Mamaway Nano Bamboo Postnatal Recovery & Support Belly Band - Bengkung Corset - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Rabu, 1 Januari 2020

Mamaway Nano Bamboo Postnatal Recovery & Support Belly Band - Bengkung Corset



Seri Wangi nak share pasal penjagaan kesihatan ibu-ibu semasa dalam pantang. Seri Wangi ni memang seorang tukang urut orang bersalin, jadi di sini Seri Wangi nak sharelah sedikit cara nak kempiskan perut semasa dalam pantang. Bukan saja kena jaga pemakanan, kesihatan tubuh, kesihatan fizikal dan mental, sememangnya ibu-ibu tahu bagaimana hendak menjaganya. Tapi....kalau bagi ibu-ibu yang bersalin cara pembedahan macam mana pula? memanglah tak pakai bengkung langsungkan? jadi perut nak kempis balik memang susah, kalau yang bersalin normal no problem, selain dapat pakai bengkung and bertungku untuk kempiskan perut...itupun ada juga yang malas pakai bengkung gitu....sebabnya nanti katanya panas, nak susukan baby susah and nanti nak ke tandas kena bukak bengkung...itu alasan jer sebenarnya....haaaaa

Ni...haaaa...bab cara nak kempiskan perut, Seri Wangi tau kalau bab nak kempiskan perut ni...memang susah sikit nak jagakan? al maklumlah lepas bersalin memang perut akan nampak buncit dan tak cantik rupanya....haaaa..hendaklah pulak yang jenis malas nak pakai bengkung kain tukan? Kalau ikut cara tradisional yang biasa Seri Wangi sarankan kepada client supaya pakai bengkung yang panjang dan berlilit tu ataupun bengkung yang ikat dengan tali banyak tu...jadi kalau nak pinggang ramping dan perut kempis seperti sediakala memanglah kita kena pakai hari-hari hingga habis pantang kan? Kalau orang Melayu kenalah pakai selama 44 hari hingga habis pantang itupun kalau ibu-ibu rajinlah.... 

Nano Bamboo Postnatal Recovery & Support Belly Band - Bengkung Corset



Okaylah....korang zaman sekarang memang untung tau...sekarang dah senang dan banyak kemudahan untuk korang jaga kesihatan dan cantikkan badan semasa dalam pantang, zaman dah banyak berubah. Jadi....Kak Seri nak share cara terbaik korang nak pinggang ramping dan kempiskan perut....senang sangat, tak susah pun korang nak pakai dan bukak...hmmm....kalau malas juga dan banyak alasannya...Tepuk dada, tanya selera!!

Seri Wangi nak share tentang bengkung modern ni...pasti korang suka sangat tau...lebih-lebih lagi buat ibu-ibu yang bersalin ceaser pun boleh pakai, no problem...yang bersalin normal dan bagi ibu-ibu yang nak jaga body pun boleh pakai...no alasan tau kalau tak nak pakai...menantu Seri Wangi yang bersalin ceaser pun pakai sampai sekarang walaupun dah habis pantang....nak jaga badanlah katakan....heeee


Nano Bamboo Postnatal Recovery & Support Belly Band - Bengkung Corset dari @Mamaway ni memang sesuai sangat untuk korang pakai baik yang bersalin normal dan juga ceaser. Bagi ibu-ibu yang bersalin ceaser jangan risau sebabnya:

1.   Belly Band ini dapat melindungi luka pembedahan selepas bersalin dari pergerakan ibu-ibu yang mungkin banyak bergerak, tak duduk diam masa dalam pantang.

 2.  Belly Band ni material sangat lembut dan eleastik, tidak panas, tidak berpeluh, tidak gatal dan senang bernafas. Bagi ibu-ibu yang ceaser cara pakainya sedikit rendah untuk melindungi luka pembedahan.



3.  Paling menarik Nano Bamboo Belly Band ni Antibacterial, selamat untuk kulit bagi yang mempunyai alahan kulit dan juga baik untuk berjalanan darah serta menghindari sakit tulang belakang.





Saiz Belly Band Mamaway


Nano Bamboo Belly Band ni sebenarnya elestic mengikut ukuran pinggang korang dan ada cara macam mana nak tau ukuran mengikut saiz pinggang korang.




Okaylah...tentu korang dah fahamkan tentang Mamaway Nano Bamboo Postnatal Recovery & Support Belly Band ni....untunglah korang dah susah hati dan fikir banyak-banyak nanti bila dah bersalin nak pakai bengkung yang macam mana...bila dah adanya bengkung modern ni...dah tak ada alasan kalau perut tak kempis-kempis dan pinggang tak ramping-ramping...jadi rajin-rajinlah memakainya, tak susah mana pun sebab boleh pakai sendiri, bila nak mandi dan nak ke bilik air boleh bukak dan pakai balik. Apa-apa pun Seri Wangi nasihatkan semasa dalam pantang jagalah pemakanan dan kesihatan terutamanya bagi ibu-ibu yang bersalin ceaser tentu susah nak jagakan? Orang yang bersalin normal no problem tapi jangan malas nak makan jamu dan herba-herba serta dengar kata orang tua-tua semasa dalam berpantang.


Info Belly Band :  Size Belly Band



Layan Youtube




3 ulasan:

  1. kalau dulu bengkung masa saya berpantang sampai 5 - 6 meter panjangnya.. sekarang semua dah mudah ��

    BalasPadam
  2. I love bengkung hehe. Pantang bersalin nanti wajib pakai ntk slim balik.

    BalasPadam
  3. Wow. Saya mmg, mencari waist trainer yg macam ni ni!

    BalasPadam

Thak You For Your Comment