Resepi Asam Pedas Daging Tetel - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Rabu, 1 Julai 2020

Resepi Asam Pedas Daging Tetel


Dari Dapur Seri Wangi

Sebelum tu tak pernah pun makan asam pedas daging tetel ni, biasanya kat umah selalu masak asam pedas ikan jer. Masa itu Kak Seri balik Melaka pergi jamuan makan saudara belah suami di Melaka. Menu utama dia masak asam pedas daging tetel...first time makan....ya Allah sedap sangat, kena pulak dengan daun kesum...lagilah wangi baunya...memang berselera.  Sekarang dah Kak Seri selalu masak asam pedas daging tetel, kalau nak masak dengan daging biasa punboleh gak, tapi kalau masak dengan daging tetel rasa lemak-lemak gitu. Biasanya Kak Seri kalau daging tetel ni masak kari dalca ataupun masak lemak cili api....fuh....memang sedap giler...haaaa...tapi kalau nak diet takyahlah makan yer...sebab banyak lemak. Mudah jer nak masak asam pedas daging tetel ni, Kak Seri tak guna banyak bahan, lain orang, lain caranya....janji sedap dan family suka makan.

Kak Seri ni bab nak tulis resepi ni yang paling malas sebab sejenis masak yang tak ikut sukatan, main campak-campak jer...and agak-agak.  Jadinya...korang pun kena agak-agak jugak...haaaa!!

Jom tengok apa bahan-bahannya:

1/2 kilo daging tetel (dipotong sederhana kecil)

Bahan-bahan Dikisar
Cili Kering ikut banyak mana korang hendak
2 Biji bawang besar
6 ulas bawang putih
4 batang serai

1 inci halia

(kesemua bahan dihiris kecil)

Daun Kesum
2 keping asamkeping
garam secukup rasa
gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya.


Cara Menyediakannya

1.  Daging Tetel direbus dulu hingga empuk, bila sudah empuk dan tinggal sedikit air rebusan daging.

2.  Panaskan minyak dalam periuk, bila minyak panas tumiskan pes cili yang telah dikisar tadi hingga naik baunya kemudian masukkan daun kesum yang telah dibersihkan.

3.  Apabila cili sudah garing, masukkan rebusan daging tetel bersama air rebusan tadi. Kacau hingga mendidih dan masukkan asam keping, garam dan gula secukup rasa.

4.  Kacau lagi biar sebati dan mendidih hingga masak dan bolih dihidangkan. Senang jer kan?





Cuci Mata



Selamat Mencuba

#resepiasampedasdagingtetel  #asampedasdagingtetel  #dapurseriwangi  #resepiseriwangi

11 ulasan:

  1. Ok. Boleh share dengan adik nie sebab dia sejenis yang suka nak try resipi baru. Nanti Rawlins jadi tukang rasa hehe

    BalasPadam
  2. eiii memang sedap tau asam pedas daging tetel..kita pun first time makan dulu kat Melaka..hari tu masa PKP housemate masakkan jugak, daging tetel ni buat kari pun sodapppp...

    BalasPadam
  3. Wahhh sedapnye asam pedas tetel. Favourite ni. Thank you share resepi. Boleh try resepi ni

    BalasPadam
  4. Kegemaran ni.Kalau dapat stok daging tetel mesti kena buat asam pedas.

    BalasPadam
  5. Uish. Sedapnya asam pedass. Lama tak makan. Macam nak masak la resipi minggu ni alang2 cheat day ni. Tq for sharing this resipi

    BalasPadam
  6. Sedao ya.. dah lama kita x masak asam pedas.. nanti bolehlah cuba

    BalasPadam
  7. Lama juga tak masak asam pedas tetel ni, sebab sekarang beli tetetl hancur betul laaa, kena campur daging gak kalau masak..

    BalasPadam
  8. Asam pedas memang merupakan antara menu kegemaran saya... walaupun tak boleh makan tetel sebab ia adalah sebahagian daripada red meat, saya akan cuba resipi ni tapi derhaka sikit la, tukar dengan ayam atau ikan kot, boleh ya kak Halimah... hehehehe...

    BalasPadam
  9. Sedapnya asam pedas.. Haritu baru makn kat kedai.. Hehehe.. Nanti nak buat la asam pedas ni. Ada daun kesom memg sedp

    BalasPadam
  10. Wow! Nampaknya sanga sedap lar. :) Pedas ni memang kegemaran saya. Kena suruh si isteri masak ni. :)

    BalasPadam
  11. sedapnya. biasa kita makan asam pedas bila dekat melaka je. tak pernah masak sendiri

    BalasPadam

Thak You For Your Comment