Peribahasa - Usaha Tangga Kejayaan
Maksudnya- Seseorang itu perlu berusaha dengan gigih untuk menempa kejayaan dan kecemerlangan.
Peribahasa ni Seri Wangi rasa memang sangat sesuai dengan pengasas butik Sellection, Nor Rafidah Khairuddin yang bermula sebagai seorang 'Personal Shopper' yang diberi nama Branded Handbags & Kitchenware secara talian sejak tahun 2015 dan kini dengan bangganya telah meluaskan perniagaan dengan membuka butik fizikal di Wangsa Melawati.
Sememangnya sesuatu kejayaan itu tidak datang bergolek tanpa cabaran, kesusahan dan pergeluaan dalam mengharungi hidup yang dilalui masa lampau menjadikannya satu pengalaman terbaik sewaktu berdepan liku-liku hidup yang penuh kegetiran dan kepahitan sebelum mencipta kejayaan.
Rafidah merupakan Graduan Sain Politik pada tahun 2012 dari Universiti Sains Malaysia, berasal dari Ipoh, Perak dan anak bongsu tujuh beradik dan setelah berkahwin mengikut suaminya Abdul Hadi Wisman, 34 yang kini bergelar Ketua Pegawai Eksekutif Sellection pada tahun 2014 ke Montreal, Kanada dan juga mempunyai status penduduk tetap di Kanada.
Semasa menetap di Kanada, awal penghijrahan beliau menghadapi pelbagai dugaan dan rintangan dalam mencari rezeki halal. Pelbagai kerja yang telah beliau lakukan, pernah dalam satu ketika beliau terpaksa membuat empat kerja dalam satu masa termasuk menjadi pembantu hotel, mengemas hotel (housekeeping) dan pembantu dapur dan pernah dapat hanya 10 dolar sebelum mendapat kerja tetap sebagai Software Tester di sbuah syarikat di Montreal. Wau...susahkan?
Kisah Menjual Mufin
Pada tahun 2015 Rafidah bertekad mencari pendapatan sampingan dengan menjual mufin pisang yang mana resepi mufin pisang diciptanya sendiri di kafe sekitar montreal yang pastinya banyak dugaan dan bukanlah satu perkara mudah.
"Saya reka resepi mufin pisang dengan menggunakan tepung bebas gluten.Gigih juga saya berjalan dari saty kafe ke satu kafe di Montreal untuk mempromosikan mufin pisang itu dengan mengedarkan brosur. Ada yang geli nak mencuba mufin saya. Tak kurang juga yang tak pandang langsung saya. Ada juga yang memandang pelik dan skeptikal kerana saya bertudung." Saya sudah terbiasa menerima penolakan. Saya tetap kuat dan sabar. Dalam hati saya cukup optimis kerana rasa mufin ini sangat sedap dan kandungannya menyihatkan."
Akhirnya beliau berjaya menyediakan mufin pisang untuk sembilan buah kafe di sekitar Montreal setelah bertungkus lumus dalam usahanya menjual mufin pisang. Hasil jualan mufin pisang cukup membanggakan dan ianya menjadi permulaan dan asbab beliau menjadi Personal Shopper dengan lebih serius dan menerokai pelbagai shopping outlet yang menjual macam-macam jenis barangan berjenama serta berjinak-jinak dalam dunia "online shopping" yang mana semakin berjaya dan beliau lebih fokus kepada business online shopping.
Branded Handbags & Kitchenware
Pada tahun 2017 beliau menjadikan medium facebook page untuk mengembangkan perniagaan onlinenya sebagai personal shopper yang diberi nama Branded Handbags & Kitchenware by Rafidah dengan pengikut seramai 89 ribu dan di media social lain seperti Instagram, Twitter dan youtube serta website Sellection.
Pada tahun 2018 Rafidah membuka butik pertamanya Sellection di Wangsa Melawati yang beralamat:
Sellection Boutique
No 10, Jalan Wangsa Setia 4
Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur
Dengan adanya butik Sellection ianya dapat memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang ingin memiliki barangan berjenama dan berkualiti dengan harga berpatutan dan mampu milik seperti Coach, Prada, LV, Gucci, Furla, Micheal Kors dan Kate Spade serta banyak lagi yang pastinya memberi kepuasan kepada pelanggannya. Sapalah tak rasa teruja dapat memiliki barangan berjenama dan mewah dari Syarikat Kanada dan Benua Eropah terutamanya #SistersdiMalaysia dan Bro yang memang setia pada Sellection.
Sellection Dinner & Appreciation Night
Sellection turut mahu membuka peluang kepada masyarakat di luaruntuk menjana pendapatan dan meluaskan perniagaan dengan Sellection dan mengalu-ngalukan sesiapa yang ingin menjadi rakan perniagaan atau reseller dan turut memperkenalkan hastag #SisterdiMalaysia sebagai rangkaian terbaik dengan pengikut dan pelanggannya.
Sellection secara rasminya menaik taraf sebagai "Online Premium Outlet" yang memasarkan produk-produk berjenama seperti Coach, Micheal Kors, Kate Spade, Prada, LV, Gucci, Furla dan juga produk Kitchenware berjenama dan Kosmetik.
Info Lanjut Sellection
WEBSITE: https://sellection.com/
FACEBOOK:
INTAGRAM: @sellectioncom
YOUTUBE CHANNEL: youtube.sellection.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Thak You For Your Comment