RESEPI UNTUK KEMPISKAN PERUT "JUICE FOR TUMMY" HANYA GUNA EMPAT BAHAN DI DAPUR YANG BERKHASIAT UNTUK KESIHATAN DALAMAN DAN LUARAN - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Ahad, 23 Ogos 2020

RESEPI UNTUK KEMPISKAN PERUT "JUICE FOR TUMMY" HANYA GUNA EMPAT BAHAN DI DAPUR YANG BERKHASIAT UNTUK KESIHATAN DALAMAN DAN LUARAN

 


Seri Wangi faham problem kebanyakan wanita terutamanya tentang perut buncit kan? Sapa yang tak nak body dorang tu ramping macam kerengga, tapi...biasalah bila dah beranak-pinak memang tak boleh nak control walaupun kita dah berusaha...betul tak?  Makan pun main balun jer...Haaa...termasuklah Seri Wangi nampak jer...badan kecik tapi perut memang tak boleh control nak kempis...! Jom tray resepi mudah ni...korang kenalah rajin minum kalau nak nampak kesannya lagipun resepi ni sangat mudah korang tak payah nak masak-masak bagai dengan hanya 4 bahan di dapur yang berkhasiat...tapi kalau ni pun korang malas nak buat....hmmm....tak dapet den nak menolongnya...haaaaa


Resepi "Juice For Tummy"

Bahannya

1 biji Timun dihiris nipis

1 biji Lemon dihiris nipis

Daun Pudina ikut suka nak letak banyak mana

2 inci halia dihiris nipis 

air secukupnya (Untuk 1 Jug)





2.  Caranya mudah jer....sediakan air masak ke dalam jag ataupun botol minuman and masukkan lemon. halia, timun dan daun pudina. Kemudian bolehlah simpan dalam peti sejuk and sedia untuk diminum. Seri Wangi suka simpan dalam botol supaya nak bawak jalan-jalan.  Mudahkan? tak susah mana.

Khasiat

Halia dapat merawat pengedaran haid, mengurangkan demam selsema, sakit kepala, pening, arthritis, sakit jantung, masalah pencemaran dan masalah pernafasan.


Daun Pudina - Daun pudina herba memang mempunyai aroma yang memang dapat menenang fikiran, penawar batuk, merawat penyakit yang berkaitan dengan paru-paru, demam selsema, membuang angin dalam badan dan menghilangkan ruam kulit. Paling bagus daun pudina jika dicampur dalam minuman teh dapat membuang angin dan bau aroma teh menyegarkan minda.

Timun - mengeluarkan lendir dari sistem pencernaan, sebagai detox, memnunh bacteria dalam mulut, merawat masalah kulit, timun mempunyai tiga vitamin iaitu vitamin A,B,C dan dapat merawat kencing manis, kolestrol dan tekanan darah serta memulihkan mata.

Lemon -  dapat elalakkan masalah penghadaman, mengangtif dan membersihkan organ hati bertindak sebagai vitamin C, bersifat alkali, elakkan masalah sembelit, sebagai antibiotik dan antioksidan, berkesan untuk turunkan berat badan dan juga membantu menghadam lemak degil, bantu rawat saki tekak, selsema, membakar lemak, hilangkan bau mulut serta cara mudah singkirkan lemak perut.

Wau....banyakkan khasiat-khasiat herba di atas jadi...apa tunggu lagi amalkan minuman yang berkhasiat.


Seri Wangi memang suka minum juice sebab sedap dan dapat hilangkan dahaga dan segar.



16 ulasan:

  1. Sedap nampak air ni. Ye lah dah kahwin ni kalau perempuan memang naik kat perut ni haa....ada halia dalam ni boleh la buang angin dalam badan. Bagi ringan sikit.

    BalasPadam
  2. patutlah kak limah kekal selim melim. kena cuba gak la. boleh selim pasni hahaha

    BalasPadam
  3. Tulah. Badan kurus tapi perut buncit. Makan pula banyak 🤣

    BalasPadam
  4. I pun pernah try buat this detox drink. It’s also very refreshing and thirst quenching. I love it!

    BalasPadam
  5. sama!!! tapi atie tak letak timun... atie banyakkan halia.... lama dah minum.... cuma makan pun tak control..so buncit tak hilang :(

    BalasPadam
  6. nampak pun air ni mmg sangat menyegarkan..boleh try nanti...bagus utk kempiskan perut ya...menarik ni

    BalasPadam
  7. Boleh try buat air detox ni nanti. Semua bahan pun senang je nak dapat

    BalasPadam
  8. Rawlins pun layan air nie - cuma tak letak timun je setakat nie. Suka rasanya

    BalasPadam
  9. Rajinnya sis sediakan bahan2 utk air detox ni. Ada buat jual tak? Nk order haha. Memang suka detox ni, makanan dkt luar bukan elok sgt. Baik kita bersihkan dalaman terus

    BalasPadam
  10. Sedap ni buat air ni.. Menyegarkan.. Perut pun mesti rasa selesa je.. Cum anak buat tu tunggu rajin.. Hehehe..

    BalasPadam
  11. Fuhhh minuman ni sedap. Saya suka. Siap kunyah daun pudina tu. Nanti nak buat. Dah lama juga tak buat infused water camni. Detox detox.

    BalasPadam
  12. wahh da lama tak buat air detox sendiri.. biasa iena buat lemon dengan daun pudina je..takde letak timun..okay nanti nak cuba add timun :)

    BalasPadam
  13. ciktom pun suka buat dan minum air detoks ni..tapi sejak ada baby ni dah lama xbuat..patut la akak slim jee..

    BalasPadam
  14. Ni kalau nama english dia kita panggil 'Infuse Water'. Memang sama bahan dia, and memang bagus untuk perut kita.

    BalasPadam
  15. Thanks for the tips, kat rumah i always make lemon infused water. Next time i masuk timun, halia, and mint leaves.

    BalasPadam
  16. lama tak buat air detox nih , kadang2 campur serai jugak....tengok entry ni terus azam nak buat balik, tapi seriusnya memang bagus ...kawan2 kawan pun ramai yang buat camni ....

    BalasPadam

Thak You For Your Comment