjaya kurus dengan bantuan Cococurv.
“Tapi soal fizikal itu sangat subjektif. Buruk di mata orang itu, tak semestinya buruk di mata lain,” katanya merendah diri.


Paling utama Man berkata, dia berharap akan terus memberi inspirasi kepada mereka di luar sana yang masih bergelut nak turunkan lemak di badan dan nasihatnya agar terus berusaha tanpa putus asa.
“Saya sendiri tak menyangka boleh turun berat badan. Dulu saya rasa semua ini mustahil. Namun tak ada yang mustahil dengan Cococurv. Ia memang produk hebat dan berkesan. Ramai testimoni berjaya membuktikan keberkesanannya.
“Betul bukan mudah nak kurus. Pasti ada liku yang bertandang. Semua itu cabaran yang mematangkan. Tetapi sekali kita dapat dan berjaya di atas apa diusahakan, itulah nikmat hidup yang tak boleh ditukar ganti atau dibayar dengan wang ringgit sekalipun.
“Saya sekarang lebih selesa dan yakin diri. Nak pakai apa jenis gaya pun sudah boleh. Alhamdulillah tawaran berlakon dan kerja melawak pun tak putus. Saya selama ini pun orang kenal kerana bakat, rupa itu bonus yang jatuh di tangga kedua,” katanya

Man dalam tempoh tiga bulan sejak Februari hingga Mac lalu telah berjaya mendapatkan berat dari 98 kilogram menjadi 68 kilogram.

“Kalau kita letakkan niat, fokus dan semangat nak kurus, memang tiada yang mustahil. Saya mula minum Cococurv sejak Februari iaitu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi. Sampai sekarang saya terus istiqomah dalam hal ini. Saiz baju saya kini M dan dulu 2XL. Ukur lilit pinggang pun daripada 39 sentimeter jadi 30 sentimeter.

“Kalau ada yang cakap saya jumpa doktor untuk potong usus atau pembedahan apa apa sekalipun, percayalah saya nak keluar rumah pun tak boleh sebab Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan dikuatkuasakan. Tak baik fitnah cakap saya jumpa doktor. Memang taklah, melainkan jiran sebelah rumah,” kata Man

Sementara itu, Cococurv yang mula berada di pasaran sejak tahun lalu terus mencuri perhatian ramai. Hanya selepas sebulan dilancarkan, produk itu berjaya mendapat sambutan hangat. Tidak hanya di Malaysia, produk diusahakan Liena dan rakan kongsinya itu juga berjaya menembus pasaran negara seberang, Indonesia.

Biarpun sering diuji dengan pelbagai dugaan yang cuba menjatuhkan produk itu, Cococurv terus mencipta magis dan meraih kepercayaan ramai bagi mereka yang mahu menurunkan berat badan. Minuman kesihatan berperisa Coklat Belgian ini jika diamalkan secara konsisten dan dibantu dengan pengambilan detoks Berry Curv mampu memberikan hasil diingini. Tanpa perlu menahan lapar, mengikat perut, memeningkan kepala dan bersenam, pengambilan Cococurv yang diformatkan dalam bentuk sachet mampu mengurangkan berat badan sekitar 3 ke 5 kilogram dalam tempoh seminggu. Cococurv dihasilkan dengan ramuan tepung koko, fructose, krimer non dairy, hoodia, guarana dan Aloe Vera.



Untuk mendapatkan produk ini boleh mengikuti Instagram @cococurv_hq atau @cococurv.lienaBagi yang ingin menjadi agen menambah pendapatan dan mengubah nasib hidup boleh menjadi stokist & agent dengan menghubungi talian HQ 011- 55554175.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment