Alce Nero Organic Apple Cider Vinegar - Cuka Epal Sebagai Penawar Merawat Pelbagai Masalah Kesihatan dan Meningkatkan Sistem Imunisasi - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Rabu, 29 April 2020

Alce Nero Organic Apple Cider Vinegar - Cuka Epal Sebagai Penawar Merawat Pelbagai Masalah Kesihatan dan Meningkatkan Sistem Imunisasi


Agak-agaknya dah berapa lama kita #dudukrumah? Haaaa....macam Seri Wangi sejak terperap duduk rumah dah tak amik kisah hari ini hari apa, tarikh apa sebabnya duduk umah tak kuar-kuar....boringkan? Kesihatan korang camner pulak? faham-faham sajelah time PKP ni macam-macam yang Seri Wangi tengok kat social media masing-masing duk post pelbagai resepi, dari yang tak reti memasak pun jadi pandai memasak...yang pening kepala Seri Wangi sebabnya cik suami macam orang mengidam suruh masak ikut resepi yang dipost tu...haaaaa

Bila kita duk umah and tentulah banyak makan itu, makan ini...exercise pun kurang jadi plaing utama jaga kebersihan dan kesihatan walaupun duduk umah kan? Meh...Seri Wangi nak bagi suggest korang minum cuka epal untuk kesihatan mungin korang ada yang tak tau kebaikan pengambilan cuka epal.


APPLE CIDER VINEGAR


Nak tau rahsia seorang wanita yang mampu menguruskan kerja-kerja rumah tangga, dapat mengatasi kesibukan harian dan masa lapang dengan mudah? Hmmm...nak tau kan apakah rahsia Super Women?

Okaylah nak cite sikit tentang produk ialah cuka epal, ramuan yang sekian lama digunakan sebagai penawar untuk merawat pelbagai masalah kesihatan dan sudah ramai orang mengamalkan untuk kecergasan dan kesihatan  



Pilihan produk organik yang diperakui seperti Alce Nero Organic Apple Cider Vinegar dengan komponen utamanya asid asetik serta bahan-bahan lain seperti asid laktik, aid sitrat, asid malik dan bakteria baik. Oleh kerana cuka epal sejenis asid pekat, pastikan korang larutkan dulu satu sudu besar cuka epal ni ke dalam secawan air terlebih dahulu sebelum korang minum, dengan pengambilan sedikit cuka epal dapat membawa hasil yang memuaskan. dan berkesan.


Berikut beberapa cara pengambilan Apple Cider Vinegar supaya lebih berkesan:

1.  Tingkatkan Sistem Imunisasi

Superwomen jarang mendapat masalah kesihatan seperti batuk, selesema dan sakit tekak seperti orang lain. Pengambilan cuka epal yang mengandungi asid amino, kalium dan enzim dapat membantu menguatkan sistem imun dan melegakan keletihan. Cubalah resipi berikut yang pasti dapat memberi tenaga kepada korang disaat tubuh berasa lesu:

Tonik hangat - Kisar halia, lobak pedas, bawang, bawang putih, lada habanero, lemon, kunyit dan serai dalam sukatan sama. Tambahkan 100ml Apple Cider Vinegar. Tuang adunan ini ke dalam bekas kedap udara dan biar selama 14 ke 60 hari. Tapis bagi membuang cebisan tumbuhan. Tambah satu sudu besar tonik ini ke dalam secawan air panas atau teh ‘O’ untuk minuman berkhasiat yang merangsang sistem imun.



Minuman cuka oren - Didih secara perlahan 100ml Alce Nero Organic Apple Cider Vinegar berserta 2 keping kulit kayu manis, sebiji oren yang dihiris, 4cm halia dan dua sudu besar madu organik selama 20 minit. Tapis ke dalam bekas kedap udara. Tambah satu sudu campuran bahan ini ke dalam 125ml air dan minum. Wau....sangat segar teraa bila meminumnya.



2.     Membantu menguruskan badan dan penyerapan nutrisi

Mengekalkan kesihatan dan berat badan ideal memang mencabar, tetapi Superwomen bijak menggunakan Apple Cider Vinegar dengan menambahkannya ke dalam diet mereka untuk manjaga berat badan. Sains turut menyarankan kaedah ini. Satu kajian dalam Journal of Functional Foods pada tahun 2008 membuktikan penambahan satu sudu cuka epal ke dalam pemakanan mampu mengurangkan lemak pada perut selain membantu menyelesaikan masalah kesihatan. Jadi apa yang ditunggu lagi mulalah amal meminumnya jika mahu turunkan berat badan.

3.     Kebersihan mulut

Walaupun sibuk sepanjang hari dengan kerja-kerja haria, Superwomen sentiasa memiliki nafas yang segar dan kesihatan mulut yang baik. Korang nak tau apa rahsianya? Pastilah dengan tonik cuka epal yang diambil pada waktu pagi yang terbukti memiliki sifat antikulat yang membantu melawan radang membran mukus, menurut Journal of Prosthodontics, 2015. Kalau Seri Wangi tau dah lama guna tonik cuka epal ni.

4.     Menangani masalah senggugut

Berita baik untuk wanita yang mengalami senggugut, cara mengatasi masalah senggugut dengan pengambilan Apple Cider Vinegar dari hari pertama hingga hari terakhir kitaran haid. Ia dipercayai dapat mengawal atur kitaran haid korang dan memendekkan tempohnya. Kandungan kalsium dan kalium dapat melegakan kekejangan otot yang menyebabkan kesakitan senggugut. Tentu korang rasa lega dapat atasi kesakitan senggugut ni kan?

