Kita Ke Kampung lagi belum habis lagi jelajah kampung di Haji Doraini, banyak lagi aktiviti menarik orang kampung terutamanya yang bersawah padi, bila time musim padi paling utama yang mesti korang tau ialah 'Orang-Orang' (Scarecrow). Tujuannya diletak 'Orang-Orang' ni ialah untuk menakutkan burun-burung dari memakan padi. Hmmm...aktiviti kami kali ni ialah buat 'Orang-Orang' korang agak-agak kami boleh ke buat 'Orang-Orang' ni?
Lawak gak bila masing-masing dengan kreatifnya reka 'Orang-Orang' dengan pelbagai gaya, tujuannya kita nak cari 'Orang-Orang' yang betul-betul menakutkan burung-burung di sawah tapi dah jadi macam-macam fesyen pulak...ada reka macam pengantin, ada yang siap dengan dapur sekali and ada yang letak basikal..haaaa...happy jugak...Seri Wangi? Namanya Mak Lampir tapi tak menakutkan pun.
Laman Tebu Aidil Orked - kali ni kita bersarapan di tempat yang sangat viral di Sungai Besar iaitu Laman Tebu Aidil Orked yang beralamat di Parit 3, Sg Haji Dorani, Sungai Besar, memang femous di kawasan sekitar, port menarik korang duk lepak sambil minum air tebu manis dan layan makan kepak madu,tongkeng madu, laksa, nasi lemak and lontong kuah kacang pun ada dengan di kelilingi pokok-pokok tebu yang tersusun cantik, lagi cantik untuk berselfie bagai, budak-budak kampung happy jer...terjun palong mandi-manda, tak payah nak gi kolam renang.
Memang best duduk santai dengan pemandangan di tepi sawah dan laman-laman tebu, bunga orked yang cantik serta pokok bongsai juga menarik orang ramai. Makanan dan minuman pun dijual dengan harga murah memang berbaloi. Di samping itu kami juda dapat melihat demo cara mencantas pokok bongsai dari Maharaja Bongsai memang bukan mudah untuk menjaga pokok bongsai ni. Kehadiran YB Puan Hajjah Rodziah binti Ismail menyerikan lagi suasana di Laman Tebu Aidil dengan memberi sumbangan dan cenderahati kepada owner Laman Tebu Aidil. Maklumat lanjut bolehlah layari FB Laman Tebu Aidil Orkid
Pasar Jerami Ban Kenal yang terletak di tepi jalan besar dekat Sungai Besar memang femous sebab ianya menjual pelbagai jualan produk kampung, sambil berehat di Jalan Parit 4 Timur, Sungai Besar sambil menikmati makanan yang dijual dan juga port menarik untuk korang berselfie dengan pemandangan Sungai Besar yang memang cantik pemandangannya.
Nata De Coco - Aktiviti diteruskan dengan lawatan di Kilang Nata De Coco, produk tempatan yang terletak di tepi jalan besar, Sungai Limau, Sungai Besar dan cara pemprosesannya pun bukan mudah, kita tau makan jer..haaaa lagipun memang sedap kalau makan sejuk-sejuk.
Demo masakan jawa - Kali ni kita belajar lagi masakan jawa asli yang jarang kita makan dan dijumpa di luar melainkan di kampung Sg Haji Dorani, Seri Wangi pun tak pernah makan, first time dapat rasa dan makan, cara masakan pun remeh jugak kecuali kalau yang dah biasa jadi....kita makan jerlah!! Makanan jawa yang sedap ni macam Ubi Getuk, Ketiwol, Puten.
Ubi Getuk - Seri Wangi pernah makan tapi lain yang asli Ubi Getuk kampung Haji Dorani ni...kalau nak buat memang banyak kerja jadi kita makan yang dah dibuat ni. Nama pun Ubi Getuk, memang leceh jugak time nak buat korang kena tumbuk ubi yang direbus hingga hancur.
Ketiwol - Kalau korang nak tau makanan Ketiwol lagilah remeh bagi Seri Wangi, tengok cara dan resepinya dah buat kita geleng kepala kalau nak buat sendiri sebabnya caranya ubi kayu tu kena direndam beberapi hari dan dikukus,sedap memang sedap.
