Dalam tempoh kita dalam PKP and PKPB ni, tetu kita dan rindu nak travel ke mana-mana kan? Seri Wangi pun macam tu jugak dah mula terbayang-bayagkan selepas keadaan dah reda dan kembali normal..dah plan nak pegi trip dengan hubby, tak kiralah dalam negeri ke...atau luar negeri. Tapi...rasanya buat masa ni duk fikir kita travel dalam negeri dulu. Sebenarnya banyak tempat-tempat menarik dalam negeri yang belum habis diterokai. Jom Seri Wangi bawak korang jalan-jalan tempat menarik ni...manalah tau nanti korang teringinlah pulak nak bawak family. Seri Wangi bawak korang meninjau keindahan, keunikan dan menjamu selera di Selangor, Daerah Kuala Langat. Sebenarnya Seri Wangi pun belum lagi sampai ke tempat-tempat ni menarik ni...jadi nak ucapkan terima kasih kepada Hanis Yasmin Hamdan dari Tourism Selangor yang sudi share artike tentang lawatan ke Daerah Kuala Langat.
Terokailah Bandar-bandar utama di Daerah Kuala Langat seperti Bandar Banting, Pulau Carey, Jugra, Morib dan juga Teluk Datok yang sememangnya mempunyai keunikan tersendiri. Rebutlah peluang untuk mengembara ke destinasi yang terkenal di Daerah Kuala Langat sebaik sahaja anda menjejakkan kaki di Negeri Selangor! Oleh kerana ianya terkenal dengan hasil pertanian serta mempunyai pelbagai tarikan kebudayaan dan sejarah, pastikan anda kunjungi setiap lokasi yang kami cadangkan kepada anda!
9.00 a.m. : Sarapan pagi di Kedai Kopi & Makanan Phua Kian Guan
10.00 a.m. : Berjalan-jalan di sekitar Kuil Fo Guang Shan Dong Zen
11.00 a.m. : Lawati Mah Meri Cultural Village untuk mempelajari budaya Orang
Asal Negeri Selangor
12.00 p.m. : Dapatkan makanan tengahari di Restoran Selera Tujuh
1.00 p.m. : Membeli-belah di kedai Kerepek Ros yang terkenal
2.00 p.m. : Bersiar-siar di Bukit Jugra dan sertai aktiviti paragliding
4.00 p.m. : Lawati Kuan Wellness Eco Park
5.00 p.m. : Singgah ke Mansion 1969 Café untuk minum petang
6.00 p.m. : Saksikan matahari terbenam yang menakjubkan di Pantai Morib
7.00 p.m. : Makan malam di Assam Batu Laut
1. Sarapan pagi di Kedai Kopi dan Makanan Phua Kian Guan
Mulakan hari anda dengan menikmati sarapan pagi di salah sebuah Restoran Cina pilihan ramai di Daerah ini. Dekorasi dalaman restoran ini yang bercirikan gaya lama semestinya akan membawa anda kembali ke zaman dahulu! Anda sudah tentu akan berasa kagum dengan pilihan kuih dan mi mereka yang pelbagai. Lebih lebih lagi, Kuih Chai dan ubi keledek goreng oleh Phua Kian Guan yang tiada tandingannya.
2. Berjalan-jalan di sekitar Kuil Fo Guang Shan Dong Zen
Terletak di Jenjarom, kuil yang berkeluasan 16 ekar serta dibina pada tahun 1994 ini turut merupakan rumah bagi semua mercu tanda utama seperti Waterdrop Teahouse, taman Lumbini dan Galeri Seni Fo Guan Yuan. Selain itu, pemandangan yang menakjubkan di kuil ini akan menarik perhatian sesiapa sahaja yang datang ke sini! Tambahan pula, tiada bayaran masuk dikenakan dan anda boleh kunjungi kawasan ini bermula jam 10 pagi setiap hari.
