Kerajaan Negeri Selangor melalui Agensi Promosi Pelancongan rasmi iaitu Pelancongan Selangor pada gear-5 untuk mengatur semula industri pelancongan negeri pasca Covid-19. Antara salah satu inisiatif penting yang telah berkembang adalah pengenalan Pelancongan Domestik Selangor. Kempen promosi "Pusing Selangor Dulu" setelah pelaksanaan Perintah Pemulihan Pergerakan.
Right-up-the-alley Tourism Selangor bersama KidZania KL, Mutiara Damansara bergabung untk menjayakan program Media Fam Trip yang diadakan pada 26 Ogos lepas. Ianya memberi peluang kepada para media mengambil bahagian untuk menyertai aktiviti-aktiviti di KidZania yang terkenal dengan Taman Teman Kanak-Kanak yang mana menawarkan permainan kerjaya dan pastinya sangat menarik. KidZania juga telah mengadakan promosi istimewa RM31 sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke 63 yang lepas.
Promosi KidZania KL
KidZania Kuala Lumpur telah menawarkan promosi "Merdeka GempaKZ" kepada semua golongan dewasa sehingga kanak-kanak dengan harga masuk RM31 untuk semua tiket di mana harga tiket normal ialah RM50 untuk orang dewasa dan RM95 untuk kanak-kanak. Memang sangat berbaloi sesiapa yang telah menempahnya sebelum 31 Ogos lepas.
Promosi ini bertujuan untuk menyokong kempen Pelancongan Selangor yang bertemakan "Pusing Selangor Dulu" bertujuan bagi menarik penduduk Selangor dan mereka yang tinggal di Lembah Klang untuk mendapat promosi yang hebat.
"Sejak KidZania Kuala Lumpur dibuka semula pada Julai 2020, kami telah menerima sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai. Kami bermula dengan memberi penghargaan kepada barisan hadapan Malaysia dengan memberi mereka tiket percuma dan diskaun yang agak besar untuk ahli keluarga mereka. Kini bersempena dengan bulan kemerdekaan kami ingin memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada rakyat Malaysia yang telah berkorban dalam memerangi penyebaran wabak Covid-19 dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP), " kata Shahrul Nizar Ahmad, Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur.
Shahrul juga memberi jaminan kepada orang ramai bahawa KidZania KL sentiasa mematuhi SOP dan garis panduan yang komprehensif bagi semua pekerja dan pelawatnya dengan melatih tenaga kerja mereka. Beberapa kaedah termasuk penyediaan terperinci dan pembersihan kawasan dalam premis KidZania. Protokol kemasukan yang ketat untuk pelawat dan pematuhan penjarakan social juga akan dikuatkuasakan, sementara jumlah kapasiti akan dihadkan. Pembersihan tangan juga akan ditempatkan secara strategik di seluruh kawasan untuk kegunaan para pelanggan.
Aktiviti KidZania KL
KidZania Kuala Lumpur adalah sebuah pusat hiburan sambil belajar tertutup pemegang anugerah. Ia adalah pusat pertama seumpamanya yang menawarkan pembelajaran interaktif dan pengalaman lakon peranan yang menyeronokkan untuk kanak-kanak. KidZania juga dapat memberikan inpirasi kepada kanak-kanak untuk mengejar cita-cita mereka apabila telah tamat persekolahan dan pembelajaran dan mengamali dan merasai sendiri pengalaman hidup dan bekerja di sebuah kota. Sasaran KidZania adalah kanak-kanak berumur di antara 4 sehingga 14 tahun dan mereka boleh memilih daripada lebih 100 peranan pekerjaan dalam lebih 60 pertubuhan di kota tersebut. Dan seolah-olah mereka di dunia sebenar, kanak-kanak tersebut akan menggunakan matawang apabila dibayar gaji selepas melengkapkan "tugas" mereka atau berbelanja untuk membeli sesuatu barangan dan mendapatkan hiburan. KidZania adalah sebuah replika yang dibina menyerupai kota bersaiz kanak-kanak yang dilengkapi dengan bangunan, jalan raya, kenderaan, ekonomi yang berfungsi dan destinasi yang boleh dikenali dalam bentuk "pertubuhan" yang ditaja dan menampilkan jenama daripada syarikat multinasional tempatan.
Okaylah tentu ada yang belum pusing selangorkan? Jadi datang dulu ke KidZania Kuala Lumpur sebelum korang pusing-pusing selangor...haaaaa...sekarang kita buat trip dalam negeri yer....
Maklumat lanjut bolehlah layari di sini:
WEBSITE KIDZANIA
WEBSITE TOURISM SELANGOR
Ala.. Dah terlepas harga promo. Belum pernah bawak anak2 ke sana lagi.. 😊
BalasPadamMusim Covid-19 ni rasanya masih ramai yang belum yakin untuk bawa anak2 keluar kan. Tapi sebenarnya jika kita follow SOP yang disediakan inshaAllah takde pape. Moga dengan penurunan harga ni dapat merancakkan lagi kedatangan pengunjung ke Kidzania
BalasPadamMenariknya Kidzania ni.. Macam-macam ada dimana kanak2 boleh discover minat mereka juga ni... 👍
BalasPadamyup betul ...sekarang pun tengah pusing negeri Selangor dulu sebagai destinasi travel ....anak pun dah tanya gak pasal kidzania....InsyaAllah ada rezeki pasti ke jejak sana
BalasPadambestnyaaa. kidzania ni tempat yang bagus untuk bagi pendedahan awal pada kanak2.
BalasPadamTempat macam ni lagi best dan juga lagi selamat untuk bawa kanak-kanak bercuti sebab dalam bangunan hehehehehe bestnya kita nak masuk tapi malu....
BalasPadamDah lama tak gi kidzania bawa anak2.. tapi berada di sini mmg seronok
BalasPadambest best. kidzania ni memang tempat famous ni. baguslah untuk kanak-kanak beriadah :)
BalasPadamTeringin gak nak masuk dalam Kidzania ni walau takde anak kecik..nampak menarik dan menghiburkan bila nengok gelagat kanak-kanak kannn...
BalasPadaminsyaAllah all will be well. follow sop baik2, ambik suplemen, makan yang seimbang insyaAllah ok
BalasPadamPernah hantar anak buag kat kidzania tapi belum pernah masuk ke dalam lagi.
BalasPadamSuch place is really safe and of course will be lots of fun for little ones right? :)
BalasPadamdah lama tringin nak pegi kidzania ni.. hopefully nanti berkesempatan pergi.. sbb menarik activiti yg ada
BalasPadamdah lama teringin nak bawa anak-anak ke Kidzania ni. best ada promo berbaloi . boleh lah grab nnt
BalasPadamMenarik ni. Kira ada idealah kalau nak jalan KL nanti takdelah anak bosan
BalasPadamWah sekarang dia bagi dewasa masuk utk rasa pengalaman sekali. Dulu tak bagi masuk hanya utk kanak2 je.
BalasPadamBestnya la.. teringin nak bawak anak ke situ. Tapi jauh...
BalasPadamErm..
Boleh tahan juga harga tiket masuk tu kalau takde diskaun .
Klau anak ramai, memikir mikir juga ni.
Hihihi