Selain itu korang cuba resepi berikut untuk mengurangkan kesakitan senggugut:

Kehangatan teh cuka epal - Tambah 1 sudu kecil cuka epal, sehiris lemon dan separuh sudu kecil halia segar ke dalam secawan teh yang baru dibancuh. Jika mahu, anda boleh juga menambah sedikit madu.


Ketenangan teh hijau cuka epal - Bancuh secawan teh hijau. Sementara masih panas, tambah satu sudu kecil cuka epal dan sedikit pudina. Hmmm...sedapnya aroma pudina sangat menyegarkan.


Tonik cuka epal dan kunyit - Kunyit adalah sejenis tumbuhan berkhasiat yang sering digunakan sebagai penawar untuk kesihatan. Tonik kunyit juga boleh dijumpai di kedai-kedai organik. Tambah satu sudu kecil Apple Cider Vinegar ke dalam tonik kunyit
bagi menghasilkan minuman penyembuhan yang menyegarkan.


Serlahkan ciri-ciri seperti Superwomen dengan menjadikannya sebagai penawar dan tonik Apple Cider Vinegar sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat. Kami menggunakan Alce Nero Organic Apple Cider kerana ia dibuat daripada buah epal organik yang ditanam secara eksklusif di wilayah Trentino-Alto Adige dan bebas daripada racun perosak, baja kimia dan unsur GMO. Cuka epal ini kaya dengan rasa dan mempunyai tahap asid yang rendah, menjadikannya sesuai untuk penyediaan salad dan makanan lain. 



Mengenai Alce Nero

Alce Nero diasaskan pada 1970-an apabila dua koperasi peladang muda Itali mengambil keputusan untuk mempelopori revolusi organik dengan menghasilkan makanan berkhasiat tanpa menjejaskan alam sekitar. Alce Nero menggabungkan kaedah pertanian lama dengan penyelidikan termaju kesihatan dan alam sekitar. Teknik kami mungkin telah berubah, namun jaminan kualiti kami masih berasaskan semangat asal Alce Nero iaitu kecintaan terhadap makanan, penjagaan alam sekitar dan larangan penggunaan bahan kimia sintetik.

Kini, Alce Nero merupakan jenama organik No. 1 di Itali. Pengeluar kami terlibat dalam semua peringkat penghasilan. Ini membolehkan kami menerapkan prinsip kami di sepanjang proses penghasilan dan menjejak asal-usul produk makanan kami secara terperinci. Justeru, kami dapat menjamin produk kami produk asli Itali berkualiti tinggi dan 100% organik yang dibawa terus dari ladang ke meja makan anda. Pengiktirafan organik Alce Nero telah melalui proses yang ketat oleh perbadanan pengesahan dari Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun. Di Malaysia, Alce Nero menjual pelbagai jenis pasta organik, minyak zaitun asli, kuah pasta, jem dan madu



Untuk keterangan Lanjut

WEBSITE


FACEBOOK




#alceneromy     #applecidervinegar  #organicproducts  #superwomen  #healthyfood  #organicfood


15 ulasan:

  1. Ramai yang amalkan cuka epal ni, ingat nak cuba jugalah, sebab baca khasiatnya tu banyak kann...makin berusia ni, kena cari sesuatu yang bagi badan sihat...

    BalasPadam
  2. tk pernah lg cuba cuka epal..oh antara khasiatnya dpt menangani masalah sengugut..bole try ni..tq for sharing

    BalasPadam
  3. Pretty! This has been a really wonderful article. Thanks for providing this info. Keep on posting

    BalasPadam
  4. Ohhh ni produk bagus untuk wanita cuka apple patut adik kita selalu beli nak kata dalam masakan tak juga wakakakka.. Orang lelaki boleh ambil juga ker kalau ambil ada kesan boleh jadi super juga wakakakaka...

    BalasPadam
  5. Sebagai seorang yang sering mengurut org pantang bagus lah Ser Wangi tahu khasiatnya jadi bole syor pd ibu ibu dlm pantang kan.

    BalasPadam
  6. Cuka epal memang bagus diamalkan nak nak untuk kesihatan kita kan kak. Saya nak beli dari hari tu asyik lupa je.

    BalasPadam
  7. Tak pernah amek lgi Apple Cider Vinegar. PErnah dengar pasal ni dan pernah beli hahahah tapi buang gitu je sebab iena tak boleh tahan bau dia. Apple Cider Vinegar bnyk khasiatnya maybe sebab iena tak biasa lg bau dia kot :D

    BalasPadam
  8. Ramai jugak yang bgtau tentang kebaikan dan khasiat yang ada pada cuka epal ni. saya sendiri tak pernah cuba.

    BalasPadam
  9. atie amalkan cuka untuk kurus kak.. hee~ memang menjadi, badan jadi ringan dan kulit makin cantik..

    BalasPadam
  10. oo bagus juga ni. segala jenis cuka memang bagus untuk kesihatan

    BalasPadam
  11. Cantiknya packaging dia. Cuka epal ni elok utk penghadaman. Dulu suka amalkan mnum sesudu tiap pagi.. Masam tapi mmg elok membuang

    BalasPadam
  12. pernah rasa cuka epal, sis. a small cup. ok la. nice!
    bagus khasiatnya. elok diamalkan, kan...

    BalasPadam
  13. Banyak juga khasiat cuka epal ni ya. Atul tak pernah cuba lagi, tapi kawan² Atul ramai juga yang amalkan. Thanks for sharing ya

    BalasPadam
  14. Wow, banyak betul khasiatnya. Ini rupanya rahsia kak serai wangi kekal bertenaga macam super woman ye. Nampaknya kena beli juga ni. skang rasa lemau je tambah plak asyik terperap kat umah.

    BalasPadam
  15. Selalu tahu epal cider guna utk masakan, bagi rasa dan sedapkan makanan. Taktau pula boleh kuruskan badan juga ya

    BalasPadam

Thak You For Your Comment