McDonald's Bawakan Seoul Kepada Rakyat Malaysia dengan Spicy Korean Burger - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Khamis, 23 Julai 2020

McDonald's Bawakan Seoul Kepada Rakyat Malaysia dengan Spicy Korean Burger

Feeling Feeling gi Korea gitu...bayangkan korang makan burger kat Korea...haaaa!!

McDonald's Malaysia membawa pelanggan setianya berkunjung ke Korea sebagai sebahagian daripada fasa seterusnya untuk kempen 'Discover the World'.  Selain itu membawa kembali Burger Korea Pedas - yang digemari ramai sejak diperkenalkan pada tahun 2017. McDonald juga mengubah McDonald's Pandu Lalu  Putrajaya menjadi 'little Seoul' mulai hari ini hingga 12 Ogos 2020.


Bertemakan "Pengalaman Seoul" restoren McDonald's dihiasi tanglung, hiasan dinding  dan sebuah tirai latar (background) di luar restoren untuk pelanggan bergambar..feeling...feeling berada kat Korea macam tulah,,,!! Krew restoran juga akan mengenakan pakaian tradisional Korea untuk melayani pelanggan.


"Selama beberapa tahun kempen 'Discover the World' memberi peluang kepada pelanggan kami untuk menikmati pemandangan, bunyi dan citarasa dari pelbagai tempat di seluruh dunia. Kempen tahunan ini merupakan platform penting kami untuk menunjukkan komitmen dalam menyediakan pelbagai jenis menu berbeza dan lazat kepada rakyat Malaysia," kata Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald's Malaysia.
"Kami ingin mengubati kerinduan  untuk melancong ke luar negara dan membawa pelanggan ke destinasi kegemaran mereka melalui hidangan kami. Itulah hasrat kami dengan membawa 'Seoul' ke restoran di Putrajaya sebagai satu pengalaman Korea sebenar di Malaysia," kata Melati.




McDaebak TikTok Challenge 

Bagi menjadikan kenpen ini menjadi lebih menarik, McDonald's Malaysia turut memperkenalkan #McDaebak TikTok Challenge untuk disertai oleh rakyat Malaysia dan memberi peluang kepada mereka untuk memenangi baucar tunai McDonald's. Peserta perlu merakam video mereka ketika menikmati Burger Korea Pedas dan menunjukkan versi transformasi 'Daebak" (hebat) mereka dengan lagu "Clap" di TikTok. Peserta dengan penyertaan yang sah juga layak menikmati diskaun 30% untuk pembelian Burger Korea Pedas berikutnya.   #McDaebak Challenge di TikTok berlangsung sehingga 2 Ogos 2020. Kalau korang nak join bolehlah layari -  www.mcdonalds.com.my/mcdaebakchallenge. 


Burger Korea Pedas


Burger Korea Pedas disajikan dalam dua pilihan - Daging Yang Digril dan Kepingan Ayam Rangup yang dihidangkan bersama keju cair, campuran sayur-sayuran segar, bawang yang digril dan sos Pedas Korea serta diapit dengan roti arang lembut. Burger Edisi Terhad ini boleh didapati di semua restoran McDonald's di seluruh negara sementara stok masih ada. 



Bagi penggemar pencuci mulut mereka juga boleh menikmati 'Black Forest Pie' dengan kulit pie coklat rangup yang padat dengan inti strawberi dan kastard berkrim atau Black Forest McFlurry baharu dengan keenakan strawberi dan coklat dalam aiskrim vanila istimewa McDonald's.



Untuk maklumat lanjut

WEBSITE


#mcdonaldsmalaysia #McDaebaktiktokchallenge  #burgerkoreapedas #mcdonaldspandulalu  #pengalamanseoul  

12 ulasan:

  1. Ni mesti u g gak review kat McD ni... sedap ke? Pelik je nampak burger rona hitam tu sbb tekak x leh makan rasa Korea huhu... bagus pd yg suka.

    BalasPadam
  2. saya tak suka makanan pedas. tapi anak kemain suka order. tak boleh nak berkongsi makanan dengan dia. jadi, jarang nak beli. tapi, bila tengok black forest pie tu macam best pulak

    BalasPadam
  3. Wah!!!!!! Menarik nyer promotion Mekdi buat. Memang deabak! I dah makan Seoul burger and the Black Forest pie.

    BalasPadam
  4. Perghh yang dulu pun tak sempat try burgee korea, nanti kena cuba cuba jugak ni

    BalasPadam
  5. Geram tengok black forest pie tu. Kawan kata sedap. Uishh dapat layan burger korea ni mesti daebak.

    BalasPadam
  6. sy suka burger macam ni sbb kepedasan dia..sekarang ada challenge lagila best dan rasa beria nak try dan join 2 dalam 1 hehehe

    BalasPadam
  7. Promosi dari McD ni mesti best. Nanti nak cuba. Suka pedas korean food. Manis-manis masam pedas kan kak.

    BalasPadam
  8. Khamis baru ni saya dah makan burger korea ni. Memang sedap sangat menepati citarasa saya yang suka pedas ni. Saya pilih beef. Memang lembut dan juicy je rasa.

    BalasPadam
  9. Dah makan dah burger Korea tu, memang sedap..cumaa Lin tak suka roti hitam dia tu hahahaha...tak tau kenapa, lebih prefer roti burger biasa...

    BalasPadam
  10. yeazza...... memang kena try juga ni. Geram je tgk, terbayang rasa sos kOrea..

    BalasPadam
  11. yang rindu korea boleh la fefeeling dekat McD Putrajaya ni. Nak bergambar letak kat insta pun cantik sebab ada pokok sakura tepi tasik

    BalasPadam
  12. wahhh.. kena cuba Spicy Korean Burge, Nampak sedap tuu.. pedas pun ok, lagi puas makan.. heheheheh

    BalasPadam

Thak You For Your Comment