Sapa ada bela kucing? Bukan semua orang yang suka bela kucingkan? Memanglah remeh sikit bela kucing ni, banyak benda yang kita perlu tau dan ambil berat apabila membela kucing. Tapi bagi orang yang sayangkan kucing memang tak kisah pun nak menjaga kucing kesayangan dorang, termasuklah Seri Wangi yang ada beberapa ekor si bulus dan 2 ekor anak kucing. Bila sebut bab-bab kucing ni yang paling utama kesihatan dorang, paling takut kalau dorang terkena pelbagai penyakit, ada kutu, bulu gugur, sakit mata, demam dan cirit-birit. Kadang-kadang perhabis duit untuk si bulus ni...betul tak? Jangan kedekut keluar duit jika sayangkan kucing korang seperti bawak pegi ke Vet untuk cucuk vaksin, beli ubat kutu, beli pasir, beli makanan dia dan pelbagai benda untuk si bulus apatah lagi kalau bulus korang yang jenis kucing mahal-mahal, jenis bulu kembang, kuching persian....kucing Seri Wangi biasa-biasa jer...kucing kampung tapi tetap sama jugak kena jaga dengan baik...terutama bab pemakanan dorang, kalau salah makan memang kucing korang akan sakit sebabnya anak kucing Seri Wangi pernah sakit pasal tersilap bagi makan. Kadang-kadang macam ibu kucing yang menyusu anak pasti perlu diberi makanan yang secukupnya, bila susu ibu kucing tak cukup, kita kena cari jalan lain seperti bagi minum susu tambahan.
Seri Wangi nak perkenalkan susu terbaru untuk si bulus korang iaitu Susu Kambing Parie (Goat Milk Powder) dari Pariepets. Firstime dengarkan? Memang pun Seri Wangi pun baru tahu pasal susu kambing Parie untuk kucing, dah seminggu Seri Wangi beri minum kepada kucing dan anak kucing Seri Wangi. Memanglah terbaik Susu Kambing Paire ni sebab 2 ekor anak kucing Seri Wangi sebelum ni ada masalah cirit-birit sebab mungkin silap bagi makan, mula-mula risau jugak tengok dorang tak sihat, buntu dibuatnya lagipun dorang masih menyusu lagi...jadi memang dorang tak mau minum, jadi Seri Wangi campurkan serbuk susu kambing Parie pada Wetfood dorang, barulah dorang makan, paling happy bila tengok hasil yang memuaskan.....dah tak cirit-birit, najis pun dah okay...dan mula aktif bermain seperti biasa.
Susu Kambing Parie
Kebaikan Susu Kambing Parie
Susu Kambing Parie mempunyai persamaan dengan ibu kucing yang sedang menyusu kerana Parie diwujudkan dengan bahan-bahan kurang sensetif terhadap kucing. Kalau korang nak tau Susu Kambing Parie ni terdiri daripada molekul lemak kecil dan lemak rantaian yang kecil untuk mempermudahkan penghadapan kucing. Memang bagus sekali dan ianya sesuai dengan anak bulus Seri Wangi yang kini sudah tidak mengalami cirit birit dan najisnya pun dah ok tidak cair seperti sebelumnya. Kucing memang suka minum susu dan kucing memerlukan pemakanan yang sihat dan berkhasiat untuk mereka terus membesar.
Dengan susu kambing Parie kita akan dapat melihat peningkatan dan perkembagan si bulus seperti:
Dengan susu kambing Parie kita akan dapat melihat peningkatan dan perkembagan si bulus seperti:
- Kulit dan bulu kucing yang lebat dan bersinar.
- Tulang yang lebih kuat dan pertumbuhan sihat.
- Peningkatan sistem imun
- Perkembangan otak dan cepat belajar
- Penglihatan jelas
- Penghadaman yang baik
Kandungan Susu Kambing Parie
Susu kambing Parie merupakan sumber yang berkualiti tinggi kerana ia mengandungi nutrien yang diperlukaqn oleh kucing yang hamil seperti protein dan kalori semasa kehamilan di mana ianya dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu kucing dan juga dapat memberi nutrein kepada anak kucing serta dapat memudahkan penghadamann dan penyerapan nutrein untuk anak kucing/kucing dewasa yang lemah, tidak aktif ataupun sakit.
Susu kambing Parie mengandungikandungan mineral dan vitamin yang tinggi dan dapat memberi nutrein seperti niacin, vitamin A, vitamin D dan juga arginin yang diperlukan untuk penglihatan yang baik dan terang, jantung dan pembiakan sihat. So....yang paling penting sekali masalah sakit kulit seperti kulit kering dan bulu kasar, jadi selalulah beri kucing korang minum susu kambing Parie supaya si bulus membesar dengan sihat dan cergas macam anak-anak kucing Seri Wangi yang sudah sihat dan semakin nakal.
Cara Penyediaan Susu Parie
Ada 3 Cara penyediaan Susu Parie
1. Bancuh 1 sudu susu tepung Parie dengan sudu khas yang ada di dalam tin tersebut bersama 40mlair suam sampai sebati.
2. Semasa anak kucing sedang membesar disarankan merendam makanan anak kucing dengan susu Parie untuk memudahkan anak kucing makan makanan tersebut.
3. Menambahkan serbuk susu Parie ke dalam makanan anak kucing untuk membangkitkan nafsu makan anak kucing.
4. Seri Wangi juga menambah serbuk susu Parie bersama makanan wetfood mereka sekiranya anak kucing yang masih menyusu ibunya tidak mahu meminum susu yang telah dibancuh.
Cara Nak Order Susu Parie
Kalau korang nak order Susu Parie bolehlah buat pembelian/tempahan di bawah berikut:
FACEBOOK
#pariepets #susukambingparie #goatmilkpowder #catsandkittens #petmilkpowder #susuparie #parie
Semakin cantik si bulus Kak Seru Wangi ni.. Hehe..
BalasPadam