3. Pelajari Budaya Orang Asal Negeri Selangor di Mah Meri Cultural Village
Adakah anda diselubungi dengan rasa ingin tahu tentang budaya Orang Asal yang sebenar? Jangan buang masa anda dan lawatilah Mah Meri Cultural Village yang terkenal ini sekarang! Anda dapat melihat dan merasai sendiri kehidupan sebenar suku-kaum Mah Meri serta aktiviti-aktiviti mereka dengan menyertai pakej lawatan yang ditawarkan. Semasa anda berada di sini, jangan lupa untuk kunjungi bengkel Mah Meri untuk mendapatkan pengetahuan tentang seni kraf tangan yang tentunya memberikan pengalaman lawatan yang lebih mengujakan!
4. Dapatkan makanan tengahari di Restoran Selera Tujuh
Pastikan anda tidak ketinggalan untuk makan tengah hari di Restoran Selera Tujuh yang terletak di Bandar Banting ini! Terdapat pelbagai jenis makanan Malaysia yang terdiri daripada Nasi Ayam, Nasi Ambeng, Asam Pedas, Ikan Bakar dan bermacam-macam lagi pilihan yang patut anda cuba! Sekiranya anda adalah seorang rakyat Malaysia yang sudah terdedah dengan kepelbagaian budaya, anda sudah pasti akan menyukai setiap hidangan lazat di restoran ini.
5. Membeli-belah di kedai Kerepek Ros yang terkenal
Setuju ataupun tidak, membeli-belah adalah salah satu perkara yang paling seronok untuk dilakukan ketika melancong! Adalah sangat merugikan sekiranya anda melawati Daerah Kuala Langat tanpa menjejakkan kaki ke Kedai Kerepek Ros yang terkenal di sini. Terdapat pelbagai jenis makanan ringan yang dijual di sini antaranya Ubi Masin, Pisang Tanduk, Kuih Siput dan macam-macam lagi!
6, Bersiar-siar di Bukit Jugra dan sertai aktiviti paragliding
Tidak dapat dinafikan lagi, Bukit Jugra adalah antara tarikan yang sangat popular di Kuala Langat! Meskipun ianya akan mengambil sekitar 1 jam pendakian, setiap tempat di kawasan ini adalah sangat berbaloi untuk dilawati! Di bahagian atas bukit, anda akan dapat menikmati sebuah pemandangan yang indah. Juga, sekiranya anda adalah seseorang yang sukakan cabaran, anda bolehlah menempah sesi paragliding yang mengambil masa selama 10 minit!
Layari pautan ini untuk informasi lanjut: https://selangor.travel/listing/paragliding-at-jugra-hill/
7. Lawati Kuan Wellness Eco Park
Oleh kerana Daerah ini terkenal sebagai antara destinasi pengeluar sarang burung yang terbaik di Malaysia, pastikan anda tidak ketinggalan untuk datang ke Kuan Wellness Eco Park yang berhampiran dengan Pantai Batu Laut Ketika berkunjung ke sini. Di dalam Taman tersebut, anda akan dapat menikmati pelbagai jenis tarikan seperti Swiftlet Home, Eco Park, Bird's Nest Gallery dan juga Eco-Café! Anda juga dapat menyaksikan bermacam-macam spesis burung, ikan dan reptilia lain di zoo mini mereka.
8. Singgah ke Mansion 1969 Café untuk minum petang
Setelah menerokai seluruh Bandar sepanjang hari, anda pasti memerlukan sedikit gula untuk mendapatkan tenaga anda semula! Oleh itu, kunjungilah kafe bergaya vintaj ini untuk dapatkan pencuci mulut dan kopi mereka yang enak untuk menghilangkan tekanan anda. Semasa anda berada di sana, jangan lupa untuk memuat-naik gambar-gambar menarik di kafe estetik ini di laman media sosial anda!
