MENIKMATI HIDANGAN FUSION DI ANGGUN CHEF CAFE RESTAURANT MITEC - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Selasa, 8 September 2020

MENIKMATI HIDANGAN FUSION DI ANGGUN CHEF CAFE RESTAURANT MITEC

 

Jom ikut Seri Wangi jalan-jalan cari makan...dah lama tak keluar kawasan sejak bermulanya PKP hingga sekarang, nasiblah sekarang dah boleh kuar kalau tidak maunya boringkan? Asyik fikir nak gi kuar dengan kekawan gi mana-mana, tapi...yang utama cari tempat makan yang best-best jer! Dah lama tak melepak and membawang and mengopi...haaaa...tapi kita bukan kaki lepak kalau takde benda yang penting melainkan buat kerja...!Okay kali ni Seri Wangi dipelawa lunch the best place and nama pun unik iaitu di Anggun Chef Restoran...pasti korang terbayangkan chefnya seorang wanita yang cantik kan? Haaaa....silap tu...ownernya yang anggun and ayu.

Dekat jer restoran ni kalau dari rumah Seri Wangi, Anggun Chef Cafe Restaurant ni terletak kat South Entrance (MITEC). Bila jejak kaki masuk ke bahagian dalamnya nampak di sudut ruang restorannya yang unik dengan susunan meja dan hiasan dalamannya yang kemas,cantik dan selesa buatkan hati Seri Wangi berasa tenang duduk santai menikmati hidangan yang disediakan, lebih-lebih lagi dengan layanan mesra staf-staf mereka.








Anggun Chef Cafe Restaurant adalah dimiliki seorang wanita anggun iaitu Mimie Azura Mohammad. Anggun Chef menyediakan hidangan  elegan dan gabungan malaysia asli dengan dedikasi dalam mencipta hidangan yang enak and fusion.

"To move people with the sheer power of creativity and food is Pure Passion


Menu Hidangan Anggun Chef  Cafe


Memang enjoy menikmati hidangan di Anggun Chef Cafe Restaurant seperti hidangan fusion yang enak-enak belaka, desert and minuman panas dan sejuk, semua memenuhi citarasa Seri Wangi. Korang patut cuba merasai menu-menu di sini.


Hidangan Menu-Menu Hidangan Anggun Chef Cafe


Nasi Lemak Rendang Peanut Butter (RPB)
Marinara & Margherita Pizza

Nasi and Asam Pedas Daging Tetel


Speghetti  Asam Pedas Lamb Grill

Desert dan Minuman

Mim's Seri Muka

Desert

Desert

Frozen Virgin Margarita, Apple Mint Virgin Mojito, Blueberry Virgin Mojito  

Caramel Machiato, Lemon Basil, Paris Tea Drop 

Latte

Hmmmm...sedap kan? Sebenarnya banyak lagi pilihan menu-menu yang menarik dan enak yang korang boleh cuba sambil duduk santai dengan kekawan...jangan membawang and gosip-gosip hal orang sudahlah....!



Korang kalau nak tau nilah Coffee Machine Handmade Painting yang satu-satunya di Malaysia dan hanya satu di seluruh dunia..bukan calang-calang tau...!


"Today Is a Good Day" korang jangan lupa amik gambar ataupun video di buaian yang terletak kat pintu masuk Anggun Chef ni sebabnya setiap RM1 dari #AnggunCradle akan disalurkan ke Pusat Baitul Hidayah, Sri Puchong Selangor. 



 


Untuk maklmat lanjut berkenaan Anggun Chef  Cafe Restaurant

WEBSITE

FACEBOOK

INSTAGRAM

LOCATION

Anggun Chef
South Enterance (MITEC)
8, Jalan Dutamas 2
Kompleks Kerajaan 
50480 Kuala Lumpr, W.P

WAKTU
Dibuka setiap hari termasuk
weekend and public holiday
Dari 7am - 9pm


#AnggunChefCafeRestaurant   #AnggunChefRestaurant  #AnggunChef  #AnggunCradle
#EleganceInFlavours #AnggunGroup







14 ulasan:

  1. Nampak menarik sangat semua menu makanan yang dihidangkan disini. Bolehlah lepas ni ajak orang tersayang hee

    BalasPadam
  2. wah.. cantiknya reaturan ni.. dia punya susunan dan perabot dia tu .. geram pulak tengok kerusi berwarna biru tu..macam bentuk bunga kembang kan? haha.. hidangan pun nampak menyelerakan...

    BalasPadam
  3. cantiknya kedai ni, ilumination dia pun cantik gila.. style ala2 coffee shop tapi main course dia bukan calang,... gonna be sure nak stop by this shop bila turun kl nt.. thank you sharing

    BalasPadam
  4. Betul2 fusion menu2 dia kak. Worth to try. Tempat pun selesa nampknya.

    BalasPadam
  5. walaupun menu dia sama dengan menu kedai lain tapi resipi dia macam berbeza. Cantik pulak tu restoran dia, sesuai dengan nama Anggun tu

    BalasPadam
  6. Cantik tempat.ni. suka tengok. Nampak kelasnya yang tersendiri. Moga terus sukses

    BalasPadam
  7. The decoration kat kedai Anggun Chef Cafe ni sgt cantik dan makanan pun sangat menarik o.. Suke ambient cafe macam ni.. Nak go try la nanti 🙏thanks for sharing ya...

    BalasPadam
  8. Makanannya nampak sedap dan suasana di restoran juga nampak anggun dan selesa.

    BalasPadam
  9. Wowwww cantiknye tempat dia. Macam macam menu ada kat sini. Nanti bolehla cuba kat sini

    BalasPadam
  10. Fuhh cantiklah restoran Anggun Chef ni. Dari jual sambal, ke café dan kini ke restoran. Milestones yang membanggakan. Tahniah! Nanti nak pi makan sana. Hehe

    BalasPadam
  11. Meriah tengok restoran dekat Mitec ni. Sesuai juga bawa family makan dan jalan sini. Next time dpt KL nak singgah jugalah

    BalasPadam
  12. Saya macam rasa pernah singgah makan di sini masa follow anak ada hal di area sana, cuma Saya takde amik gambar, anak ada... kalau yee memang sedap menunya...tak silap masa tu anak makan pizza, pun sedap...

    BalasPadam
  13. Wow nampak sdap semua makanan kat sini.. Nnt bawak la za makan kat sini pulak. Hahha

    BalasPadam
  14. Wahh eksklusif makan gitu. Sesuai pergi dgn pasangan ni mood romantik. Speghetti Asam Pedas Lamb Grill nampak menyelerakan. Curious rasanya

    BalasPadam

Thak You For Your Comment