Peribahasa today ~ Masuk Kandang Kambing Mengembek
Masuk Kandang Kerbau Menguak
Maksudnya ~ Bila kita berada di tempat orang atau negara orang, kita harus ikut adab atau aturan tempat itu.
Dah lama Seri Wangi berperibahasa, kalau time sekolah dulu-dulu memanglah rajin berperibahasa. Apa kaitannya dengan peribahasa ni dalam entry Seri Wangi kali ni? Saja....nak cerita kalau kita masuk ke tempat orang, jadi kita pun kenalah ikut cara adab di tempat orang. Macam Seri Wangi jugaklah kali ni Seri Wangi mengikut trip ke kampung orang, jadi kita pun kenalah ikut adab kampung orang. Setiap tempat, setiap negara...tidak sama cara kehidupan mereka, adat mereka, makanan mereka, budaya dan tradisi mereka. Jadi kali ini Seri Wangi bawak korang menyelami kehidupan kampung.
Kita ke Kampung 2.0
Day 1 - Kita ke Kampung pada 11-14 September 2020 Seri Wangi bersama rakan-rakan media pergi ke Kampung Parit 2, Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Sabak Bernam. Selama 4 hari 3 malam kami bermalam di A+Boutique Hotel, Sabak Bernam. Dah lama Seri Wangi jalan-jalan masuk kampung, seronok jugak bila kata hendak melihat suasana kampung yang ada sawah padi, melihat kehidupan petani di sini yang mata pencarian mereka adalah bersawah.
Kedatangan disambut dengan paluan kompang Kg Parit 2 dan meninjau sekitar kawasan bendang yang luas menghijau dengan suasana nyaman.
Sambal Taun kalau kita dengar pun memang takut... haaaa! Pelikkan nama masakan jawa ni..demo masakan Sambal Taun oleh Wak Yatim, rupa-rupanya senang jer nak sediakan, sedap pun sedap tapi korang tentu ongat sambal taun ini macam sambal tumis, dikatakan sambal taun boleh tahan Setahun dan bersantan.
Seri Wangi dah pun rasa Sambal Taun masakan jawa ni...memang sedap terasa kalau Seri Wangi namakan masakan gulai sebab berkuah dan putih. Ramuan utamanya ialah kulit lembu, campur hati, perut, bolih jugak ganti dengan daging/daging tetel/ayam, bawang besar, udang kepin, lengkuas, cili api, asam keping dan santan. Senang jer nak masaknya nanti boleh tray.
Dinner time makan masakan kampung dengan hidangan dalam dulang memang best. Ada daun pucuk ubi, sambal taun, masakan daging kicap, telur masin, memang sedap sangat.
Permainan Trompet jangan ingat kami main trompet pulak yer...lepas dinner kami diberi peluang belajar sendiri buat trompet dengan daun kelapa, lebih kurang macam serunai. Kalau tengok orang buat memang macam mudah jer..tapi susah gak tau kalau tak kena gaya tak menjadi trompet korang, tak kuar bunyi haaaa....!!Jenuh gak Seri Wangi nak menggulungnya last minta tunjuk kat cikgu yang apakar buat trompet daun kelapa tu, barulah kuar bunyinya. Kalau ramai-ramai tiup boleh dengar macam-macam bunyi, geli hati pulak dibuatnya.
Day 2 - Kita Ke Kampung kali ini aktiviti menarik jom ikut Seri Wangi kita petik jagung kat Parit 10, Kg Sungai Panjang. Walaupun dah biasa tenguk ladang jagung dari jauh tapi kali ni kita tengok sendiri dari dekat tanaman jagung manis yang menghijau, memang cantik bila berselfie.
Ladang jagung yang terdapat di Parit 10, Kg Pasir Panjang ialah jenis jagung manis yang ditanam seluas 100 hektar dan setiap petani mengerjakan tanama jagung seluas 1-3 ekar serta ditanam secara berperingkat-peringkat untuk stragek pemasaran agar bekalan jagung tidak putus dan berterusan. Tanaman jagung dah bolih tuai antara 60/70 hari dan dibekalkan sekitar selangor dan lembah klang. Antara makanan yang dibuat dari jagung manis ialah cekodok jagung, lepat jagung dan air jagung dan juga jagung rebus memang manis isinya and kalu korang rajin bolih bakar jagung mentah kemudian sapu dengan mentega masa panas-panas...fuuhh..memang sedap.
