KENDURI SENI MELAYU DAN INTERNATIONAL BATAM EXPO 2019 DI DATARAN ENGKU PUTRI BATAM CENTRE - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Rabu, 25 Disember 2019

KENDURI SENI MELAYU DAN INTERNATIONAL BATAM EXPO 2019 DI DATARAN ENGKU PUTRI BATAM CENTRE

 


Peribahasa Hari ini:


Peribahasa :  Setinggi-tinggi burung bangau terbang, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga.
Jawapannya:  Sejauh mana pun kita pergi, akhirnya pulang juga ke tempat asal

Kali ini Seri Wangi beri peribahasa yang maksudnya tentang merantau, walau pun sejauh mana kita merantau ke negeri orang, pastinya suatu hari kita akan pulang ke tempat asal kita.Begitulah juga Seri Wangi walaupun merantau ataupun travel ke mana-mana negeri orang, pastinya kita akan teringatkan tempat asal kita kerana setiap negara yang kita pergi, tidak sama adat dan budaya mereka jika dibandingkan dentan negeri kita sendiri. Pastinya banyak pengalaman yang dapat kita kutip dan menjadi ilmu berguna tentang adat resam, budaya dan kehidupan setiap tempat yang kita lawati.


Bila sebut adat resam dan budaya kali ini, Seri Wangi berasa gembira bila dapat jemputan untuk bersama-sama menjayakan program Kenduri Seni Melayu 2019 dan juga International Batam Expo 2019 di Dataran Engku Putri Batam Centre pada 11 - 15 Disember 2019 lepas. Kalau korang nak tau ini adalah kali ke 4 Seri Wangi menjejak kaki di Batam sebagai media dari Malaysia. Jejak Travel kali ini tidaklah sesibuk seperti sebelumnya masa Seri Wangi mengikuti Fam Trip ke Batam, kali ini lebih santai dan relex kerana masa kami banyak berada di Dataran Engku Putri dan Expo Batam dan siang ada aktiviti lain selama 3 hari di sana. Selama 3 hari pelbagai persembahan kebudayaan tradisional Batam, Malaysia, Brunei Darussaalam, Thailand,Vietnam, Kazakhaan,RusiaT dan Singapura



Perasmian Kenduri Seni Melayu 2019







Perasmian KenduriSeni Melayu 2019 ini telah dirasmikan oleh wakil Walikota Batam, Amsakar Achmad dengan sambutan pukulan rebana bersama-sama di malam tersebut di Dataran Engku Putri, Batam. Kenduri Seni Melayu dan juga International Expo Batam 2019 sempena dengan sambutan Hari Jadi Batam ke-190.



Acara pembukaan Kenduri Seni Melayu 2019 mempersembahkan beberapa tarian yang sangat istimewa seperti  Tari Lagenda Pulau Putri oleh Sanggar Wan Sendari didukung oleh Dinas Kebudayaan dan Pariwasata Kota Batam serta Tari Jogi dipimpin oleh seniman Melayu Batam, Mak Normah bersama1000 pelajar Kota Batam.



Tarian dari beberapa daerah dari Aceh, Sumbar, Yogyakarta, Gunung Kidul, Sumatera Selatan, Sumatera Utara, Riau dan beberapa daerah di Kepri iaitu Tanjung Pinang, Lingga dan Bintan.  




Malam Kedua Kenduri Seni Melayu 2019


Malam Kedua Kenduri Seni Melayu 2019 pelbagai persembahan tarian dari setiap negara yang mengambil bahagian, memang enjoyn tengok persembahan dari setiap negara yang unik, menarik apa lagi bila melihat busana mereka yang cantik-cantik dan paling happy bila malam tu dapat mengambil gambar dari dekat, paling Seri Wangi tertarik dengan tarian Kolam Puteri yang mana puteri kayangan tersebut bernama Puteri Bidasari. 











Malam Penutupan Kenduri Seni Melayu 2019










Di malam penutup pula dipersembahkan pelbagai tarian dari semua negara yang mengambil bahagian termasuklah Malaysia. Kali ni malam diiringi dengan hujan lebat jadi tak dapatlah Seri Wangi mengambil gambar dari dekat, walaupun hujan lebat pentas tetap dipenuhi dengan orang ramai. Penutupan majlis Kenduri Seni Melayu 2019 diakhiri  dengan penyampaian sijil kepada peserta yang terlibat dengan majlis tersebut.  

Youtube Kenduri Seni Melayu 2019



International Expo Batam 2019



Di samping program Kenduri Seni Melayu 2019, juga diadakan International Batam Expo 2019 yang bermula dari 11 - 15 Dis 2019 di Dataran Engku Putri Batam. Expo ini berupa pameran produk usaha mikro kecil menengah dan ekonomi kretif serta jualan food street. Pelbagai jualan yang dapat dilihat di setiap booth di dalam dan di luar khemah.

Booth Jualan Pelbagai Produk 








Booth Jualan Makanan (Food Street)







Dalam banyak-banyak jualan makanan yang ada Seri Wangi tertarik dengan satu gerai jualan makanan Kerak Telur, kalau ditengok memang unik namanya dan juga cara membuatnya, mula-mula ingat kuih baulu rupa-rupanya bancuhannya adalah telur semata-mata dan rasanya macam telur dadar.... 








Youtube International Expo Batam 2019


#traveltripbatam                #internationalbatamexpo2019    #kendurisenimelayu2019

1 ulasan:

  1. Memang menarik tengok tarian tradisional daripada pelbagai tempat. Dapat makan kerak telur lagi heheheeehehe

    BalasPadam

Thak You For Your Comment