Panduan dan Tip Bercuti Semasa Travel Ke Luar Negara - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Rabu, 22 Januari 2020

Panduan dan Tip Bercuti Semasa Travel Ke Luar Negara



Salam to all my readers ku sayang

Korang semua sihat tak? Untuk tahun 2020 ni....Seri Wangi saja-saja nak share beberapa tips untuk korang semasa Seri Wangi punya trip ke Istanbul beberapa bulan lepas, manalah tau kot tahun ini korang dah plan nak buat trip ke Istanbul. Kenapa Istanbul jadi pilihan Seri Wangi? Sebab Seri Wangi sangat suka dengan gaya hidup dan budaya dorang yang ada kat sana.



Seri Wangi naik flight ke Istanbul menggunakan perkhidmatan Qatar Airways dan kenapa Qatar Airways pulak? Sebabnya Qatar Airways menjanjikan ketenangan dan keselesaan sepanjang perjalanan Seri Wangi ke Istanbul, relek and layan angan-angan.


Best betul bila korang dapat duduk kat kerusi yang selesa, pilihan makanan yang sedap-sedap dan banyak pulak tu. Servis dia pun tiptop. Cabin staff dia pulak semua  baik-baik belaka. So...bila nanti Seri Wangi sampai Istanbul, taklah rasa penat sangat, rasa macam perjalanan korang tu dari KL ke Kedah jer kan? Sedar-sedar ehhh...dah sampai pun kat Istanbul....gitu...heeee terlebih sudah!







Okaylah...kalau korang memang berminat sangat nak book atau survey harga tiket Qatar Airways ni korang bolehlah klik klik dari Traveloka ni book Qatar Airways Tickets. Manalah tau kan nanti dapat tiket murah. Hari tu Seri Wangi book kat sini jer. Banyak pilihan yang disediakan kat Traveloka tu. 


Andai kata korang ada plan nak ke London pun, tak ada masalah, korang boleh jer klik klik yang ni pulak book flights to London Online. Haaaa....simple jer kan?






Okay....jadi apa yang kita tunggu-tunggu lagi, jom kita ke segmen seterusnya. Kalau korang nak tau sepanjang Seri Wangi ke Istanbul hari tu, Seri Wangi ada perasan beberapa perkara yang korang perlu prepare before nak bercuti ke mana-mana, lagilah pulak kalau korang nak bercuti ataupun travel ke luar negara, banyak benda yang korang perlu prepare. Jadi...Seri Wangi nak share tips-tips penting dalam proses korang nak menjayakan trip percutian korang tu.


Pemilihan Destinasi

Bunyi macam simple jer kan? Tapi nilah yang akan menentukan segala benda yang korang kena sediakan untuk ke sana. Bagi yang baru je nak plan bercuti kat mana destinasi korang, Seri Wangi senaraikan beberapa soalan mudah untuk korang jawab, so...that korang dapat jawapan ke mana destinasi yang korang nak pergi. 

  • Bandar atau luar bandar
  • Laut dan pantai atau gunung ganang
  • Multiple countries atau satu jer?
  • Culture, sports atau outdoor activity?
  • Tempat senang dapat makanan ikut tekak atau belasah je apa-apa pun (of course yang halal kan?)
  • Suka tempat ramai tourist atau tak?
  • Tempat yang speaking English atau tak?


Itu dia soalan yang korang kena tanya diri sendiri and once korang dah dapat mana negara atau tempat yang korang nak pergi, korang bolehlah start untuk godek-godek buku reserch mengenai tempat yang korang plan nak bercuti, lebih-lebih lagi destinasi yang korang plan nak travel. Situasi yang selalu berlaku ialah bila korang dah start travel, korang akan realize yang timing untuk pergi ke tempat-tempat yang korang dah senaraikan tu tak seperti yang dirancangkan. So....korang boleh start prepare transport schedule for contingency plans yang korang boleh execute nanti....camner...rasa ok tak?