Rewang kalau kat kampung time nak kenduri ataupun ada kenduri kawin, belah siangnya orang kampung akan berkumpul ramai-ramai rewang untuk sama-sama bergotong-royong memasak sebelum majlis kenduri/kenduri kahwin. Dan pastinya masakan di sini kebanyakkannya masakan jawa dan berlainan dari tempat-tempat lain. Jom kita rewang tengok masakan kali ini yang akan ditunjukkan oleh Wak Yatim yang memang pakar masak memasak masakan jawa.
Kali ni kita belajar masakan Sambal Cili Hijau dan Pecel Lele, sebelum tu kita dah belajar masakan Sambal Taun. Kalau korang nak tau Sambal Cili Hijau memang pedas sebab bahan dia cili api, ikan bilis, bawang merah, bawang putih, halia, asam keping. Memanh kaw..kaw pedas gitu...jangan lupa lawan dia pucuk ubi rebus memang tak tinggal.
Satu lagi masakan tradisi jawa iaitu Pecel Lele ni guna santan makan dengan pucuk ubi rebus memang sedap, bahan-bahan lain rahsia...haaa!!
Siang tadi kita dah rewangkan?jadi sebelah malamnya kita kendurilah. Pakaian pun mestilah pakaian tradisonal pakai baju kurung, kebaya, baju melayu dan makan pun atas tikar, duduk bersila...seronok kan? Dah lama tak pergi kenduri di kampung, dengan cara begini dapat mengeratkan lagi silaratulrahim antara penduduk-penduduk kampung. Majlis kenduri pula dihadiri oleh YB Pan Hajah Rodziah binti Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Negeri Selangor.
Okaylah dah selesai dah acara dan aktivit Seri Wangi sertai jelajah Kg Parit 2 dan sekitarnya dan banyak pengalaman tentang tradisi kehidupan kampung yang Seri Wangi dapat kongsikan bersama akan tradisi mereka, sumber pendapatan mereka.makanan, adat dan budaya mereka.
Belum habis lagi nanti ikuti sambungan Part 2 Mengenali Tradisi Kampung Parit 2.
Menariknya aktiviti Kita Ke Kampung 2.0 ni.. Banyak pengalaman yang best, dpt rasa masakan kampung ori dan belajar budaya mereka...
BalasPadamKg daroni mmg famous kalau x silap saya. Byk aktiviti menarik boleh dilakukan di sini
BalasPadamTrompet tu serius menarik bila baca. LH pula yang terasa nak cuba buat. Haha
BalasPadamSeronoknya dpt menikmati suasana kampung dgn pelbagai aktiviti mcmni utk kenali barang2 tradisional semua.
BalasPadamSeronoknya tengok kak limah enjoy moment di kampung. Best kan hidup kat kampung ni. Macam macam boleh buat.. Makanan kampung semua sedap2
BalasPadamBestnya kak dpt visit kg orang... Kita teringin nk pergi area sg besar ni... Macam2 boleh buat kan... Aktiviti yg pelbagai...
BalasPadamDah lama tak merasa suasana kampung macam ni. Rindu sangat kan.
BalasPadamBestnya dapat pergi melawat kat kampung. Boleh lar lebih dekat dengan alam semula jadi di samping dapat merasai kehidupan orang kampung kan. Wow ada juga sajian tradisional. :)
BalasPadamBestnya bila balik kampung ni bukan sahaja suasananya tapi juga kepada makanan yang memang sangat sedap dan juga tradisi yang masih dikekalkan orang kampung. Best rasa nak balik kampung kat Selangor lama tak balik sana...
BalasPadamWah banyaknya aktiviti dekat kampung tu. Kawasan titi tu mcm familiar je tempat dia. Hehe
BalasPadamwah seronoknya tengok akak kat celah celah pokok jagung tu..rasa nak pergi sana sekarang..pernah pergi sungai haji dorani ni tp tak pernah nampak jagung tu :D
BalasPadamwah seronoknya kan suasana kampung. mesti semua orang teruja
BalasPadamseronok nya suasana + buat aktiviti kmpung... rasa teringat kembali zaman budak2 dulu :-)
BalasPadamkampung ni femes kan, selalu masuk tv. termasuklah sambal taun tu. macam manalah rasanya yek... nyum nyum
BalasPadam