Puten juga makanan tradisi jawa memang tak pernah dengar and makan rupanya Puten ni masak macam nasi lemak gak.. yang dikepal dan lawannya dengan sambal cili hijau, rasanya korang pun tak pernah makan.
Roti Canai Terbang - Korang semua tau roti canai kan? Sapa yang yang tak suka makan roti canai, kalau gi kedai mamak memang beli roti canai, tapi bukan semua orang tau buatnya, menguli dan menebar roti canai. Kali ni kita dapat peluang tebar roti canai sendiri, kemain lagi masing-masing gelak tengok kekawan tebar roti canai, nasib baik tak terbang. Seri Wangi memang tak cuba langsung takut kena gelak nanti haaa....tapi memang selut kat kekawan yang gigih belajar cara nak tebar roti canai.
Tangkap Ikan Sawah (Keli) - Aktiviti terakhir kami kali ni tangkap ikan swah kat bendang. Dengar memang takut jugak tak pernah dalam sejarah Seri Wangi tangkap ikan sawah, tapi ikan yang kami akan tangkap dah pun dibuang sengatnya, kalau orang kampung mengail di parit/palong sudah biasa dan mencari ikan di bendang yang penuh dan selut...memang satu pengalaman yang berharga walaupun kempunan tak dapat tangkap ikan swah yang memang licin dan berselut, memang mencabar betul...yang mana dapat tangkap tu kiranya terrorlah korang..haaa!!!
Dah habis discover kampung Sungai Haji Dorani, banyak kenangan dan ilmu yang dapat kita kutip, lain kampung, lain tradisi, adat dan budaya mereka. Seri Wangi nak ucapkan terima kasih kepada
Gaya Travel Magazine,
UPENS dan
Tourism Malaysia serta penduduk kampung Kanpung Parit 2, Sungai Haji Dorani yang peramah.
@gayatravel @nuargtm @nazmirazali
yang menetap di bandar pasti akan teruja bila buat aktiviti macam ni kan? seronok dan dapat pengalaman baru
BalasPadamwah! bestnya akak ke sana. so far khai memang ingat dorani memang janjikan pelbagai tarikan. especially tangkap ikan tu meletopppp!!!!
BalasPadamBestksn dapat cuba aktiviti di Kampung..buat orang-orang, masak2, tangkap ikan semuanya best
BalasPadamwah seronoknya masuk ke kampung dan buat aktiviti2 tu. memang mengimbau zaman2 kecil dekat kampung. sekarang bila dah tinggal di bandar memang rindu kampung. :)
BalasPadamBestnya dapat peluang mcm nie. Sy nie pon duduk kampung tp pengalaman yg kak Halimah cerita nie xpernah sy alami dan rasa. Bertuah kak Halimah
BalasPadamBest betul aktiviti-aktiviti kat kampung tu.. luculah orang-orang tu.. kalau malam nampak ni.. mahu takut juga dibuatnya .. 🤣
BalasPadamSeronok betul dapat merasai kemeriahan hidup kampung sebegini. Budak2 sekarang ramai yang tak tahu kehidupan sebegini. Kena bawa mereka semua
BalasPadamBestnye dapat makan-makan kat sini. Ayam bakar dia tu nampak sedap sangat
BalasPadamWahhh dapat belajar cara mencantas bonzai pulak.... Teringin nak ada koleksi bonzai tersendiri tapi laman rumah yang terhad x sesuai pulak... Best aktiviti kat kampung ni.. Byk pengalaman baru kan...
BalasPadamSukalah ygk kawasan kampung ni. Cantek sangat. Best dpt explore kat sini
BalasPadamso much fun at Laman Tebu Aidil Orkid. Enjoy your trip best best tau
BalasPadamKita tengok hiasa orang-orang kat sawah pagi tu seram sangat hehehehe tapi menarik kampung macam ni banyak aktiviti boleh buat dan makanan semua original tu paling best...
BalasPadamseronoknya aktiviti yang dianjurkan di kampung nih... teringin nak pegi join semua tapi tu la tak leh lagi...hihih
BalasPadamsinggah sini ^^Y
BalasPadamhttps://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/09/aku-bagi-kotak-misteri-pada-blogger.html
seronok la aktiviti ni semua.jauh dari kesibukan kota :-)
BalasPadam