Iklim dan Musim

Oklah bab yang ni merupakan satu perkara yang boleh dikatakan penting jugak untuk korang decide, Sebabnya korang akan dealing dengan bajet korang. Ini kerana ada sesetengah country, segala-galanya akan jadi mahal during certain season dan selalunya peak season tu akan berlaku pada musim panas. So korang research dulu destinasi yang korang nak pergi tu berbaloi atau tak, kalau competing with bigger crowd dengan segalanya mahal unless korang tak kisah pun berapa bajet yang korang kena keluarkan, Tapi kalau tanya pendapat dan cadangan Seri Wangilah...suggest korang pergi time musim sejuk dah alang-alang negeri kita Malaysia tak ada musim sejuk...betul tak?Hmmm...think wise okay?





Event dan Festival

If korang bercadang nak attend event besar atau festival kat sesuatu negara tu, please make sure korang buat reservations yang lebih awal untuk mengelakkan kenaikan harga yang melampau-lampau, lebih-lebih lagi untuk accommodation. Ambil tahu apa, di mana, dan bila event tu berlansung. Harga bagi barang-barang cenderamata dan makanan juga akan naik mendadak dan make sure bajet korang cukup.









Bahasa

Kalau korang decide untuk pergi ke negara yang tidak sepenuhnya speaking English, then prepare apa yang perlu dibuat, macam pegi Istanbul, sangat susah untuk jumpa local yang boleh speaking English, yang ada dan senang nak jumpa local speaking English, korang boleh tanya kat reception hotel jer. Tapi jangan risau sangat pasal bahasa ni...asalkan korang seorang peramah pasti dilayan dengan baik gitu...time nilah peluang korang nak kenal bangsa dan budaya dorang. Walaupun dorang tak pandai speaking, dorang akan cuba untuk membantu dengan ikhlas. Tapi korang at least dapat belajar untuk bercakap basic word bahasa dorang. Seri Wangi yakin local akan cuba jugak untuk membantu. Tapi...kalau rasa susah, beli jer buku bahasa kat kedai. So...masa travel, bawaklah buku tu ke mana-mana pun korang pergi....simple kan?




Last but not least ialah jangan CULTURE SHOCK. Bab ni yang penting, ingat, mana-mana pun korang bercuti dan travel, korang dah dikira keluar daripada comfort zone. So...prepare segala benda yang bakal berlaku. Situasi ni mungkin menjadi ngeri bagi sesetengah orang, tapi...itulah pengalaman yang korang rasa berharga sangat dan menjadi kenangan seumur hidup korang.


Salah satunya ialah keadaan toilet, during korang punya travel, korang akan find out yang tak semua toilet adalah sama macam kat negara kita dan masa tulah korang akan menangis, geram, down, menyumpah-nyumpah lagi ada negara yang korang pergi tu. Tapi hakikatnya yang korang akan lalui. Jadi, please prepare advance for the worst toilet situation that you can imagine (speak London lagi heee...) The End!!


Okaylah....setakat sini ajer Seri Wangi dapat share tips-tips untuk korang prepare, apa yang perlu korang buat before nak travel ke mana-mana.Sebenarnya banyak lagi tips yang Seri Wangi nak share, tapi nanti kita sambung lagi yer...membawang lagi...haaaaa!! Kalau korang ada yang nak share tips-tips yang menarik, silakan. Next time kita chit chat lagi....bye bye korang...love uoll!!



4 ulasan:

  1. Wahhh bagus nya tips2 ni... Boleh la nnt kita praktikkan bila nak bcuti luar negara nnt... Thank you!!

    BalasPadam
  2. Kita pun nak gi Istanbul nie...bagus gak tips kak seri nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang best gi Istanbul nanti jangan lupa bawak maggi, instant spagheeti, sambal kering, kopi, teh and serunding

      Padam
  3. Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
    Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
    Link Alternatif :
    arena-domino.club
    arena-domino.vip
    100% Memuaskan ^-^

    BalasPadam

Thak You For Your Comment