9. Saksikan pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan di Pantai Morib
Tiada ada yang lebih menenangkan selain daripada berjalan-jalan di sekitar Pantai Morib untuk menyaksikan pemandangan matahari terbenam. Sebilangan besar pengunjung singgah ke pantai ini semata-mata untuk menikmati pemandangan pantai yang indah serta udaranya yang segar sudah pasti akan membuatkan anda berasa selesa! Terdapat juga medan selera berhampiran yang menawarkan seleksi menu Ikan Bakar dan Sotong Goreng Tepung yang sangat enak!
10. Makan malam di Assam Batu Laut
Salah satu cara yang terbaik untuk menamatkan hari anda adalah dengan menikmati makan malam di restoran makanan laut yang terbaik di Kuala Langat! Menawarkan anda dengan sejumlah menu yang enak seperti Ikan Merah Stim Asam dan Ikan Kerapu Stim yang disajikan dengan halia yang telah dicincang; anda perlu mencuba kebanyakan darinya! Kesemua sajian yang mereka jual di sini adalah sangat segar dan ianya tidak akan mengecewakan anda.
Adalah tidak dapat dinafikan, Daerah Kuala Langat merupakan salah sebuah Daerah yang menarik untuk dikunjungi semasa berada di Negeri Selangor. Sekiranya anda menginginkan sebuah penggembaraan yang indah, pastikan anda tidak ketinggalan berkunjung ke tempat-tempat luar biasa yang telah disertakan di dalam jadual perjalanan ini. Bermula dari menerokai lokasi-lokasi terkenal sehinggalah mengakhiri hari anda di restoran makanan laut yang tersohor, ini benar-benar menunjukkan betapa hebatnya Dearah Kuala Langat ini!
Okaylah Seri Wangi dah pun share tempat-tempat menarik di Daerah Kuala Langat, Selanor yang patut korang lawati nanti bila korang terasa nak bawak family makan angin selepas PKP kelak.
Untuk Maklumat lanjut:
WEBSITE
www.selangor.travel
#SplendidSelangor, Take Me Anywhere!"
byk juga tmpt yg bole dilawati...tmpt kerepek tu syok bole borong mcm2 kerepek..tq for sharing
BalasPadamdalam selangor pun macam2 tempat best. lepas pkp fokus travel dalam malaysia plak
BalasPadamBanyak juga tempat dekat selangor ni ye. Tempat makna la paling heaven. .hehehe.. Harap peegiila covid ni boleh bercuti sekitar selangor ni
BalasPadamBanyak rupanya tempat bestbuntuk melawat dekat kuala langat erk.. liez pula tak pernah sampai area sana.. nnt nak plan pergi sana nanti
BalasPadamSelangor banyak juga tempat menarik untuk dilawati kan. Lepas habis pkp kalau nak travel pun baik dalam Malaysia. Support ekonomi negara kita
BalasPadamDah makin cantik dan menarik dah lokasi sekitar Kuala Langat. InsyaAllah boleh bawa family Rawlins buat lawatan lepas PKP kelak
BalasPadambestnya..rindu ke tempat tarikan pelancongan mcm ni...banyak produk lokal terutama makanan yang boleh kita cuba
BalasPadamMenarik juga itinerary lawatan tersebut... penuh dengan aktiviti yang menyeronokkan dan bermanfaat... tak sangka ada banyak lagi tempat yang belum saya pergi di Selangor ni... insyaAllah nanti apabila keadaan dah reda, nak plan Cuti-Cuti Malaysialah...
BalasPadamrupanya kat selangor ni macam2 ada ya.. Baguslah... Xpernah lagi ke hulu langat nanti boleh try la area sini..
BalasPadamMemang banyak tempat yang boleh kita explore in Selangor, after MCO i pun nak cuti cuti malaysia.
BalasPadamNice content and asome theme. Thank you Love you so much ��
BalasPadamAkk jalan semua ni dalam 1hari ke? Mcm2 ada ye. Kenapa nama die selera tujuh kak?
BalasPadam